Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Foto Perodua ‘Myvi Baharu’ (2018) Bocor?
Roda4

Foto Perodua ‘Myvi Baharu’ (2018) Bocor?

afiqBy afiq02/10/20177 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA tentang model baru Perodua dengan kod D20N sudah lama berlegar sejak awal tahun ini. Sehingga kini masih tiada maklumat rasmi didedahkan. Malah pengeluar automotif tempatan itu mengambil sikap mengunci mulut dan enggan mengulas apa-apa mengenai projek terbaru tersebut.

Paling terkini, khabarnya pengeluaran D20N semakin menghampiri fasa akhir pengeluaran. Menurut beberapa sumber yang enggan dikenali, Perodua sudah pun mempamerkan  model tersebut secara tertutup kepada vendor-vendor terlibat. Bagaimanapun, peluang melihat prototaip akhir itu sekejap sahaja, tanpa sebarang peranti komunikasi dibenarkan masuk.

BACA >>> Bilakah Perodua Myvi 2017 Akan Dilancarkan? Inilah Jawapan Perodua….

Difahamkan, D20N ialah Myvi generasi ke-3 (ataupun nama baru?). Jadi, ada kemungkinan Myvi sedia ada dihentikan pengeluaran untuk memberi laluan kepada bayi baru Perodua itu kelak. Kami sebenarnya sudah pun mendapat gambaran kasar mengenai ‘Myvi baharu’ daripada banyak sumber risikan.

Jadi,  imej di bawah ini ialah lakaran semula berdasarkan gambaran sumber. Apa yang pasti, kami dimaklumkan Perodua memang bakal melakukan transformasi menyeluruh dari segi saiz, penampilan dan mekanikal ‘Myvi baharu’ ini.

BACA >>> Perodua Myvi Serba Baharu Bakal Lancar Tahun Ini, Mungkinkah Guna Enjin Bezza?

PENAMPILAN EKSTERIOR

‘Myvi baharu’ itu bakal tampil dengan profil badan lebih besar berbanding generasi terdahulu dan jika dilihat dari pandangan sisi, rekabentuk seakan Honda Jazz (gambar atas) atau Toyota Corolla iM. Bahagian gril depan menampilkan kemasan krom, sama seperti rekaan tipikal model Perodua lain sedia ada. Lampu depan pula mirip Bezza, tetapi sedikit besar. Khabarnya, ‘Myvi baharu’ bakal menggunakan lampu depan LED sebagai standard.

Sementara itu, rupa belakang Myvi baharu itu seakan model Kia Rio dengan menampilkan lampu combi. Perodua juga masih mengekalkan konsep hendal but seperti yang ada pada Axia. Bahagian rim dijangka mengekalkan rim bersaiz 14-inci, sama seperti generasi terdahulu. Alangkah bagus jika ada pilihan rim 15-inci?

Warna baharu juga ditawarkan, iaitu kelabu bersama warna wajib lain seperti putih dan perak, manakala warna merah juga bakal kembali.

INTERIOR SERBA BAHARU

Menurut sumber, Perodua melakukan rombakan penuh terhadap rekabentuk dalaman ‘Myvi baharu’ dengan menampilkan perubahan seperti berikut:

  • Tombol gear diubah pada konsol tengah seperti generasi-1, bukan lagi pada papan pemuka.
  • Punat kawalan papan pemuka direka ergonomik supaya lebih mesra-pemandu, tidak lagi mendatar.
  • Varian premium dibekalkan sistem infotainment dengan ciri navigasi GPS, pemain DVD dan ciri moden lain.
  • Semua varian ada punat tekan-mula (push-start).
  • Kerusi semi-bucket seperti Myvi Advanced.
  • Tiada tayar donat sebagai tayar ganti, dilengkapkan tayar saiz penuh.

GUNA ENJIN BEZZA?

PeroduaPerodua dijangka menggantikan enjin DVVT sedia ada dengan unit Toyota NR 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i yang siap diimprovisasi dan kini dipasang pada Bezza dan Vios baharu. Transmisi masih konvensional dengan mengekalkan kotak gear automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan.

D20N juga bakal menjadi model Perodua pertama menggunakan Tangki Minyak Plastik (PFT) yang beratnya hanya separuh tangki minyak besi biasa, sekali gus mengurangkan berat kereta. Pengeluaran massa ‘Myvi baharu’ ini dijangka bermula bulan ini, manakala majlis pelancaran diramalkan berlangsung awal November nanti.

Ciri lain ‘Myvi baharu’ adalah apa yang terdapat pada model Bezza, seperti sistem masukan tanpa kunci dengan butang tekan-mula, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TRC), Bantuan Mula-Daki (HSA) dan Eko Lahu (Eco Idle).

D20N foto bocor Myvi baharu (2018) lakaran imej Myvi (2018) Perodua Perodua Myvi (2018) Roda4 Spyshot
afiq

    Artikel Berkaitan

    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026

    7 Comments

    1. Saga3 on 01/10/2017 02:40

      Myvi legend.! Mungkinkah myvi baru akan menepati penarafan 5-bintang ASEAN ncap.. Saya percaya myvi pasti boleh..

      Generasi baru alza dan axia bakal tiba pada tahun hadapan 2018.. Memandangkan jabatan pengangkuatan jalan mewajibkan Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) atau electronic stability control (ESC) untuk semua kereta baru..

      Reply
    2. Fared on 02/10/2017 12:15

      Click bait…macam bodoh

      Reply
    3. Mohd on 17/10/2017 10:11

      Jangan letak no flat dekat bumper belakng.
      Kekakan seperti my sedia ada.dimana no flat di atas bonnet….Baru npk cun….Dan senang letak reverse camera.,..sekadar pendapat.

      Reply
    4. Rasa2 on 25/10/2017 18:28

      Sy rasa model Toyota vitz lebih menepati ciri2 myvi 2017

      Reply
    5. Shahsha on 07/11/2017 23:58

      Bila kereta myvi akan keluar

      Reply
    6. Myvi Baru 2017 on 08/11/2017 01:08

      dah tak lama lagi..sabar ye 🙂

      Reply
    7. Faizah Kasim on 02/12/2017 20:34

      Myvi buat facelift memang cantik. Tapi kalau nak compact car brand selain dari Perodua, I personally prefer Kia Picanto. Design dia pun lawa jugak.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.