Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Tip Jaga Kesihatan Radiator Kereta Anda
Autotainment

#ApaNakBuat: Tip Jaga Kesihatan Radiator Kereta Anda

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RADIATOR ialah komponen yang berfungsi sebagai pemanas atau penyejuk kepada sistem operasi enjin, manakala air pula ialah agen penting dalam sistem kerja radiator.

Masalah yang selalu dihadapi radiator adalah air cepat kering. Antara punca utamanya pula sudah tentu masalah kebocoran kerana secara logik, air tidak akan keluar dan kering jika tiada sebarang kebocoran sama ada pada radiator itu sendiri, hos atau komponen lain.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Radiator?

Kenapa boleh jadi begitu? Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk mengelak air dalam radiator kering.

TIP ELAK AIR RADIATOR KERING

1. Periksa penutup radiator. Penyebab pertama yang mungkin terjadi adalah penutup sudah haus atau rosak. Situasi ini mengakibatkan air melimpah atau mengalir keluar.
2. Servis radiator. Cara paling sederhana dan mudah dibuat adalah mengalirkan air secara berkala. Lakukan dua bulan sekali supaya karat dalam radiator tidak berkumpul.
3. Periksa kebersihan komponen sokongan. Ada kemungkinan tersumbat hingga membuatkan aliran air tidak lancar. Begitu juga komponen dalama. Segera bawa kereta ke bengkel untuk mengetahui punca kerosakan yang tidak boleh dilihat pandangan mata.
4. Periksa putaran kipas kerana ini boleh jadi punca kepada banyak masalah yang ada kaitan dengan radiator. Ia boleh disebabkan karbon pada kipas yang menipis dan magnet dalaman sudah tidak pada posisi asal.
5. Periksa hos. Ini bahagian penting untuk mengalirkan air dalam sistem radiator. Jika hos radiator kurang rapat, memang air akan keluar dan kering. Pastikan ditutup rapat dan dalam kondisi baik. Tukar jika hos sudah haus atau rosak.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Coolant Enjin Sangat Penting?

TIP PASTIKAN RADIATOR KEKAL TIP-TOP!

Ada beberapa tip penyenggaraan radiator kereta yang boleh diamalkan anda untuk memantau dan mencegah berlaku situasi air radiator kering. Lakukan seperti berikut:

  • Lihat paras air. Jadikan ini rutin sampingan sebelum keluar memandu, lebih-lebih lagi jika mahu memandu jauh.
  • Servis radiator secara berkala. Bukan saja radiator perlu bersih, tetapi juga tangki simpanan pendingin (coolant) dan hos serta komponen saliran lain.
  • Jangan guna air paip. Air paip boleh menyebabkan karat, dan karat pula boleh membuatkan sistem aliran radiator tersumbat. Apabila tersumbat, tekanan air akan berlaku ke atas bahagian saliran air seperti hos dan penutup radiator, sekali gus menjadi punca kebocoran dan air kering.
  • Guna coolant dengan campuran betul seperti disarankan.
  • Ganti coolant secara berkala supaya jumlah dan kualiti dalam keadaan baik.

BACA>>>#TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Penyejukan Air dalam Kereta Bekerja?

APAKAH TERJADI JIKA RADIATOR KURANG AIR?

Indikator jenis simbol berlampu
Indikator jenis jarum

Antara simptom yang menunjukkan air radiator kereta anda kurang adalah enjin mengalami masalah panas lampau (overheat). Ini dikesan apabila simbol suhu (berwarna merah) pada panel meter menyala, atau jarum indikator bergerak ke posisi H (hot) atau melebihi 100ºC.

Masalah ini biasa berlaku ketika trafik sesak kerana dalam situasi itu radiator akan melakukan penyejukan supaya suhu operasi enjin kekal normal. Namun jika air kurang, risiko overheat atau kenaikan suhu enjin adalah tinggi.

Anda juga mungkin terdengar bunyi pelik bukan normal yang datang dari enjin. Cepat hentikan segera kereta anda, dan cepat cari bengkel terdekat.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Punca Kenapa Komponen Radiator Boleh Bocor?

SUMBER: Suzuki.co.id

air radiator apa nak buat apanakbuat autotainment Cara Servis Radiator Radiator Servis Radiator Sistem Penyejukan Air Tip Selenggaran Radiator
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    28/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.