• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apple CarPlay iOS 12 Bakal Beri Sokongan Kepada Aplikasi Google Maps dan Waze

Apple CarPlay iOS 12 Bakal Beri Sokongan Kepada Aplikasi Google Maps dan Waze

September 13, 2018 By Azhan O Leave a Comment

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM Operasi (OS) terbaharu Apple, iOS 12 bakal menampilkan banyak pengemaskinian dan aplikasi hebat. Salah satu daripadanya ialah keupayaan menggunakan aplikasi navigasi pihak ketiga seperti Waze dan Google Maps dalam Apple CarPlay.

Ini bermakna pengguna telefon pintar iPhone kini boleh menggunakan Google Maps sebagai panduan arah jalan dan Waze untuk memeriksa situasi lalu lintas terkini. Walaupun dua aplikasi itu - Google Maps dan Waze - sudah siap ada pada iPhone versi terbaharu, tetapi perbezaan ketara untuk iOS 12 ialah pengguna boleh menggunakan ciri bebas tangan daripada kedua-dua aplikasi tersebut menerusi paparan CarPlay

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

Sistem navigasi dalam kereta masih menjadi kelemahan utama Apple CarPlay sejak diperkenalkan 6 tahun lalu dalam usaha menyaingi Google Maps. Ramai pengguna mengadu tidak puas hati tentang masalah data lokasi yang salah dan panduan arah jalan tidak tepat hingga memaksa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook membuat permohonan maaf atas masalah tersebut.

Malah, Cook dilaporkan memecat Ketua iOS, Scott Forstall dan Ketua Apple Maps, Richard Williamson atas krisis berkenaan.

waze-logo
google-maps-logo

Tidak banyak perincian iOS 12 didedahkan Apple, termasuk tarikah pelancaran sebenar OS baharu itu. Ada menjangka ia akan dilancarkan pada penggal keempat tahun ini, iaitu sekitar September atau Oktober. Bagaimanapun, OS versi Beta sudah siap ada untuk pembina yang mendaftar sebagai ahli Apple.

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya

Pengguna awam juga boleh memuat turun iOS 12 versi beta secara percuma yang sudah pun dilancarkan lewat Jun lalu. Apapun, tunggu dan lihat hasil akhirnya nanti.

Artikel Berkaitan

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi Navigasi, Apple, Apple CarPlay, Apple iOS 12, Auto Terkini, Google Maps, GPS, iOS, navigasi, Sistem Operasi (OS), teknologi, Tim Cook, Waze

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my