Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 5 Bahagian Motosikal yang Perlu Diperiksa Ketika Musim Panas
Autotainment

#ApaNakBuat: 5 Bahagian Motosikal yang Perlu Diperiksa Ketika Musim Panas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CUACA panas terik hingga menyucuk-nyucuk liang roma kulit bukan sekadar memberi kesan kepada penunggang, tetapi juga mempengaruhi kondisi motosikal. Lebih-lebih lagi jika motosikal anda kerap terdedah di bawah sinar matahari sepanjang masa.

Sepatutnya, setiap kali berdepan cuaca ekstrem, tanpa mengira musim panas atau hujan, anda sepatutnya mengambil inisiatif sendiri untuk memantau kondisi motosikal.

Ada beberapa penyelenggaraan asas yang mudah dilakukan, tetapi kerap dilupakan penunggang dalam hal menyelenggara motosikal ketika musim panas. Asasnya, ada  lima bahagian motosikal yang perlu anda berikan perhatian khas, iaitu:

1. PERIKSA TEKANAN ANGIN TAYAR

Suhu panas boleh menyebabkan tekanan angin tayar berubah-ubah hingga menjejaskan keselesaan menunggang. Tekanan tayar berbeza setiap masa ini boleh diatasi dengan kerap melakukan pemeriksaan tayar sekurang-sekurangnya setiap kali sebelum menunggang.

Isikan tekanan angin tayar mengikut standard direkomenkan pengeluar.

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Periksa Absorber Motosikal, Masih OK Atau KO?

2. LIHAT KONDISI TAYAR

Tayar yang sering terdedah kepada suhu panas secara berterusan boleh menjejaskan kualiti getah. Ini kerana tekstur tayar berisiko mengalami masalah menggelupas, merekah atau pecah.

Masalah ini dapat diatasi dengan menukar tayar lama dengan baharu sekiranya anda mengesan sebarang simptom seperti disebutkan di atas. Bagi menjaga kualiti  dan memanjangkan jangka hayat tayar, anda perlu sapukan tayar dengan lilin (wax) atau bahan kimia khas bagi menjaga kelembapan tayar.

3. BERSIHKAN DAN MINYAKKAN RANTAI

Udara panas boleh menyebabkan minyak rantai mengering cepat hingga menjejaskan kelancaran motosikal. Kesannya, rantai akan berbunyi kasar ketika bergerak, terutama setiap kali menukar gear.

Sila lakukan servis dan pemeriksaan berkala seperti meletakkan minyak rantai dan melaraskan ketegangan tayar.

BACA >>> #SembangDeras: Takkan Motor Tak Ada Penutup Rantai Pun Kena Saman?

4. DENGAR DAN PERIKSA BERING RODA

Jangan lupa periksa bering roda. Selain kondisi jalan raya teruk yang menyebabkan bering pecah, cuaca panas berpanjangan pula menjadi punca minyak bering mengering, manakala pengedap (seal) mengeras dan rapuh atau reput.

Simptom ini boleh dikesan dengan mengesan kelancaran putaran tayar sambil mendengar sebarang bunyi kasar. Penyelesaiannya, gantikan seal dan tambahkan minyak bering.

5. KERAP CUCI MOTOR

Motosikal yang terdedah kepada cahaya matahari berterusan boleh menyebabkan warna badan jadi pudar dan kusam. Sentiasalah luangkan masa mencuci motosikal anda. Jadikan sebagai rutin mingguan atau cuci motor anda dua kali dalam seminggu.

Gunakan sabun khas untuk menjaga warna badan motosikal.

BACA >>> #ApaNakBuat: Lakukan 8 Perkara Ini untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal!

SUMBER: NaikMotor

apa nak buat apanakbuat Auto Terkini autotainment Bunga Tayar cara penjagaan rantai isi angin tayar pelincir rantai motosikal Selenggara Motor Ketika Musim Panas tip jaga rantai motosikal tip motosikal Tip Selenggara Motosikal
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.