Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Apa Kami Saksikan dalam Kilang Zontes di China?
Auto Terkini

Apa Kami Saksikan dalam Kilang Zontes di China?

ShawkathBy Shawkath17/12/20241 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA disebut nama Zontes, masih ada peminat motosikal tempatan belum kenal jenama motosikal yang sudah berusia lima tahun di pasaran Malaysia sejak pelancarannya pada 2019.

Jenama motosikal China di Malaysia itu diuruskan Zontes Distribution, iaitu firma yang bernaung di bawah Eurotech Wheel Distribution (Eurotech).

Nama Eurotech bukan entiti asing kerana dikenali sebagai syarikat yang terlibat dalam pemasangan dan mengimport masuk motosikal jenama Austria iaitu KTM untuk pasaran tempatan.

Sebenarnya, motosikal Zontes sedia ada di rangkaian pengedar ialah produk yang dipasang di kilang Eurotech di Jitra, Kedah, iaitu fasiliti sama menghasilkan model KTM versi CKD untuk pasaran Malaysia.

Nama Zontes kembali diingati sejak pelancaran serentak dua skuter segmen sederhana, iaitu 350D dan 350E, Oktober lalu. Buat masa ini, Zontes Distribution menawarkan motosikal kelas 155cc, dan 310cc serta dua model skuter berkenaan.

Ceritanya sekarang, adakah Zontes satu jenama boleh dipercayai dan berpotensi bangkit semula di pasaran Malaysia?

TERBANG KE CHINA

Minggu lalu, saya bersama sekumpulan rakan media permotoran diterbangkan ke China untuk melawat kilang Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co Ltd (Tayo) untuk melihat sendiri proses pembuatan motosikal dan skuter jenama Zontes.

Sebaik saja pintu putih dibuka menggunakan imbasan wajah pegawai Tayo, pandangan depan kami tersergam 12 barisan pengeluaran produk Zontes, manakala Jabatan Pembangunan Rekabentuk di sebelah kanan pintu masuk.

Jabatan Pembangunan Rekabentuk digerakkan sepasukan pereka dan jurutera yang rata-rata nampak macam orang muda dengan setiap seorang ditugaskan untuk pembangunan rekabentuk satu komponen motosikal.

Difahamkan, jika timbul sebarang masalah berhubung komponen itu (termasuk aduan dari negara luar), jurutera berkenaan perlu menyelesaikan isu itu dalam tempoh 24 jam. Bagaimanapun, tempoh 24 jam itu tertakluk kepada hari bekerja.

Di tingkat bawah Jabatan Pembangunan Rekabentuk, terletak pula Jabatan Rekabentuk Trenkuasa. Di situ, kumpulan petugas terlibat dengan pembuatan komponen kapasiti 700cc-1,000cc. Ini mungkin produk masa depan yang sedang diusahakan.

ENJIN DIBIKIN 100 PERATUS DI KILANG ZONTES

Seorang pegawai Tayo menjelaskan kilang itu menghasilkan 60 hingga 70 peratus komponen untuk motosikal Zontes, tetapi  enjin Zontes dibuat 100 peratus di kilang berkenaan tanpa melibatkan pihak ketiga.

Ada satu ruangan di sudut jabatan itu berfungsi melakukan pemeriksaan setiap komponen dihasilkan, termasuk memeriksa pengimbasan pantas menggunakan mesin berteknologi tinggi dan meneliti beberapa petugas profesional.

Petugas akan membuat pemeriksaan komponen ketika proses pembuatan berlangsung dan jika ada komponen dikesan bermasalah, pengeluaran di barisan akan dihentikan serta-merta.

Kami kemudian bergerak ke bahagian kiri pintu masuk utama yang menempatkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan untuk produk masa depan yang akan diperkenalkan dua hingga tiga tahun lagi. Ada skuter dan juga motosikal, tetapi tiada foto dibenarkan untuk rakaman.

Di situ ada sembilan model ukiran tanah liat (clay model), yang sebilangannya ditutup kain dengan beberapa petugas sibuk melakukan ukiran pada badan model tersebut. Bilik itu dikatakan boleh menempatkan hingga sembilan model tanah liat satu-satu masa.

