Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Art of Speed (AOS) 2022 – Kolaborasi Malaysia-Indonesia Bikin Vespa Klasik Jadi Versi Elektrik!
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) 2022 – Kolaborasi Malaysia-Indonesia Bikin Vespa Klasik Jadi Versi Elektrik!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENGKEL Elders Garage memang terkenal di Indonesia dengan kerja kustom dua roda, termasuk mengubah suai motosikal lama seperti Vespa supaya kekal relevan dengan peralihan masa.

Seperti dapat dilihat hari ini, industri automotif dalam fasa peralihan daripada penggunaan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) kepada elektrifikasi.

Di Elders Garage, mereka menyediakan pilihan kepada pemilik motosikal untuk menukar enjin petrol kepada trenkuasa elektrik. Menariknya, pengguna di Malaysia berpeluang menyaksikan sendiri kerja di sebalik Vespa ditukar menjadi versi elektrik di acara Art of Speed (AOS) 2022.

Tuner tempatan, Kluk Klek Sole akan menjalankan restorasi ke atas seunit Vespa klasik dan Elders Garage akan mengubah suai motosikal itu kepada versi elektrik. Sesi secara langsung itu akan diadakan pada Sabtu di Dewan A bermula sekitar jam 11 pagi.

Apabila selesai, Vespa Elektrik itu akan dijadikan hadiah istimewa pada acara AOS.

Pak Jokowi Pelanggan Elders Garage

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pernah menempah motosikal chopper kustom daripada Elders Garage, dan Kick Ass Chopper. Motosikal berwarna emas itu dinamakan Chopperland dan pernah tular apabila ditunggang Presiden tersebut ketika melakukan lawatan kerja ke Sukabumi, Jawa Barat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kementerian Sekretariat Negara (@kemensetneg.ri)

Cerita Tentang Konversi EV

Asep Ahmad Iskandar, juga Pengarah Festival Art of Speed Malaysia (AOSM), mengadakan sesi pertemuan maya antara media Malaysia dan Indonesia untuk menemu bual dua orang kuat Elders Garage, dan Kluk Klek Garage.

  • Muhammad Salihin Derahman – Pengasas dan Pengurus Kluk Klek Garage
  • Richard Andrea – Ketua Pegawai Perolehan Elders Energy
  • Heret Frasthio – Ketua Pegawai Eksekutif Elders Energy

Richard berkata, Elders merangkumi tiga cabang bisnes dalam automotif, iaitu binaan kustom pelbagai jenis motosikal (Elders Garage), konversi enjin petrol kepada EV (Elders Elettrico) dan basikal elektrik (Eike).

Menurutnya;

Kerajaan Indonesia meletakkan sasaran kenderaan elektrik mencecah 13 juta unit menjelang 2030. Pada awalnya, Kerajaan bercadang menghasilkan sekitar lima juta produk EV baharu pada 2025 dan enam juta produk konversi dalam segmen EV industri.”

Elders sebenarnya sudah menerima sokongan dan pengiktirafan dari empat Kementerian berbeza di Indonesia, iaitu:

  • Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
  • Kementerian Koperasi dan UKM (Perusahaan Kecil dan Sederhana)
  • Kementerian Pengangkutan – terima pensijilan dan pelesenan sebagai bengkel konversi elektrik penuh
  • Kementerian Perindustrian – pek bateri diuji dan diluluskan pihak kementerian

Heret pula menjelaskan, model yang diubah daripada trenkuasa konvensional kepada elektrik adalah menumpukan kepada model motosikal lama atau tua berbanding model terkini di pasaran. Maksudnya, mereka tidak mengganggu perniagaan pengeluar besar sedia ada di pasaran republik itu.

Kami sudah menerima pensijilan sebagai bengkel konversi (EV). Produk yang kami buat konversi adalah secara sah (diiktiraf agensi Kerajaan) dan boleh menukar (warna latar nombor) plat kenderaan kepada biru.

“Di Indonesia, (nombor) plat untuk enjin ialah hitam dan plat (latar) biru untuk motosikal elektrik. Pensijilan ini baru diwujudkan di Indonesia dan baru dicipta untuk dua roda. Kenderaan empat roda belum ada. Hasil mesyuarat (dengan pihak berkuasa) akan dilanjutkan untuk roda empat.”

Syarat Peroleh Pensijilan Konversi EV?

Buat masa ini, ada tiga entiti diberi pensijilan konversi EV di Indonesia, dan Elders ialah bengkel pertama menerima pengiktirafan tersebut, manakala dua lagi ialah kilang.

Menurut Heret, syarat memperoleh pensijilan konversi EV untuk bengkel ialah:

  • Bengkel beroperasi selama dua tahun sebagai bengkal awam
  • Peralatan lengkap sebagai bengkel awam
  • Tenaga kerja memiliki pengalaman minimum dua tahun

Jelasnya lagi;

(Wakil) Kementerian Perusahaan akan lawat dan membuat pemeriksaan semua peralatan. Mereka akan membuat penyenaraian semua peralatan. Jika tidak cukup, kami akan cuba lengkapkan sehingga wakil Kementerian berpuas hati. Pensijilan diberi selepas itu. Prosesnya mengambil sekitar tiga bulan.”

Pakej Kit Konversi Elders

Heret mengakui kit konversi trenkuasa petrol kepada EV diimport dari China. Bateri pula diperoleh dari Indonesia dan swingarm dihasilkan Elders sendiri.

“Dinamo (motor) dan alat pengawal (controller) masih datang dari China. Ini kerana kami sebagai pemasang dan jenama untuk konversi. Di Indonesia masih membangunkan dinamo, tetapi ada permasalahan dari segi kuantiti untuk mencapai harga seperti dari China. Kami masih menunggu produk buatan tempatan (untuk EV). Jadi, kami buat apa yang boleh buat masa ini.

“Untuk mengecas, pemilik boleh buat di rumah seperti mengecas telefon bimbit.”

Tiga Model Konversi EV Elders

Asep berkata, buat masa ini, belum ada harga rasmi mengenai kit konversi Vespa EV Elders di Malaysia, tetapi dijangka sekitar RM15,000.

Jika sudah dikomersialkan, harga akan turun. Buat masa ini, ia masih diperingkat penyelidikan dan pembangunan (R&D), mendapatkan prototaip dan akan berkongsi prototaip kepada agensi Kerajaan sebelum melancarkan ke pasaran Malaysia. Jika semua selesai dan dilancarkan, harganya pasti akan lebih rendah.”

Waranti Kit Konversi Elders

Waranti diberikan untuk kit konversi adalah seperti berikut:

  • Swingarm: 5 tahun
  • Dinamo, alat kawalan, modul Bluetooth dan lain-lain: 1 tahun
  • Pek bateri: 6 bulan

Jangka hayat bateri mampu bertahan hingga lebih 5 tahun

Kit Konversi Akan Datang

  • Kenderaan roda tiga dan kit untuk Land Rover
  • Kit untuk Vespa automatik
  • Pakej untuk motosikal awam bagi membuktikan tahap kecekapan
Art of Speed (AOS) 2022 chopperland Elders Garage Heret Frasthio Joko Widodo (Jokowi) Kick Ass Chopper Kluk Klek Kustom Vespa Muhammad Salihin Derahman Richard Andrea roda2 Vespa Elektrik
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.