Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini
Autotainment

#ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini

Azizi HBy Azizi H12/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP orang ada kereta idaman, tetapi tidak semua mampu beli kereta baharu atas faktor bajet. Jadi pilihan yang ada adalah kereta terpakai. Ada juga kalangan pembeli yang mencari kereta terpakai untuk dijadikan kenderaan belasahan, dihadiahkan kepada anak atau pengangkutan perniagaan.

Bagaimanakah menilai status kondisi sesebuah kenderaan terpakai yang hendak dibeli? Jangan terkejut ada sesetengah pembeli terus saja berpuas hati hanya kerana penyaman udara sejuk. 😅

Sebenarnya tidak salah kalau kita minta hendak memandu uji kereta terpakai yang mahu dibeli. Ini lebih mudah dilakukan jika kereta itu dibeli secara terus menerusi pemilik asal.

Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan sebelum, ketika dan selepas memandu uji kereta terpakai pilihan anda:

1. ADA PENGETAHUAN ASAS

Ingat, anda pelanggan, dan pelanggan sentiasa betul. Sebagai pembeli, sudah tentu anda perlu ada pengetahuan asas pasal kereta sebelum memandu. Paling penting, mesti ada lesen memandu dulu.

Jika belum ada lesen atau tidak reti pula memandu, kenalah minta bantuan orang berpengalaman sama ada ahli keluarga, saudara atau rakan. Boleh juga minta bantuan mekanik yang dikenali untuk tolong memandu kereta anda. Bayarlah upah sikit.

2. PILIH LALUAN UNTUK PANDU UJI

Sebelum berjumpa pemilik kereta, rancanglah laluan perjalanan yang mahu dibuat. Apa perlu dilakukan ialah:

  • Jangan memandu tanpa arah dan biarkan pemilik kereta atau tuan kedai menjadi jurupandu arah anda. Gunakan aplikasi Google Maps atau Waze untuk membantu merancang laluan sendiri.
  • Cari laluan yang anda biasa pandu dan kawasan kosong untuk menguji prestasi kereta.
  • Ingat dan catatkan apa masalah yang dikesan sepanjang pemanduan.
  • Jangan bawa ahli keluarga kerana mereka mungkin menjejaskan penilaian kita kecuali kepakaran mereka diperlukan untuk menilai.
  • Boleh bawa anak kecil untuk kita mengetahui tahap keselesaan dan kesesuaian kereta dengan keluarga.
  • Cuba minta masa lebih lama untuk memandu uji sekurang-kurangnya setengah jam.

3. SEBELUM MASUK KERETA

Sebelum duduk dalam kereta dan mula memandu, apa kata periksa dulu bahagian-bahagian kereta di bawah ini. Kata orang, pusing keliling kereta:

  • Minta dokumen seperti buku manual dan buku servis jika ada.
  • Pastikan alatan tukar tayar dan tayar simpanan ada.
  • Perhatikan kesan kecacatan jika ada seperti calar atau kemek pada cermin dan badan kereta.
  • Periksa tayar sama ada masih baharu atau sudah terlalu lama digunakan, termasuk tekanan angin.
  • Jika mahu beli kereta untuk memuatkan barang, periksa kapasiti but supaya menepati kehendak anda. Bawa pita bukur untuk ukur ruang dan pastikan tiada kesan kebocoran.
  • Tanggalkan pewangi kereta. Sesetengah kereta ada bau yang sukar dihilangkan seperti kesan tumpahan minuman. Gunakan hidung anda sebaiknya.

