Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/06/20166 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

lorong-kecemasan

INGATKAH anda tentang insiden kemalangan pada 23 Mei 2016 di Kilometer 228 Lebuhraya Utara Selatan (NSE) arah Utara, selepas Tol Simpang Ampat, Melaka? Kemalangan itu berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya menggunakan laluan kecemasan yang kemudian menjadi viral di media sosial.

Lihat video viral ini [kredit: Puvan Barthiban]  yang dirakam oleh Pemandu Pegawai Perubatan Hospital Tampin, Puvan Barthiban.

Sejujurnya, jika tiada kemalangan sekalipun, dan jalan sedikit sesak, kita pasti dapat melihat individu yang tanpa rasa bersalah menggunakan lorong kecemasan. Betulkah ada kecemasan? Atau sekadar mahu lari dari kesesakan? Mungkin ada bertanya, apakah tindakan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap pesalah lalu lintas ini? Apakah tindakan yang dikenakan? Ataupun mereka yang melakukan kesalahan itu terlepas begitu sahaja?

NOTIS 114

Ketua Cawangan JPJ Petaling Jaya, Mohamad Hafiz Usman berkata, tindakan yang akan dikenakan ke atas pemandu biadap itu adalah mengikut prosedur, dan JPJ tidak hanya terus mengeluarkan saman. Tiada saman, jadi ini tidak adil? Sabar, JPJ akan mengeluarkan Notis 114 yang kebiasaannya diberikan atas kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu isyarat merah dan menggunakan laluan kecemasan (dalam kes ini).

Notis 114 ialah panggilan temu siasat dan mereka yang menerima notis ini perlu tampil memberikan keterangan di mana-mana cawangan JPJ untuk membantu siasatan. Secara positifnya, mungkin ada yang betul-betul dalam kecemasan, walaupun rata-ratanya lebih kepada sikap tidak sabar menunggu giliran. Jadi, mereka yang tidak bersalah harus diberikan peluang membela diri bukan?

Menurut Hafiz lagi, apabila tempoh notis dikeluarkan itu tamat dan tiada kerjasama pesalah trafik atau ingkar, mereka boleh dikenakan cas ingkar arahan 114. Jika penerima masih tidak memberikan sebarang maklum balas dalam tempoh kedua yang diberikan, barulah mereka disaman dan seterusnya disenarai hitamkan jika gagal membayar saman.

ADUAN PENGGUNA JADI BUKTI SAMAN

Bukan sepanjang masa pihak berkuasa akan menjaga dan memantau laluan lebuh raya. Jadi, bagaimana JPJ mendapat maklumat atau gambar mereka yang menggunakan lorong kecemasan itu? Percaya atau tidak, gambar-gambar pesalah trafik itu diambil oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian menghantar aduan mereka kepada e-mel; aduantrafik@jpj.gov.my. Ini boleh digunakan sebagai bukti saman.

Namun, aduan anda mesti disertakan dengan gambar jelas dan terang berserta nombor plat, termasuk dinyatakan tarikh, masa dan lokasi serta butiran diri yang lengkap.

plus

Kepada mereka yang sering menggunakan laluan kecemasan tanpa sebab munasabah, anda sewajarnya tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut. Bayangkan jika insiden kemalangan yang berlaku itu melibatkan ahli keluarga kita?Pasti sedih dan marah bukan?

Tidak menggunakan laluan kecemasan bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Anda cuma perlu ada rasa tanggungjawab. Bersamalah kita menjadi pengguna jalan raya yang bertimbang rasa. Tiada ruginya jika kita bersabar. Biar lambat, asalkan selamat! 🙂

guna lorong kecemasan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Notis 114 pemandu biadab
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026

    6 Comments

    1. khairul on 07/11/2016 07:09

      As salam, tuan.. Sy nk brtanya soalan, bgaimna klau pngguna yg dkenakn 114 tp jpj mnghantar notis d alamat lma, dan pngguna dgn msa yg lma bru trima nitis trsebut datas sbb trtentu… Sbb klau d saman trus mungkin pngguna yg lain mnunggang pd msa itu, tmbahan klau d kwsn kg, knderaan ni sperti hak awam je… Kdg2 kita x tahu spe yg bwk, sbb kg bkn mcm bndar…mklum

      Reply
    2. hanif on 09/06/2022 09:37

      Sya nk tanya…kalau sya dpt notis ni ape tindakan sewajarnya yg sya perlu ambik…maksud sya adakah sya perlu terus membayar saman atau tunggu sehingga sya disaman?

      Reply
    3. Yusoff Damiri on 27/05/2023 20:18

      Saya baru terima surat daripada ke dua atas sebab engkar hadir temusiasat pada 21/5/2023. Surat baru saja saya terima. Kemudian dalam surat tersebut, Saya kena hadir mahkamah pada 21/8/2023. Apa perlu saya buat?

      Reply
    4. Haji Mohamad on 10/01/2024 19:05

      Apa benda JPJ buat kerja, belum pun panggil saya untuk temubual, terus keluar surat saman, cakap saya tidak HADIR untuk temubual?! ADIL ke macam itu?! Masya-Allah. Buat kerja biar ikut SOP & undang-undang yang JELAS.

      Reply
    5. GS YUVAN BROTHER'S on 02/02/2024 10:31

      Sy baru dpt notis ni..notis tersebut kena hair ke mahlamah pada 2/05/2024..apa perlu sy dibuat.

      Reply
    6. Eqin on 14/07/2025 21:15

      Saya ada jual motorsikal kepada seorg pembeli tp xtukar nama lagi, lepastu ada saman jpj dikenakan atas nama sy,dan skrg kena hadirkan diri bayar saman..pembeli berjanji nk selesai kn saman tu tapi skrg dia dh senyap,saya call xdpt

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.