Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#ApaNakBuat: 4 Tip Pandu Kereta Baharu, Mesti Relaks, Jangan Kalut dan Kasar
Auto Terkini

#ApaNakBuat: 4 Tip Pandu Kereta Baharu, Mesti Relaks, Jangan Kalut dan Kasar

Abang HirataBy Abang Hirata16/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA mengikuti forum kereta, anda mungkin akan jumpa ahli yang bertanya tentang cara memandu kereta baharu yang baru saja diterimanya.

Soalan yang biasa ditanya, bilakah tempoh ‘run in’ atau tahap penggunaan minyak. Jawapan diberikan pula lebih kurang sama saja daripada pemilik yang lebih awal membeli. Bagi pemandu berpengalaman, isu ini mungkin nampak biasa saja, tetapi tidak buat pengguna baharu yang menganggap ia sebagai  isu besar dan rumit.

RICHARD GLADMAN

Bagi jawapan lebih formal, kami bawakan kepada anda tip memandu baharu daripada Ketua Standard Pemanduan dan Tunggangan IAM RoadSmart, Richard Gladman. Sebagai makluman, IAM RoadSmart ialah persatuan kebajikan tentang keselamatan jalan raya terbesar di Britain yang menganjurkan pelbagai kursus dan kempen dalam menambah baik standard tunggangan dan pemanduan, serta keselamatan jalan raya.

BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Beli Kereta Sempurna (Ikut Bajet dan Keperluan)

4 TIP MEMANDU KERETA BAHARU – GLADMAN

  1. Biarkan brek berfungsi baik. Mula memandu dengan lembut dan elakkan memecut dan membrek kasar. Ingat, tayar akan tahan lebih lama jika digunakan secara sopan untuk beberapa ratus kilometer awal.
  2. Periksa cecair penyejuk aka coolant dan pelincir dengan kerap. Penggunaan minyak biasanya tinggi daripada biasa untuk 8,000km awal sepanjang tempoh komponen enjin ‘sedang masak’. Kemudian barulah penggunaan minyak jadi semakin bertambah baik selepas tempoh berkenaan.
  3. Jika boleh, elakkan kelajuan tetap untuk 1,600km pertama. Gunakan kelajuan berbeza supaya komponen dapat bekerja ‘harmoni’ dalam julat kelajuan yang ada.
  4. Penggunaan minyak akan beransur baik selepas komponen semakin ‘masak’. Jangan kecewa jika penggunaan minyak tidak seperti diharapkan. Situasi ini normal dan akan jadi lebih baik selepas jarak yang dipandu mencapai tahap sepatutnya.

Pesan Gladman;

“Membeli kereta baharu memang menyeronokkan, ia juga pelaburan besar. Menggunakannya dengan sabar pada permulaan dapat membantu komponen kereta berfungsi pada tahap terbaik untuk tempoh lama dan reliabel. Kaedah ini juga dapat membantu anda supaya rasakan dulu atau fiil sebelum meneroka potensi penuh kereta.”

BACA >>> Kereta Jarang Guna dan Pandu Jarak Dekat – Kena Servis Ikut Masa atau ‘Mileage’?

Tip Tambahan daripada Kami

  • Kereta baharu kini lebih pintar kerana menggunakan sistem komputer canggih. Jadi berpada-padalah memecut ketika baru saja mendapat kunci. Asuh kaki anda supaya tidak gopoh dan tergesa-gesa menekan pedal minyak atau brek.
  • Jangan ‘kedekut’ menggunakan pedal minyak kerana komponen perlu berfungsi dalam dinamik sendiri. Bagi hal penyenggaraan, pilih pelincir semi sintetik atau sintetik penuh.
  • Kepada pemilik berkeluarga, sebelum melabur untuk membeli macam-macam aksesori, dapatkan juga kerusi bayi untuk anak kecil jika belum memilikinya.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

apa nak buat IAM RoadSmart Richard Gladman tahukah anda tip kereta Tip Permotoran
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Honda Forza 720 2027 EU
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.