• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ApaNakBuat: 4 Tip Pandu Kereta Baharu, Mesti Relaks, Jangan Kalut dan Kasar

#ApaNakBuat: 4 Tip Pandu Kereta Baharu, Mesti Relaks, Jangan Kalut dan Kasar

June 16, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA mengikuti forum kereta, anda mungkin akan jumpa ahli yang bertanya tentang cara memandu kereta baharu yang baru saja diterimanya.

Soalan yang biasa ditanya, bilakah tempoh 'run in' atau tahap penggunaan minyak. Jawapan diberikan pula lebih kurang sama saja daripada pemilik yang lebih awal membeli. Bagi pemandu berpengalaman, isu ini mungkin nampak biasa saja, tetapi tidak buat pengguna baharu yang menganggap ia sebagai  isu besar dan rumit.

RICHARD GLADMAN

Bagi jawapan lebih formal, kami bawakan kepada anda tip memandu baharu daripada Ketua Standard Pemanduan dan Tunggangan IAM RoadSmart, Richard Gladman. Sebagai makluman, IAM RoadSmart ialah persatuan kebajikan tentang keselamatan jalan raya terbesar di Britain yang menganjurkan pelbagai kursus dan kempen dalam menambah baik standard tunggangan dan pemanduan, serta keselamatan jalan raya.

BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Beli Kereta Sempurna (Ikut Bajet dan Keperluan)

4 TIP MEMANDU KERETA BAHARU - GLADMAN

IAM RoadSmart.04
IAM RoadSmart.06
IAM RoadSmart.05
  1. Biarkan brek berfungsi baik. Mula memandu dengan lembut dan elakkan memecut dan membrek kasar. Ingat, tayar akan tahan lebih lama jika digunakan secara sopan untuk beberapa ratus kilometer awal.
  2. Periksa cecair penyejuk aka coolant dan pelincir dengan kerap. Penggunaan minyak biasanya tinggi daripada biasa untuk 8,000km awal sepanjang tempoh komponen enjin 'sedang masak'. Kemudian barulah penggunaan minyak jadi semakin bertambah baik selepas tempoh berkenaan.
  3. Jika boleh, elakkan kelajuan tetap untuk 1,600km pertama. Gunakan kelajuan berbeza supaya komponen dapat bekerja 'harmoni' dalam julat kelajuan yang ada.
  4. Penggunaan minyak akan beransur baik selepas komponen semakin 'masak'. Jangan kecewa jika penggunaan minyak tidak seperti diharapkan. Situasi ini normal dan akan jadi lebih baik selepas jarak yang dipandu mencapai tahap sepatutnya.

Pesan Gladman;

"Membeli kereta baharu memang menyeronokkan, ia juga pelaburan besar. Menggunakannya dengan sabar pada permulaan dapat membantu komponen kereta berfungsi pada tahap terbaik untuk tempoh lama dan reliabel. Kaedah ini juga dapat membantu anda supaya rasakan dulu atau fiil sebelum meneroka potensi penuh kereta."

BACA >>> Kereta Jarang Guna dan Pandu Jarak Dekat - Kena Servis Ikut Masa atau 'Mileage'?

Tip Tambahan daripada Kami

  • Kereta baharu kini lebih pintar kerana menggunakan sistem komputer canggih. Jadi berpada-padalah memecut ketika baru saja mendapat kunci. Asuh kaki anda supaya tidak gopoh dan tergesa-gesa menekan pedal minyak atau brek.
  • Jangan 'kedekut' menggunakan pedal minyak kerana komponen perlu berfungsi dalam dinamik sendiri. Bagi hal penyenggaraan, pilih pelincir semi sintetik atau sintetik penuh.
  • Kepada pemilik berkeluarga, sebelum melabur untuk membeli macam-macam aksesori, dapatkan juga kerusi bayi untuk anak kecil jika belum memilikinya.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Membrek dengan Betul dan Selamat

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: apa nak buat, IAM RoadSmart, Richard Gladman, tahukah anda, tip kereta, Tip Permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev