Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Adakah Ini Bakal Model Kereta Nasional 3.0? Harga Bawah RM100k?
Auto Terkini

Adakah Ini Bakal Model Kereta Nasional 3.0? Harga Bawah RM100k?

Abang GYLBy Abang GYL28/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DESAS desus projek Kereta Nasional 3.0 menjelang 2020 seperti dibayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin kencang selepas kami menerima beberapa foto prototaip dan maklumat mengenai apa yang dikatakan sebagai bakal model itu nanti.

Berdasarkan foto diterima, jelas kelihatan lencana pada bahagian belakang but tertulis ‘Visi 2020’. Menurut sumber industri, lencana itu ialah nama model yang akan diperkenalkan, manakala platform diambil daripada salah satu kenderaan buatan Jepun.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik (EV)?

Sebanyak 90 peratus bahagian rekaan dihasilkan sendiri syarikat dan pereka tempatan. Tambah sumber itu lagi, projek Kereta Nasional 3.0 itu bakal menggunakan teknologi E-Power. Maksudnya, projek itu akan bertumpu kepada pembangunan model elektrik atau EV sepenuhnya, termasuk gabungan enjin petrol dan hibrid.

HARGA BAWAH RM100k?

Malah, kami turut diberikan spesifikasi, termasuk anggaran harga yang bakal dijual di pasaran tempatan kelak. Bagi model hibrid, penggunaan bahan api mencatatkan 1 liter per 20km. Lebih menarik, Kereta Nasional 3.0 itu khabarnya akan dijual pada harga di bawah RM100,000.

Seperti kita sedia maklum, harga EV memang mahal dan menjadi faktor utama kenapa segmen kenderaan itu masih tidak begitu mendapat sambutan di Malaysia.

Jika benar seperti diberitahu, sejujurnya kami setuju dengan projek itu kerana EV ialah antara cabang automotif yang belum lagi disentuh Malaysia, termasuk negara Asean secara agresif.

Kita kena ingat, rantau lain seperti Eropah, Amerika dan negara besar Asia seperti China, India dan Jepun sudah galak memulakan projek EV. Ada banyak artikel kami tulis tentang berita-berita EV di PanduLaju.

BACA >>> Rafizi Mahu Projek Kereta Nasional 3.0 Dikaji Semula, Gesa Hapuskan Duti Eksais

BAS EV PERLU DIBERI PERHATIAN

Dan kalau betul projek Kereta Nasional 3.0 itu ialah EV, jawapan kami, kenapa tidak? Lebih elok juga permulaan projek itu disusuli projek pengangkutan awam seperti bas EV yang pastinya dapat mengurangkan beban subsidi bahan api dan mengurangkan kos tambang.

Kos permulaan memang tinggi kerana perlu menyediakan fasiliti mengecas dan trek khas bebas trafik, tetapi jika mengambil kira impak masa depan dan jangka panjang, projek seperti ini cukup bagus. Bayangkan selain tren ETS sepanjang Semenanjung, kita juga ada bas EV seluruh Semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak.

BACA >>> Mara Liner Dilantik Wakil Sah Servis & Jualan Bas Elektrik Go Automobile

Malah kos, pembinaan stesen mengecas dan trek khas nanti sudah tentu lebih murah berbanding menyediakan landasan untuk tren berkelajuan tinggi seperti ETS. Siapa pernah naik BRT? Ya, lebih kurang sama, tetapi itu trek untuk pengangkutan dalam bandar.

Apabila projek bas itu dilihat bagus, orang ramai akan mula sedar, tiada masalah pun untuk kita beli kereta dan motosikal EV. Fasiliti sudah ada, pengalaman naik EV pun sudah biasa. Kalau sudah bas EV boleh dibikin, apalah sangat mahu dirisaukan tentang motosikal dan kereta EV. Jadi, tidaklah ralat sangat mahu beli EV.

Apapun, kami harap pembaca semua dapat bertenang dan tidak mengamuk. Kalau betul pun Kerajaan mahu sangat buat projek Kereta Nasional 3.0 jenis petrol, itu pun tidaklah perlu kita risaukan juga. Dalam ekonomi pasaran terbuka seperti Malaysia sekarang, pasaran jugalah yang akan menentukan nasib sesuatu produk. Tiada siapa boleh memaksa kita beli apa yang kita tidak suka.

Ingat, Tekan Pedal & Jangan Stres!

BACA >>> PM ke Jepun – Toyota, Nissan Akan Jalin Kerjasama untuk Projek Kereta Nasional 3.0?

enjin Kereta Nasional 3.0 harga Kereta Nasional 3.0 kereta elektrik malaysia Kereta Nasional 3.0
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

    12/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.