Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Tukar Sistem Klac Yamaha Y15ZR dengan R15 untuk Transmisi Lebih Lancar
Autotainment

#ApaNakBuat: Tukar Sistem Klac Yamaha Y15ZR dengan R15 untuk Transmisi Lebih Lancar

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/05/201913 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda komponen klac bantu luncur Assist & Slipper (A&S) Yamaha R15 VVA sebenarnya boleh dipasangkan pada kapcai Y15ZR untuk  menjadikan sistem tukaran transmisi lebih ringan dan lancar ketika menurunkan gear.

Klac slipper sebenarnya berfungsi melancarkan operasi menurunkan (downshift) gear bagi meminimumkan kesan brek enjin. Ini kerana dalam situasi tertentu, tindakan menurunkan gear secara mengejut berisiko menyebabkan tayar belakang terkunci.

Jadi, bagi mengelak situasi tersebut,  kit klac slipper R15 VVA mungkin boleh membantu. Proses menukar klac Y15 dengan kit klac slipper R15 tidaklah rumit kerana lebih kepada plug and play (PNP) sahaja. Mudahkan?

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Klac dan Bagaimanakah Ia Berfungsi Pada Motosikal?

Berikut beberapa langkah yang perlu anda buat:

1. Sediakan komponen kit klac slipper R15, terdiri daripada cakera klac (clutch disc/lining), spring injap (valve spring), plat klac (clutch plate), perumah cakera klac R15. Set slave masih boleh gunakan komponen asal Y15ZR.

2. Kemudian kosongkan minyak enjin, tanggalkan ekzos, peg kaki dan penghidup tendang.  Leraikan bahagian klac dan semua komponen klac Y15ZR yang akan digantikan dengan R15. Disebabkan cuma PNP, anda cuma perlu pasang kembali mengikut tertib aturan.

3. Hasilnya, walaupun impak brek enjin masih terasa, tetapi hentakannya tidaklah begitu keras apabila gear diturunkan tiba-tiba. Selain itu, enjin juga kini lebih halus dan lancar yang mana jangka hayat gear, rantai dan tayar mampu bertahan lebih lama.

BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?

Ciri klac A&S mampu meminimumkan potensi tayar belakang terkunci disebabkan impak  brek enjin selain menjadikan klac lebih ringan. Ini kerana sistem klac ini berbeza daripada motosikal standard, dan memudahkan pengendalian dan tunggangan dalam lalu lintas sesak.

SUMBER: NaikMotor

apanakbuat autotainment klac assist and sliper klac motosikal klac sliper yamah r15 2018 Yamaha Y15ZR V2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    07/07/2026

    13 Comments

    1. Katik on 16/05/2019 10:51

      Habis la lepas ni R15 jadi motor panas lepas geng2 pencuri Y15 baca artikel ni

      Reply
      • ScufthErX on 22/05/2019 17:28

        Hahahaha yg ni win

        Reply
      • Ikhwan on 10/09/2019 06:15

        Xkn la sbb nk klac je, nak kena kebas moto sebiji?

        Reply
        • VVTI on 10/11/2019 23:51

          tah. kalo contoh nak set kepale ngan meter kebas ajela set kepale cam biaso kan! appara

          Reply
    2. Papazola on 16/05/2019 13:02

      Pembetulan.. bukan valve spring.. tapi clutch spring.. valve spring duduk dia kat cylinder head

      Reply
    3. Brozahar on 16/05/2019 13:04

      Perlu turun enjin tak klu nak tukar system klac ni..

      Reply
    4. ScufthErX on 22/05/2019 17:28

      Hahahahahaha yg ni win

      Reply
    5. Alan Ho on 06/07/2019 22:09

      I nak beli 1 Yamaha Y15ZR Untuk kegunaan harian, Tetapi I Tak nak klac manual, I nak tukar apa parts menjadi Klac Auto or klac kapcai, sila tolong.

      Reply
      • Rahimi on 11/11/2019 16:27

        U x boleh tukar dia jdi klac auto

        Reply
    6. Ayen81 on 07/07/2019 14:17

      Silap hari bulan sistem VVA pun boleh modi masuk kt y15….maklum la org malaysia kita ni kan kreatif sangat….

      Reply
    7. AkupakaiEx5ja on 11/11/2019 20:39

      Boleh masuk kt ex5 tak

      Reply
    8. Khairi on 15/11/2019 09:38

      kedai mana boleh buat macam ni? area KL?

      Reply
    9. Kui on 23/05/2020 16:13

      Klac plate 3 keping.
      Klac spring 3 bentuk.

      Material mahal ni…. part Aftermaket tak kuat gigit klac mcmni

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.