Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Apakah Ini Wajah Sebenar Perodua Myvi Baharu (2018)?
Roda4

Apakah Ini Wajah Sebenar Perodua Myvi Baharu (2018)?

afiqBy afiq17/10/201713 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBELUM ini, kami ada mengeluarkan artikel mengenai model baharu Perodua Myvi baharu (2018) dengan kod nama D20N.

Hari ini, kami menerima tiga foto yang dikhabarkan wajah sebenar Perodua Myvi baharu (2018). Menurut pengirim yang mahu dikenali sebagai Vues, lakaran ini dibuat berdasarkan beberapa maklumat diterima daripada pelbagai pihak.

Maklumat tersebut dikuatkan lagi dengan beberapa komen pembaca yang bersetuju dengan kenyataan kami bahawa rupa Perodua Myvi baharu (2018) nanti seakan mirip Toyota Corolla iM. Mungkin pembaca tersebut adalah salah seorang staf Perodua.

Jika diamati daripada lakaran terdahulu, anda akan mendapati perubahan pada bahagian lampu utama, gril dan bampar depan. Selain itu, lampu belakang juga turut berubah.

BACA >>> Foto Perodua ‘Myvi Baharu’ (2018) Bocor?

Persoalannya, apakah ini lakaran sebenar Perodua Myvi baharu (2018) dengan kod D20N? Selepas menunjukkan lakaran kepada beberapa pihak (dirahsiakan identiti), mereka menyatakan imej 3D dihasilkan ini mirip seakan model Myvi yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Berikut informasi yang perlu anda ketahui tentang model Perodua Myvi baharu (2018):

1. Perodua Myvi baharu dikatakan memiliki dimensi lebih besar dan panjang berbanding generasi sebelumnya dan mirip model Honda Jazz.

2. Lampu depan difahamkan akan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard.

3. Lampu belakang didatangkan dengan desain kombi yang mirip model Kia Rio. Pembuka pintu but belakang menggunakan konsep sama pada model Axia baharu.

4. Jika sebelum ini kami ada menyatakan Perodua Myvi (2018) masih mempertahankan rim bersaiz 14-inci, khabar terkini yang diterima model tersebut akan ditawarkan juga dengan pilihan rim bersaiz 15-inci. Ini sudah bagus!

5. Selain pilihan warna merah, putih dan perak, khabarnya Perodua bakal memperkenalkan warna baharu, kelabu.

6. Sementara itu, rekabentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik.

7. Posisi gear diletakkan pada konsol tengah, manakala butang penghidup tekan-mula (push/start) ditawarkan sebagai ciri standard semua varian.

8. Varian tertinggi bakal menerima skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.

perodua myvi baharu 2018ENJIN SAMA SEPERTI BEZZA

Kami menjangka Perodua bakal menggantikan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i yang kini dipasang pada model Bezza dan Vios baharu. Sementara, bahagian transmisi masih mengekalkan kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan.

HARGA BERAPA?

Buat masa ini, kami belum menerima sebarang maklumat mengenai harga jualan. Bagaimanapun, kami anggarkan model serba baharu itu kelak akan dijual pada harga lebih kurang sama seperti model sedia ada. Mungkin sekitar RM40,000 hingga RM55,000.

Persoalan paling utama, cantik tak Perodua Myvi baharu (2018)? Jika anda mempunyai maklumat terkini mengenai model kompak ini, sila berhubung dengan kami di laman Facebook.

GALERI

Harga perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
enjin perodua myvi baharu 2018 Harga perodua myvi 2018 Perodua Myvi (2018) perodua myvi baharu 2018 perodua myvi D20N rim perodua myvi baharu 2018
afiq

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    LEPAS Debut Global di Auto China 2026 – Perkenal Strategi NEV dan Model L6 EV, L4 EV

    27/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Ioniq V Tampil Gaya Sporty, Jarak Lebih 600 km (CLTC)!

    27/04/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule – 630 Unit Sahaja Untuk Dunia!

    26/04/2026
    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026

    13 Comments

    1. Saga3 on 18/10/2017 21:36

      Teruskan usaha Perodua.. Myvi Generasi ke-3 lebih besar Dan lebar.. Dilengkapi ESC(mandatory) Dan mensasarkan sekurangnya 4-bintang ASEAN ncap 2018.. Harganya pasti naik sedikit daripada harga semasa..

      Reply
      • Saga3 on 18/10/2017 21:55

        Kemungkinan mpv alza Generasi ke-2 akan dibangunkan dari platform myvi 2018..

        Reply
    2. akemi on 07/11/2017 21:30

      kenapa mesti harga sampai mencecah rm40K ke rm55K?kan kereta buatan negara malaysia?kata mampu milik…dengan keadaan ekonomi yang meningkat taraf hidup yang meningkat..bagaiman org kelas bawahan nak mampu milik kalau harga macam tu?kalau mampu milik rakyat malaysia boleh pakai kenderaan malaysia…bagila harga rm10K untuk Axia,rm25K untuk Myvi contohnya …maka keluarga yang menggunakan motorsikal sahaja yang dia ada mampu pakai kenderaan Axia anak beranak tak kena hujan..sekadar berpendapat…

      Reply
      • hakemi on 08/11/2017 13:14

        Boleh kalau nak, asal cukai di kurangkan oleh kerajaan BN. Kalau tak cukai harga kereta Malaysia.

        Reply
      • ambo on 27/12/2017 11:32

        Ni le mentalities org melaysia.nk murah jer..x mampu x pyh beli..rm10K engkau buat sendirilah..sbb tu negara kt trtinggal dalam aspek teknologi..patut le Thailand, Indonesia up to date teknologi..kereta baru2 sampai sana dulu..baru Masuk malysia..kesian2

        Reply
    3. welovecar on 08/11/2017 00:27

      Try to make your own idea Perodua…please stop copy other…I’m not glad about this car

      Reply
      • Goh on 14/11/2017 08:38

        Please keep ur Proton Savvy at home! Thanks!

        Reply
    4. Myvi Baru 2017 on 08/11/2017 01:19

      kita tunggu jela ya..tak sabar ni..hehe

      Reply
    5. syaiful nizam on 08/11/2017 12:35

      belakangnya x menarik langsung!

      Reply
    6. KIFLI BABA on 08/11/2017 15:04

      Please try to realize the idea of the German Aldof Hitler to provide their German citizen a car of VW for everyone!!!. Can the Malaysia do that for their fellow countryman?. And the price should be really affordable, there should put more examption charges which not reasonable!!!!

      Reply
      • Goh on 14/11/2017 09:39

        Myvi is more affordable compared to Honda Civic Type R!

        Reply
    7. Rozi Bin Abdul Majid on 09/11/2017 11:17

      Kawan baru rembat Axia 2 biji bulan 10/2016 & 3/2017. Pehhh MYVi baru ni memang cantik…nampak macam honda jazz. Tapi masih murah kalau compare honda jazz. pembelian yg baik kot terutama 1.5 advance.

      Reply
    8. Ijam on 14/11/2017 01:51

      Berapa seater ni mcm myvi gak ke..MPV?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.