Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 8 Langkah Cuci Enjin Kereta Cara Betul!
Autotainment

#ApaNakBuat: 8 Langkah Cuci Enjin Kereta Cara Betul!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/04/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN bertutup, debu dan habuk boleh masuk ke bahagian enjin menerusi celahan kecil bonet, atau boleh juga dari ruang bawah enjin yang terbuka. Jika dibiarkan, debu akan berkumpul dan menebal hingga menyebabkan enjin kotor.

Mungkin ini perkara remeh, tetapi perlu diketahui debu yang memenuhi bahagian enjin boleh membuatkan kerja enjin tidak optimum. Malah, berisiko merosakkan komponen elektrik. Namun, kerja membersihkan enjin pula tidak boleh dilakukan sembarangan.

BACA >>> Enjin V12 Ferrari FF Akan Dilelong, Dipercayai Jadi Prototaip Ujian Kilang

Bahagian enjin ada beberapa komponen elektrik seperti pin sambungan kabel, unit kawalan elektronik (ECU) dan bahagian elektrik lain.

JADI BAGAIMANAKAH PENYELESAIANNYA?

Perkara pertama perlu dilakukan ialah periksa dulu bahagian elektrik yang boleh menyebabkan litar pintas jika terkena air. Bahagian itu perlu diselamatkan dulu dengan membalut menggunakan plastik supaya air tidak boleh masuk.

Kemudian, barulah proses mencuci boleh bermula. Berikut beberapa tip mencuci bahagian enjin dengan betul:

  1. Sembur enjin guna air bertekanan rendah untuk menghilangkan debu yang melekat, terutama pada bahagian sukar dijangkau.
  2. Letakkan cairan khas nyah gris untuk menanggalkan kotoran degil. Sekarang boleh mula memberus permukaan enjin secara perlahan guna berus halus.
  3. Bahagian celahan kecil pula boleh guna berus gigi atau berus kecil yang boleh dibeli di kedai perkakasan. Jika berus gigi, pastikan bukan yang digunakan untuk menggosok gigi setiap hari.
  4. Bilas enjin dengan air bersih untuk menghilangkan sisa kotoran, termasuk membilas sisa sabun yang masih melekat sekitar enjin.
  5. Jika ada alat pistol angin, boleh gunakan untuk membersihkan sisa air di kawasan sempit.
  6. Bagi mengelak kesan tompok air (waterspot), biarkan bonet terbuka 2-3 jam untuk memastikan bahagian enjin kering sempurna.
  7. Kemudian buka kembali balutan kabel yang menutup komponen elektrik.
  8. Sebaiknya proses cucian dilakukan di kawasan terbuka, tetapi bukan di bawah sinar matahari secara langsung supaya tidak merosakkan cat kereta.

Selepas kering sepenuhnya, hidupkan enjin sambil periksa semua komponen yang bersambung dengan sistem elektrik bermula lampu depan, kecemasan, brek dan signal, termasuk bahagian lain. Selamat mencuba!

BACA >>> #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta dan Perlukah Dicas Semula?

SUMBER: Suzuki.co.id

apa nak buat apanakbuat Auto Terkini autotainment cara enjin bekerja Cuci Enjin Cuci Kereta enjin Roda4 Tip Cuci Enjin Kereta
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Farerz on 23/08/2021 14:35

      Saya baru lepas cuci enjin. Dan enjin saya jadi sebu. Rpm lepas smpai 2 lepas tu terus sangkut sangkut. Apa tanda nya ya? & penyelesaiannya?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.