Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aprilia Tuono V4 1100 Factory Kini di Malaysia – RM104,251!
Roda2

Aprilia Tuono V4 1100 Factory Kini di Malaysia – RM104,251!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/10/20175 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APRILIA bukanlah jenama asing dalam dunia permotoran. Mungkin bagi sesetengah peminat tempatan, Aprilia tidaklah sepopular nama-nama gah motosikal Eropah lain seperti Ducati dan BMW. Sebenarnya, Aprilia boleh disenaraikan antara pengeluar motosikal ternama dunia. Berpangkalan di kota Noale, Itali, jenama tersebut dibangunkan Cavaliere Alberto Beggio selepas Perang Dunia Kedua.

Selepas RSV4 RF, Malaysia turut menerima model streetbike Tuono V4 1100 Factory. Jentera itu dipasangkan enjin bersesaran 4-silinder 1,077cc penyejukan cecair dengan sistem teknologi DOHC 4 yang mampu menghasilkan kuasa 175hp pada 11,000rpm dan tork 121Nm pada 9,000rpm bersama gabungan sistem transmisi 6-kelajuan.

Bagi menawarkan prestasi optimum dan penggunaan bahan api menjimatkan, Aprilia melengkapkan Tuono V4 1100 Factory dengan teknologi suntikan bahan api.

WARNA ‘SUPERPOLE LIVERY’


Penampilan Tuono V4 1100 Factory diserlahkan menerusi warna badan ‘Superpole Livery’ tanpa rekaan fairing penuh seperti jentera sport lain. Sama seperti model Aprilia lain, bahagian depan Tuono V4 didatangkan dengan tiga kluster lampu yang memancarkan cahaya terang pada waktu malam. Kapasiti tangki bersaiz 18.5 liter dipadankan dengan rekaan lebih aerodinamik menerusi lekukan tajam.

Bagi keselesaan tunggangan, bahagian kaki menggunakan suspensi Öhlin NIX USD pada roda depan, manakala roda belakang mempertaruhkan lengan ayun aluminium dengan monoshock Öhlin.  Kedua-dua suspensi berkenaan mampu meredam sebarang bentuk permukaan jalan secara optimum.

BACA >>> Cagiva Mito 125 – Legenda Sportbike 2-Lejang, Pernah Jadi Mainan Rossi

Keyakinan membrek diserahkan kepada cakera apungan berganda 330mm di depan dan cakera 220mm di belakang, termasuk dilengkapi ciri ABS Bosch. Jentera seberat 185kg ini dilengkapi tayar berukuran 120/70 ZR 17 di depan dan 200/55 ZR 17 di belakang.

Demi ketenangan tunggangan, Aprilia menyediakan segudang ciri teknologi terkini sebagai standard seperti Aprilia Kawalan Tunggangan Prestasi Aprilia Performance Ride Control (APRC), Kawalan Traksi Aprilia (ATC), Kawalan Wheelie Aprilia (AWC), Kawalan Luncur Aprilia (ALC), Kawalan Jelajah Aprilia (ACC), Pengehad Pit Aprilia (APL), ABS selekoh, V4-MP, ciri anjakan gear elektronik Quickshift Aprilia (AQS).

Harga Aprilia Tuono V4 1100 Factory ialah RM104,251, termasuk GST.

GALERI

Aprilia Aprilia Tuono V4 1100 Factory motosikal roda2 streetbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.