Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 7 Tip Elak Mengantuk ketika Memandu
Autotainment

#ApaNakBuat: 7 Tip Elak Mengantuk ketika Memandu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA sebarang manfaat jika terus memandu ketika mengantuk kerana perbuatan itu cuma menyumbang kepada jumlah kemalangan, meragut nyawa sendiri dan seisi keluarga atau pengguna jalan raya lain.

Ada tiga punca utama yang menyebabkan kita mengantuk sama ada kurang tidur, mengambil makanan tinggi karbohidrat dan badan penat.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?

Ada perbezaan antara pemandu mengantuk dan pemandu mabuk atau pening disebabkan kesan bahan mengkhayalkan akibat beberapa jenis ubat. Namun persamaannya, memandu ketika mengantuk juga termasuk dalam kategori pemandu berbahaya atas jalan.

Agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) dalam kajian 2013 mendedahkan pemandu mengantuk adalah penyebab utama 72,000 kemalangan dan 800 kematian akibat nahas jalan raya di AS. Hasil kajian juga mendapati pemandu mengantuk adalah kalangan mereka yang kurang tidur kurang enam jam sehari.

1. Jangan Lebih atau Kurang Makan Sebelum Memandu


Kebanyakan masa, perut kenyang lebih mudah menjadikan seseorang itu mengantuk kerana kandungan dalam makanan. Antaranya makanan berlemak tinggi yang memerlukan lebih tenaga lebih untuk proses penghadaman hingga mudah membuatkan seseorang itu mengantuk.

Cara terbaik, ambillah makanan ringan berkhasiat dan bernutrisi tinggi seperti sayuran atau mengandungi Omega tinggi sebelum mula memandu. Buah-buahan juga antara pilihan terbaik.

Malah, jika anda tidak makan atau kurang makan, kondisi itu juga boleh membuatkan badan mudah lemah dan refleks tidak secekap situasi memandu normal. Jadi, makanlah seacara sederhana, iaitu tidak kurang atau berlebihan sebelum mula memandu pemanduan.

BACA >>> Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!

2. Jangan Memandu dalam Keadaan Khayal


Ford pada 2017 pernah membuat kajian yang mendapati memandu ketika khayal akibat efek bahan asing adalah sama bahaya seperti memandu mabuk. Kesan khayal bahan asing boleh membuatkan kita mengantuk dan pening ketika memandu, yang mana kombinasi kedua-dua bahan sekali  (mabuk dan khayal) adalah amat berbahaya.

Reaksi memandu khayal terbukti melambatka respons ketika memandu. Jika anda tergolong dalam kategori itu, sila tempah khidmat pengangkutan seperti Grab dan tinggalkan sahaja kereta di rumah.

3. Cari Teman Memandu Rajin Sembang


Jika memandu jauh, lebih baik membawa peneman yang tidak henti bercakap dan ada lesen memandu sah. Golongan peneman begitu dapat membantu kita kekal berjaga sepanjang memandu walaupun mereka mungkin bukan teman ideal dimahukan. Tetapi, sekurang-kurangnya dapat membantu menghilangkan rasa mengantuk.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 6 Jenis Frem Kenderaan yang Perlu Anda Tahu

4. Berhenti untuk Sembahyang dan Rehat


Anda dinasihatkan berhenti memandu seketika di kawasan disediakan untuk berehat dan sembahyang (mengikut kepercayaan, agama dan cara masing-masing).

Sembahyang dapat membantu kita kembali tenang, fokus dan rasa lebih segar. Pergerakan anggota badan semasa beribadat membantu tubuh relaks selain melegakan otot dan sendi akibat duduk terlalu lama semasa pemanduan. Solat juga boleh menghilangkan seketika fokus atau stres semasa di jalan raya dan menenangkan kembali diri seseorang.

Selain itu, kita juga boleh lakukan aktiviti merenggangkan badan secara ringkas dan tidur seketika ketika parkir di tempat selamat. Masa rehat sekurang-kurangnya 20 minit sudah cukup untuk membantu kita kembali segar.

BACA >>> #RetroAuto: Wanita Cetus Idea Radio Kereta, Kononnya ‘Dating’ Lebih Romantik

5. Pasang Radio, Dengar Celoteh DJ Radio


Selain dengar lagu kegemaran, pilihlah stesen radio dengan DJ yang rajin menghidupkan suasana dan membuat jenaka menghiburkan.

Perbuatan mendengar perbualan radio bersama pendengar atau sesi interaktif juga antara cara membantu kita kekal sedar ketika memandu. Lebih-lebih lagi jika soalan DJ radio boleh mengaktifkan otak untuk mula berfikir.

Jika muzik yang dimainkan pula jenis slow atau menenangkan, sila tukar saluran radio dan cari irama lagu lebih rancak. Fokus pendengaran ialah untuk kekal sedar bukan mengasyikkan untuk kembali mengantuk.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Jadi Punca Penyaman Udara Cepat Rosak

6. Perlahankan Kekuatan Penyaman Udara

Suhu sejuk boleh menyebabkan kita mudah mengantuk. Saintis memanggil situasi itu sebagai ‘Temperature Homeostasis’, iaitu proses badan menetapkan suhu antara 36ºC-38ºC, yang menjadi fenomena biasa di negara beriklim sejuk.

Situasi itu boleh berlaku jika memasang penyaman udara dengan tahap sejuk maksimum. Apabila suhu sekeliling jadi sejuk dan suhu badan turun bawah 35ºC, badan akan mengalami hipotermia sederhana yang membuatkan kita mula rasa mengantuk dan ketangkasan deria semakin perlahan. Jadi, tetapkan suhu mengikut tahap sesuai.

7. Kurangkan Gula


Semua tahu gula menghasilkan tenaga, tetapi jika berlebihan boleh membawa ancaman seperti diabetes. Apabila gula berkurangan dalam badan, kita mula rasa penat, mengantuk dan tidak bermaya. Senario itu mudah dilihat pada anak kecil.
Jika perlu ambil makanan bergula, ambillah dalam dos disyorkan penasihat makanan bebas yang tidak terikat kepada mana-mana syarikat makanan.Jika anda gemar mengunyah gula-gula getah untuk hilang rasa mengantuk, anda disarankan beralih kepada makanan kurang gula atau jenis kekacang.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Stereng Bentuk Bulat?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!

SUMBER: AutoDeal

autotainment Cara elak ngantuk semasa pandu Ngantuk dalam kereta Pemandu Mengantuk Tip Auto Tips Elak Mengantuk
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Toyota Hilux BEV offroad
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

    09/04/2026
    Kenali jiwa motosikal anda
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

    01/03/2026
    Nozel pam minyak
    0
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

    26/02/2026
    Cara angkat motosikal besar bila jatuh
    0
    ApaNakBuat

    #ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

    25/02/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    By Shazwan Hisam07/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.