Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#TahukahAnda: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Jadi Punca Penyaman Udara Cepat Rosak
Auto Terkini

#TahukahAnda: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Jadi Punca Penyaman Udara Cepat Rosak

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA memandu siang hari, terutama ketika terik mentari, tiada siapa yang akan buka tingkap kereta untuk mendapatkan angin luar. Tentunya penyaman udara (AC) dipasang pada suhu paling sejuk supaya selesa dan tidak berpeluh.

Dalam situasi ini mungkin ada kalangan anda tidak sedar beberapa kebiasaan yang dilakukan boleh menyebabkan penyaman udara cepat rosak. Berikut kami senaraikan beberapa punca yang anda buat tanpa sedar:

1. SERING MEROKOK DALAM KERETA

Asap dan debu rokok berisiko menembus ke bahagian penapis dan ini menyebabkan penapis jadi cepat kotor. Akhirnya tahap kesejukan penyaman udara dalam kabin tidak optimum.

BACA >>> #ApaNakBuat: 8 Langkah Cuci Enjin Kereta Cara Betul!

2. BUKA TINGKAP TERLALU LAMA KETIKA AC DIHIDUPKAN

Kebiasaan yang sering kita buat ialah buka tingkap terlalu lama ketika penyaman udara dihidupkan.  Ini menyebabkan proses kerja kompresor terbeban untuk mendapatkan suhu kabin ideal, dan akhirnya membuat AC cepat rosak.

3. PILIH PEWANGI KERETA KURANG SESUAI

Lebih sesuai sekiranya guna pewangi kereta jenis cecair. Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Apabila terkena suhu sejuk, wap itu boleh kembali kepada bentuk gel. Ini berisiko menghalang penapis dan evaporator atau koil penyejuk (cooling coil) dalam AC.

BACA >>> #TahukahAnda: Sejukkan Kereta Dijemur Panas Tanpa Perlu Buka ‘Aircon’

4. MATIKAN ENJIN KERETA KETIKA AC MASIH HIDUP

Keburukan tabiat mematikan enjin ketika penyaman udara masih aktif ialah apabila mahu menghidupkan enjin, penyaman udara akan terus bekerja secara automatik. Perlu diingatkan, bateri terbeban untuk bekerja keras ketika enjin baru dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak maksimum, arus elektrik yang terhasil jadi kurang stabil dan ini mempengaruhi elektrik penyaman udara.

5. KEBERSIHAN KABIN TIDAK DIJAGA

Sampah dan kotoran terbiar bukan saja mengotorkan kabin dan meninggalkan debu, tetapi juga memberi kesan kepada penyaman udara. Debu dan habuk yang terhasil boleh masuk dan keluar dari penapis penyaman udara dan membuatkan komponen itu mudah rosak.

BACA >>> 3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

Inilah beberapa kebiasaan buruk yang perlu dielakkan jika mahu penyaman udara kereta berfungsi baik dan tidak cepat rosak. Apabila sudah rosak tentu kos yang perlu dihabiskan menelan belanja ratusan hingga ribuan ringgit.

Semoga bermanfaat!

SUMBER: Suzuki.co.id
Auto Terkini pendingin hawa pendingin hawa kereta TahukahAnda tips
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.