Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Pedal Minyak Tersangkut Ketika Memandu, Tak Boleh Pandu Perlahan
Autotainment

#ApaNakBuat: Pedal Minyak Tersangkut Ketika Memandu, Tak Boleh Pandu Perlahan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJADIAN pedal minyak tersangkut memang jarang berlaku, tetapi jika berlaku, itu akan jadi inisiden paling menakutkan bagi seseorang pemandu.

Pendikit atau pedal minyak yang tersekat boleh menyebabkan sesebuah kereta itu tersekat pada had halaju tertentu atau mungkin menjadi semakin hingga berakhir dengan kemalangan.

BACA >>> Benarkah Silap Guna Pedal Syif Punca Kotak Gear Kereta Rosak?

Punca Pedal Minyak Tersekat?

Ada beberapa sebab pesal minyak tersekat. Ia mungkin disebabkan kecuaian manusia seperti penggunaan karpet kaki terlalu besar atau beralih dari posisi asal hingga membuatkan pedal minyak tersekat.

Masalah terotel minyak rosak juga antara punca pedal jadi tidak responsif ketika memandu yang ada kaitan dengan masalah mekanikal.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?

Apa Perlu Buat?

Antara langkah yang perlu anda lakukan jika berdepan situasi berkenaan adalah:

Anda perlu pantas berfikir apa yang hendak dilakukan.
  • Jangan panik. Bawa bertenang. Ini mungkin sukar kerana anda pasti sedang cemas, tetapi anda jangan terlalu panik hingga gagal berfikir apa perlu dilakukan.
  • Nyalakan lampu kecemasan (hazard lights) untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya lain. Tekan hon, tetapi janganlah sampai membuatkan pemandu lain marah.
  • Pijak rapat pedal brek guna dua kaki. Jangan membrek secara tekan-lepas seperti mengepam kerana brek boleh rosak dan memburukkan lagi keadaan.
Jangan kalut, bawa bertenang.
  • Ketika membrek, cuba tukar gear D (drive) kepada N (neutral). Jika memandu kereta manual, guna sebelah kaki untuk pijak pedal klac dan bebaskan gear.
  • Jika gear sudah Neutral, biarkan kereta melahu ke depan dan cari tempat selamat untuk berhenti. Lihat kawasan bahu jalan, laluan kecemasan, ruang kosong atau lot parkir kosong di Hentian Rehat dan Rawat (RnR).
  • Jangan tukar lorong atau membelok mengejut ketika sedang meluncur laju. Ini boleh menyebabkan terbabas dan berpusing akibat hilang kawalan.
  • Selepas berhenti sepenuhnya, matikan enjin dan periksa pedal minyak jika karpet kaki atau ada objek lain tersekat. Jika bukan masalah tersebut, jangan memandu pulang kenderaan sama kerana mungkin ada masalah teknikal.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul
BACA >>> #RetroAuto: Inilah Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

SUMBER: MotorBiscuit

apa nak buat autotainment masalah pedal minyak Pedal minyak sangkut Tip Pedal Jika Minyak Kereta Sangkut Tip Pemanduan Selamat
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.