4. SEBELUM MULA MEMANDU

Sebelum memulas kunci untuk menghidupkan enjin, periksa dulu:

  • Cuba keluar-masuk tempat duduk depan dan belakang beberapa kali bagi memastikan keselesaan.
  • Periksa kondisi pintu depan dan belakang. Pastikan dapat ditutup rapat dan tingkap pula berfungsi baik.
  • Laraskan kerusi. Adakah dapat dilaraaskan ke depan dan belakang, atau dibaringkan dengan baik?
  • Periksa punat kawalan radio dan penyaman udara, pastikan tidak tertanggal.
  • Buka suis penyaman udara dan pastikan ruang kabin dapat disejukkan dengan baik.
  • Lajukan penghembus (blower) penyaman udara pada tahap paling kuat dan tetapkan suhu paling sejuk. Duduk di kerusi belakang untuk mengetahui tahap kesejukan penyaman udara.
  • Jika kereta automatik, adakah gear mudah ditukar daripada P kepada D? Pastikan tidak tersekat, tersangkut atau berbunyi pelik.
  • Jika kereta manual, pastikan setiap takah gear dapat ditukar lancar. Klac juga perlu ada jarak kelegaan mencukupi.
  • Pulaskan kunci. Adakah kunci mudah diputarkan? Bagi kereta berusia, putaran kunci mungkin tidak lancar, tersekat dan perlu dipulas beberapa kali sebelum dapat dihidupkan. Pastikan penjual ada kunci pendua. Ini kerana kos buat kunci kereta agak mahal.

5. KETIKA MEMANDU ATAS JALAN

Selepas buat pemeriksaan luaran dan dalaman seperti di atas, lakukan pula tip di bawah ini ketika sedang memandu:

  • Jangan terus lenjan kereta sesuka hati. Anda bukan sedang berlumba dan penjual pula mungkin tidak jadi hendak jual keretanya. Namun, tidak salah hendak memecut laju dan jangan lupa maklumkan kepada penjual supaya dia tidak terkejut.
  • Pastikan aras penglihatan sesuai dengan pemanduan. Adakah anda boleh nampak lampu isyarat dan papan tanda jalan di luar ketika memandu. Apabila membelok, adakah respon stereng bertindak balas segera?
  • Cari kawasan lengang untuk menguji kelajuan maksimum dan cengkaman brek .
  • Pastikan kereta tidak terpesong ke kiri atau kanan ketika memandu lurus. Pedal brek mesti mencengkam kuat ketika membrek.
  • Periksa penjajaran (alignment) tayar. Cuba angkatkan tangan dari stereng, adakah kereta terpesong ke arah lain? Lakukan beberapa kali atas permukaan jalan berbeza. Ujian ini menunjukkan kemungkinan berlaku masalah penjajaran roda depan.
  • Cuba memandu atas permukaan jalan tidak rata seperti atas garisan kuning. Juga lihat tindak balas kereta ketika melepasi bonggol jalan.
  • Ajak bersembang dengan pemilik untuk mengorek rahsia kereta itu.
  • Cuba letakkan kenderaan dalam pelbagai jenis petak parkir. Tahukah anda petak parkir boleh dijadikan ruang ideal untuk menguji kondisi kereta terpakai seperti komponen tayar, suspensi, dan stereng.

BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Kereta Baharu Kena Pantang?

6. SELEPAS SELESAI MEMANDU

Jika berpuas hati dengan kenderaan tersebut, mintalah pemilik hantar kereta ke bengkel. Jangan sesekali biarkan kereta tidak diperiksa kerana berisiko mendatangkan masalah pada masa akan datang.

Jangan lupa ajukan apa saja permasalahan mengenai kereta yang sudah anda pandu. Juga boleh buat penilaian sendiri dengan menulis senarai prestasi beberapa bahagian kereta seperti enjin, tayar, penyaman udara dan lain-lain. Jika ragu-ragu atau rasa tidak sedap badan, batalkan hasrat anda untuk membeli kereta terpakai berkenaan.

Banyak lagi kereta lain yang boleh dipilih, diuji dan dibeli.

SUMBER: LiveAbout.com

apa nak buat autotainment Kereta terpakai Pandu uji Pandu Uji Kereta Terpakai Roda4 tip tip kereta terpakai Used Car
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.