Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apple CarPlay iOS 12 Bakal Beri Sokongan Kepada Aplikasi Google Maps dan Waze
Auto Terkini

Apple CarPlay iOS 12 Bakal Beri Sokongan Kepada Aplikasi Google Maps dan Waze

Han OthmanBy Han Othman13/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SISTEM Operasi (OS) terbaharu Apple, iOS 12 bakal menampilkan banyak pengemaskinian dan aplikasi hebat. Salah satu daripadanya ialah keupayaan menggunakan aplikasi navigasi pihak ketiga seperti Waze dan Google Maps dalam Apple CarPlay.

Ini bermakna pengguna telefon pintar iPhone kini boleh menggunakan Google Maps sebagai panduan arah jalan dan Waze untuk memeriksa situasi lalu lintas terkini. Walaupun dua aplikasi itu – Google Maps dan Waze – sudah siap ada pada iPhone versi terbaharu, tetapi perbezaan ketara untuk iOS 12 ialah pengguna boleh menggunakan ciri bebas tangan daripada kedua-dua aplikasi tersebut menerusi paparan CarPlay

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

Sistem navigasi dalam kereta masih menjadi kelemahan utama Apple CarPlay sejak diperkenalkan 6 tahun lalu dalam usaha menyaingi Google Maps. Ramai pengguna mengadu tidak puas hati tentang masalah data lokasi yang salah dan panduan arah jalan tidak tepat hingga memaksa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook membuat permohonan maaf atas masalah tersebut.

Malah, Cook dilaporkan memecat Ketua iOS, Scott Forstall dan Ketua Apple Maps, Richard Williamson atas krisis berkenaan.

Tidak banyak perincian iOS 12 didedahkan Apple, termasuk tarikah pelancaran sebenar OS baharu itu. Ada menjangka ia akan dilancarkan pada penggal keempat tahun ini, iaitu sekitar September atau Oktober. Bagaimanapun, OS versi Beta sudah siap ada untuk pembina yang mendaftar sebagai ahli Apple.

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya

Pengguna awam juga boleh memuat turun iOS 12 versi beta secara percuma yang sudah pun dilancarkan lewat Jun lalu. Apapun, tunggu dan lihat hasil akhirnya nanti.

Aplikasi Navigasi Apple Apple CarPlay Apple iOS 12 Auto Terkini Google Maps GPS iOS navigasi Sistem Operasi (OS) teknologi Tim Cook Waze
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.