Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: Motor Macam Mana Aku Nak Pilih Ni?
Auto Terkini

#ApaNakBuat: Motor Macam Mana Aku Nak Pilih Ni?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA bercadang membeli motosikal buat kali pertama, ramai mungkin buntu kerana ada banyak pilihan model di pasaran. Jika minta pandangan orang lain, mereka kata ikut saja gerak hati dan ada pula akan cuba pengaruhi (baca: hasut) anda untuk beli jenama popular tertentu, atau ikut saja jenis motosikal yang dia beli.

Walaupun tidak salah membeli ikut selera, tetapi lebih baik jika kita kaji dulu jenis motosikal yang sesuai dengan kemahuan dan keperluan. Bukannya mengikut jenis motosikal yang kawan sedang tunggang, ataupun model mana paling laris di pasaran.

BACA >>> 5 Motosikal Naked Middleweight Pilihan dengan Bajet RM30k

Beberapa tip di bawah ini mungkin dapat membantu anda membuat keputusan:

1. KENAL PASTI GAYA TUNGGANGAN SENDIRI

Tiada  kegembiraan dan keseronokan terindah selain menunggang atas jalan terbuka dengan motosikal baharu. Namun, anda perlu ketahui dulu kegunaan motosikal tersebut, dan anda pula jenis penunggang yang mana satu? Mungkinkah anda seorang penunggang advencer yang suka mengembara, berkonvoi dan aktiviti lasak? Kalau macam tu memang tak sesuai sangatlah nak tunggang skuter.

2. SENARAIKAN APA YANG PERLU

Apabila memilih motosikal pertama, anda sepatutnya senaraikan beberapa kriteria penting seperti sesaran enjin, berat dan tinggi pelana. Kebanyakan ciri berkenaan merujuk kepada keutamaan pemilik dan gaya tunggangan.

Jika penunggang wanita, sudah tentu tidak sesuai memilih motosikal yang berat dan susah dikawal. Kalau selalu sakit pinggang atau berperut gendut, memilih motosikal dengan posisi menunduk atau membongkok, sudah tentu sangat menyeksakan.

Jadi jangan malu kunjungi mana-mana kedai motor untuk mencuba beberapa jenis motosikal berbeza untuk mengetahui tahap keselesaan, posisi menunggang sesuai dan kualiti pengendalian terbaik.

BACA >>> 10 Tip untuk Penunggang Wanita yang Baru Nak Pulas Terotel

3. KECILKAN PILIHAN MENGIKUT KATEGORI

Jenis motosikal boleh dibahagikan kepada beberapa segmen berdasarkan karakter dan rekabentuk berbeza. Pilih dua segmen yang paling disukai dan kemudian fokuskan kepada model terbaik. Kemudian kecilkan kepada satu saja segmen akhir.

  • Kapcai: Jenis motosikal pilihan ramai penunggang Malaysia. Sesuai ditunggang semua golongan. Sangat praktikal untuk apa saja urusan, selain murah dan mudah disenggara. Harga pula berpatutan, manakala kualiti prestasi tidak mengecewakan untuk yang gilakan kuasa.
  • Standard: Jenis motosikal ini juga sesuai untuk semua penunggang, juga dipanggil streetbike. Sesuai untuk yang sukakan gaya sportbike, tetapi mahukan gaya pengendalian seperti kapcai yang tangkas dan lincah. Kelemahan ialah tiada ruang untuk bakul depan, tetapi boleh digantikan dengan box belakang.
  • Cruiser: Jenis motosikal ini dibangunkan untuk keselesaan, bukan kelajuan. Pelana cruiser direka rendah dengan bar hendal tinggi, manakala bentuk badan lebih kepada gaya tunggangan santai. Cukup sesuai untuk mereka yang mencari motosikal untuk dibuat bersantai hari minggu, berkonvoi dengan rakan, dan mengembara jauh.
  • Sportbike: Jenis motosikal ini setahap di atas standard, direka lebih ringan dan laju. Posisi tunggangan lebih condong ke depan yang mungkin mengorbankan keselesaan (perhatian kepada penunggang perut ke depan). Sesuai untuk mereka yang sukakan kelajuan dan gaya motosikal sebenar.
  • Dual-Sport: Jenis motosikal sesuai kepada mereka yang berpengalaman dengan dirt bike. Motosikal ini lebih ringan dan kuat, sesuai ditunggang atas pelbagai bentuk rupa bumi dan sangat lasak.

4. TETAPKAN BAJET

Ini bahagian paling penting sebelum buat keputusan akhir mahu membeli motosikal. Setiap jenis motosikal menawarkan harga berbeza. Apabila membuat keputusan, anda mesti mengambil kira bukan saja harga, tetapi kos:

  • Insurans dan cukai jalan
  • Penyenggaraan – Selang servis, alat ganti
  • Petrol – Berapa liter tangki, kekerapan menunggang, jarak perjalanan
  • Aksesori – Helmet, baju hujan, jaket, kasut

Tempoh servis pula berbeza dan bergantung pada rutin tunggangan anda.

BACA >>> 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)

5. BAHARU VS TERPAKAI

Persoalan yang selalu menjadi dilema, perlu beli motosikal baharu atau terpakai? Antara kelebihan membeli motosikal baharu ialah anda tidak perlu risau tentang kerosakan kosmetik atau mekanikal kerana semuanya serba baharu. Anda juga berpeluang mendapat motosikal dengan gaya dan teknologi terkini.

Sebaliknya, jika memilih motosikal terpakai, harga lebih rendah, tetapi anda perlu berkompromi dengan beberapa isu tentang rupa yang mungkin sudah lusuh dan kusam, dan mekanikal, yang mungkin perlu ditukar alat ganti baharu.

Selepas membuat keputusan, tetapkan bajet sekali lagi. Jika motosikal pilihan memerlukan banyak penyelenggaraan, kali ini anda perlu masukkan sekali kos tersebut dalam senarai harga pembelian.

Sudah selesai semua, belilah!

BACA >>> #RetroAuto: Semua Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: Motorcycle Central

Auto Terkini cara pilih motosikal motosikal Panduan Pilih Motosikal roda2 tip pilih motosikal tips
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Auto Terkini

    Nissan Sakura 2026 Diperkenal, EV Terlaris di Jepun!

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.