Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini
Autotainment

#ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI pemandu masih gagal memeriksa kondisi tayar kereta mereka secara berkala. Sebaliknya lebih gemar menyerahkan kerja mudah itu kepada mekanik walhal senang saja dilakukan di rumah dan pada bila-bila masa. Memeriksa tayar bukanlah proses yang memerlukan kepakaran teknikal skala tinggi.

Memeriksa kondisi tayar patut dijadikan amalan kerana supaya kita lebih peka dan peduli dengan keselamatan sebelum memulakan sebarang pemanduan.

Kami akan kongsikan serba sediri beberapa tip memeriksa tayar kereta:

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama

1. Tekanan Angin

  • Periksa tekanan angin tayar sekurang-kurangnya sekali sebulan. Jangan lupa periksa juga angin tayar simpanan (jika ada).
  • Boleh guna tolok tekanan udara. Alat ini boleh dibeli secara atas talian seperti Shopee. Ada banyak jenis boleh dipilih pada harga serendah di bawah RM20.
Maklumat tekanan angin tayar ada dilekatkan pada frem pintu.
  • Setiap kereta ada ditampalkan maklumat kadar tekanan angin tayar mengikut rekomen pengeluar, iaitu pada frem pintu. Sekarang cepat buka pintu dan cuba cari.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Silang Tayar Kereta?

2. Penjajaran Roda

  • Roda perlu dijajarkan (alignment) untuk mengelak bunga tayar cepat haus atau berlaku kehausan tidak sekata. Lakukan penjajaran setiap kali kereta dipandu lebih 5,000km atau 8,000km.
  • Jika penjajaran ‘lari’, kita boleh rasa perbezaan ketika memandu lurus. Kereta akan rasa terpesong ke sisi atau stereng nampak senget. Jika ya, perhatikan tebal bunga untuk memastikan tayar masih selamat digunakan. Mungkin juga tayar rosak.
3. Bunga Tayar

  • Ada beberapa cara mengukur tahap ketebalan bunga tayar. Antaranya menggunakan syiling tetapi tidak disarankan kerana tiada maklumat jelas mengenai tahap ketebalan dalam milimeter.
  • Sebenarnya ada alat khas untuk ukur ketebalan bunga tayar yang boleh dibeli secara atas talian. Foto di bawah ini adalah contoh alat ukur bunga tayar yang mudah digunakan.
  • Pemeriksaan perlu dibuat pada beberapa bahagian permukaan setiap roda dan bukan cuma ukur pada satu-satu tempat saja.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

APA PUNCA TAYAR CEPAT HAUS?

  • Ada banyak faktor tayar haus, antaranya tekanan angin tayar mungkin terlalu kurang atau terlebih. Permukaan tayar lebih mudah haus secara tidak sekata jika penjajaran roda tidak seimbang.
  • Ada juga faktor lain seperti jenis kompaun, cuaca panas, permukaan jalan dan teknik pemanduan agresif.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus

BERAPA TAHAP MINIMUM TEBAL BUNGA TAYAR?

  • Secara purata, ketebalan tayar baharu kereta biasa ialah 8mm, bukan jenis bunga tebal seperti digunakan kenderaan lasak seperti jip atau trak pikap.
  • Jika tebal bunga tayar tinggal 3mm, itu tandanya kita perlu tukar tayar baharu. Jika tebal bunga tayar 1.5mm, itu menandakan sudah haus dan berbahaya kerana boleh menyebabkan kereta hilang cengkaman serta mudah terbabas ketika memandu atas permukaan jalan basah atau licin.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Membrek dengan Betul? Gunakan ‘Metod Pivot’!

  • Setiap milimeter (mm) bunga tayar yang susut bermakna prestasi tayar juga merosot. Tayar tidak lagi mampu menyah keluar air dengan baik, manakala cengkaman atas tar semakin menyusut. Keupayaan membrek jarak dekat juga tidak lagi sehebat tayar bunga tebal.
  • Sebagai contoh, jika memandu 80kmj, kereta dengan tayar baharu dapat berhenti dalam jarak 100 meter. Namun, jika bunga tayar nipis, kereta mungkin memerlukan jarak 120 meter untuk berhenti sepenuhnya. Bayangkan bunga tayar setebal 1.5mm, jarak henti meningkat kepada kira-kira 140 meter atau lebih.

APAKAH FUNGSI BUNGA TAYAR?

  • Corak dan alur tayar membolehkan kereta mendapatkan traksi apabila memandu atas permukaan jalan kering dan membantu menyisihkan air di jalan basah supaya dapat cengkaman sebaik mungkin.
  • Tayar baharu mampu menyisihkan kira-kira 15 liter air per saat dari alur. Tayar jentera lumba Formula Satu (F1) pula mampu menyingkirkan sekurang-kurangnya 60 liter air per saat.
  • Semakin haus bunga tayar, semakin lemah ia menyisihkan air, sekali gus berisiko menyebabkan kereta tergelincir dan hilang kawalan apabila terlanggar atau meredah lopak air. Inilah punca banyak kereta terbabas ketika hujan.

BACA >>> Kenali Jenis-Jenis Tayar – Lain Paten Bunga, Lain Prestasi

APAKAH INDIKATOR TEBAL BUNGA TAYAR?

  • Benjolan getah kecil (tread depth indicator) berfungsi menunjukkan kondisi dan tahap kehausan tayar. Ini petunjuk awal paling mudah untuk memeriksa kondisi tayar kereta.
  • Cara periksa, jika benjolan kecil itu sama atau selari bunga tayar, itu menandakan anda perlu tukar tayar baharu.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Cara Tukar Tayar Mengikut Peralatan Dalam But
BACA >>> #ApaNakBuat: Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Jaga Tayar Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi…

SUMBER: PracticalMotoring

apa nak buat Auto Terkini autotainment Cara periksa tayar Kesan tayar botak Tayar tip periksa tayar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97 Susut 30 Sen, RON95, Diesel Turun 20 Sen Seliter

    04/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Lancar UCar-e, Aplikasi Sewa Kereta Dalam Kampus untuk Pelajar, Kakitangan Universiti

    03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.