Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak
Autotainment

#ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak

TalibBy Talib20/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KESESAKAN lalu lintas memang sudah jadi realiti kehidupan masa kini untuk jutaan pengguna jalan raya seluruh dunia tidak kira di mana berada.

Masalah ini menyebabkan ramai kalangan kita cuba mengatur jadual harian dan gaya hidup berdasarkan kepada kesesakan jalan raya. Bagi menghilang stres dan kebosanan, pemandu akan cuba melakukan sesuatu seperti berdandan, menelefon rakan dan ada juga sempat menyiapkan beberapa tugasan menggunakan komputer riba.

Namun, semua perkara itu tidak akan membebaskan kita daripada kesesakan lalu lintas.

Sebenarnya jika bukan situasi luar jangka seperti kemalangan, kesesakan jalan raya kebiasaannya ada paten tertentu, iaitu kerap berlaku pada pagi, tengah hari dan petang  kerana ia waktu puncak. Jadi, anda sebenarnya ada cara untuk mengelakkan kesesakan waktu puncak tersebut.

Sebagai permulaan, tip ini hanya terpakai buat mereka yang berkerja di laluan yang mampu mengelak kesesakan. Kalau mana-mana jalan pun sesak sepanjang masa, memang tip ini tidak berkesan. Mungkin cuma dapat menjimatkan masa perjalanan saja.

1. DAPAT MAKLUMAT SEBELUM GERAK

Boleh juga guna peta, cuma tak boleh nampak jalan mana yang sesak.

Cara pertama, kita perlu sentiasa mengetahui maklumat keadaan jalan raya semasa, termasuk kemas kini hal pembangunan dan penyelenggaraan. Maklumat boleh didapati menggunakan aplikasi keadaan jalan yang boleh dimuat turun ke telefon pintar anda, atau dengar hebahan radio ketika memandu.

Anda juga boleh guna pengalaman dan pengetahuan mengenai selok-belok jalan raya dan kemampuan mencari laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan. Jika tiada jalan lain, terpaksalah cari nasihat mengenai cara hendak mengatasi masalah tersebut seperti di bawah ini.

2. GERAK AWAL KE LOKASI

Ada yang sesudah Subuh sudah keluar pergi kerja. Tak nak jem punya pasal.

Ada yang bergerak awal ke tempat kerja dan pulang selewat mungkin untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Nampak macam membuang masa, tetapi sekurang-kurangnya tidak perlu menghabiskan masa lama yang membosankan atas jalan.

3. TUKAR MEDIUM PENGANGKUTAN

Tunggang motosikal lebih cepat sampai sebab boleh mencilok.

Ada juga yang menukar kenderaan ke tempat kerja, tetapi tetap ada risiko. Motosikal adalah medium pengangkutan paling pantas dan jimat berbanding kenderaan lain. Namun, kekurangan yang perlu dihadapi adalah pengaruh cuaca dan risiko tinggi kemalangan.

Naik LRT memang tak adalah nak stres hadap jem.

Cara lain ialah naik pengangkutan awam. Pun lebih selamat dan jimat, lebih-lebih lagi jika tempat kerja anda memang berada dekat dengan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel atau bas. Cuma perlu lebih banyak berjalan dan bersesak dengan orang ramai. Tetapi cara ini kurang sesuai buat mereka yang jauh dari pengangkutan awam.

Kalau kita je memandu, member sebelah baik punya tidur. Memang bikin panas.

Cara lain paling kurang popular adalah berkongsi kenderaan. Namun agak sukar hendak berkongsi kenderaan kerana masing-masing ada komitmen sendiri. Jadi pilihan ini paling kurang dilakukan walaupun pernah dikempenkan suatu masa dulu.

BACA >>> 10 Tip untuk Penggemar Aktiviti Larian, Jalan Kaki di Jalan Raya
BACA >>> Kajian: Lorong Basikal Punca Lebih Banyak Pencemaran Alam Sekitar?

TIP ELAK SESAK KETIKA MEMANDU

Berikut beberapa tip yang anda boleh amalkan ketika memandu.

  • Perhatikan keadaan jalan dan ramalkan laluan di depan supaya dapat memilih lorong paling baik. Lebih baik bertukar lorong lebih awal kerana sukar dilakukan ketika lalu lintas sesak.
  • Sentiasa fokus memandu, mata memandang ke jalan dan tengok cermin sisi dan belakang.
  • Pastikan sentiasa bersedia guna lampu, lampu signal belok dan hon ketika diperlukan.
  • Pastikan kenderaan sentiasa dalam jarak selamat dan mengikut aliran lalu lintas.
  • Jangan terganggu ketika memandu dalam keadaan jalan sesak, pastikan lagu tidak dipasangkan terlalu kuat dan telefon pintar dalam keadaan senyap atau berdekatan.
  • Bersabar dan patuhi peraturan jalan raya. Tiada guna bergaduh kalau jalan depan masih tidak bergerak.
  • Bertimbang rasa dan berikan kemudahan kenderaan lain menukar lorong, terutama petugas kecemasan.
  • Pasang lampu signal belok dan pastikan periksa cermin tepi dan belakang sebelum menukar lorong. Sentiasa ingat ada ramai penunggang motosikal yang sedang mencari rezeki di tepi kereta kita.
apa nak buat autotainment Memandu di Jalan Raya Sesak tahukah anda tip memandu
Talib

    Artikel Berkaitan

    Lampu isyarat biru di jalan raya
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Sesetengah Jalan Raya Guna Lampu Isyarat Biru?

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    25/06/2026
    Elektrifikasi

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.