Di depan bilik tanah liat adalah unit yang terlibat dalam proses CNC komponen motosikal, termasuk skuter. Di sebelah kiri, kelihatan mesin robotik yang menjalankan kerja pembuatan kulit enjin skuter seperti skuter Zontes 368. Di sebelah kanan pula, mesin robotik menghasilkan swingarm motosikal.

Proses CNC itu boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 214 komponen dalam tempoh 24 jam dengan kadar kerosakan per unit komponen dihasilkan bawah 1 peratus, kata pegawai Tayo.

Kami menaiki buggy ke tempat mengecat komponen motosikal dan skuter. Ada sembilan mesin mengecat kawalan robotik diimport dari Jepun. Proses mengecat bermula dengan semburan asas (base), disusuli semburan lapis (layer) pertama dan kedua sebelum diakhiri semburan jernih (clear).

Komponen disembur cat akan melalui mesin pengering panas yang mana pergerakan komponen tidak melibatkan sentuhan pekerja untuk memastikan tiada kesan kerosakan.

Ada beberapa petugas dilihat membaiki komponen yang dikesan memiliki kerosakan cat dengan menggosok dan mengilap semula secara manual dengan tangan serta peralatan elektrik khas.

Kami turut berpeluang melihat kerja-kerja di Unit Kejuruteraan Pengeluaran dan Unit Pencetakan Komponen (mencetak komponen dengan memasukkan kepingan logam ke dalam mesin pencetak tekanan tinggi) sebelum ke Bahagian Penghasilan Komponen Plastik.

Unit yang terlibat dengan penghasilan komponen plastik itu menghasilkan bahagian seperti panel badan dan madgad menggunakan beberapa mesin diimport dari Jerman.

Kunjung rombongan media kemudian dibawa ke Unit Tempaan Komponen Aluminium yang ditugaskan membuat kulit enjin dan komponen lain menggunakan mesin dari China.

Jongkong dan serpihan aluminium akan dilebur dan dituang menggunakan mesin ke dalam acuan untuk membentuk komponen motosikal, termasuk frem.

Turut kelihatan kerja-kerja pemasangan mesin baharu untuk membantu meningkatkan jumlah pengeluaran bahagian motosikal.

Seterusnya, kami bergerak ke Unit Kimpalan yang menggunakan mesin robotik Jepun sepenuhnya. Tiada petugas melakukan kimpalan secara manual. Selain frem, tangki minyak dan ekzos Zontes juga dihasilkan di unit berkenaan dengan mesin kimpalan.

Masa untuk melakukan kimpalan penuh satu frem skuter Zontes 368 hanya 210 saat atau 3.5 minit. Pemeriksaan akan dibuat untuk komponen pertama menggunakan mesin imbasan 3D dan diulangi untuk setiap pengeluaran ke-150 unit serta frem terakhir.

Rombongan media juga dibawa menyaksikan pembuatan komponen trenkuasa membabitkan aci sesondol (camshaft), gear, pengimbang (balancer) untuk enjin 3-silinder sebaris siri Zontes 703. Semua kerja dilakukan mesin robotik menerusi kawalan komputer.

Di kilang berkenaan ada gudang simpanan menggunakan mesin pengimbas untuk proses keluar-masuk inventori. Turut disimpan di situ ialah tayar dan sistem suspensi yang diimport dari pembekal luar.

Lawatan berakhir di Unit Penghasilan Kusyen (pelana) motosikal Zontes. Pelana yang memiliki dua jenis tekstur dihasilkan di atas permukaan pembalut dan kemudian ditempatkan atas busa pelana.

Selepas keluar dari kilang, secara peribadi saya merasakan Zontes mampu mendatangkan impak agak besar di pasaran Malaysia sekiranya semua aspek berkaitan jenama itu dilakukan secara serius.

Ini termasuk membawa masuk barisan model yang diminta pengguna, mengurangkan masa menunggu untuk mendapatkan motosikal, memastikan harga mampu milik, dan alat ganti mudah diperoleh di seluruh negara, selain mengeratkan hubungan dengan komuniti Zontes untuk mendengar apa rungutan dan masalah komuniti serta memperbaiki kelemahan diketahui.

Jangan dilupakan pula membuat pelaburan untuk tujuan promosi produk.

autoterkini Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co Ltd roda2 Zontes Zontes Distribution
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

23/01/2026

1 Comment

  1. Mb on 16/12/2024 23:17

    Fasiliti pemasangan Eurotech bukan dekat Kulim, tapi Jitra

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.