Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Segalanya Pikap [SIRI 1]: Pikap, Trak atau Trak Pikap? Terma Asas yang Perlu Anda Tahu
Auto Terkini

Segalanya Pikap [SIRI 1]: Pikap, Trak atau Trak Pikap? Terma Asas yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman25/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMUMNYA, definisi sebenar trak pikap (pickup truck) atau pikap (pickup) ialah kenderaan ringan (light) dengan ruang kargo terbuka.

Di Malaysia, maksud pikap yang difahami kebanyakan kita ialah apa saja kenderaan yang mempunyai ruang kargo terbuka di belakang tidak kira sama ada bentuk kereta seperti Proton Arena atau 4×4 (disebut four-by-four) seperti Toyota Hilux.

Trak pula merujuk kepada sub spesies lori selain treler yang tidak terlalu panjang (seperti Optimus Prime), manakala istilah trak pikap pula hampir tidak pernah digunakan.

Sebaliknya, di Amerika Syarikat (AS), trak diklasifikasikan kepada rating berat kasar kenderaan yang terbahagi kepada 3 kategori utama:

  • Tugasan Ringan (Light Duty)
  • Tugasan Sederhana (Medium Duty)
  • Tugasan Berat (Heavy Duty)

Setiap kategori pula terdiri beberapa Kelas berbeza (1-8) mengikut berat kenderaan.

toyota-hilux-2015-pandulajudotdotmy
Hilux di Malaysia disebut pikap, manakala di AS dipanggil pickup truck @ trak pikap.

Di AS, trak pikap @ pikap diklasifikasi dalam famili trak dan duduk di bawah kategori trak Tugasan Ringan dan Sederhana Kelas 1 – 5 (0-8,845kg).

Agak peningkan? Maksudnya, istilah trak pikap di AS cuma khas untuk trak Tugasan Ringan (Hilux, Nissan Navara, Mitsubishi Triton) dan Tugasan Sederhana (GMC 4500, Ford F-550). Sebaliknya, panggilan trak secara tunggal dikhaskan untuk kategori Tugasan Berat seperti trak ‘Optimus Prime’ (Peterbilt Model-379).

ford-f550-pandulajudotcomdotmy
Trak Kerja Sederhana (Trak Pikap) – Ford F550
peterbilt-model-379-pandulajudotcomdotmy
Trak Kerja Berat (Trak) – Peterbilt Model-379

Apa Pula Kenderaan Utiliti Coupe?

Bagaimanakah pula kereta pikap seperti Arena? Negara-negara Eropah seperti Britain juga menggelarkan kenderaan seperti Arena sebagai pikap. Namun, di AS ia disebut kenderaan utiliti coupe @ coupe utility – yang dibina berasaskan casis kereta biasa.

Sesetengah negara lain pula memiliki terma sendiri untuk pikap jenis utiliti coupe aka Arena ini. Ia dipanggil ute (utility vehicle) di Australia dan New Zealand, atau bakkie di Afrika Selatan. Di Eropah, pikap juga menjadi sebutan kepada kereta ruang kargo terbuka, tetapi jarang dijumpai kerana van kerap digunakan untuk kegunaan sama.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Ute aka Kereta Pikap, Kenapa Begitu Popular di Australia?

Bagaimanapun, beberapa kenderaan di Amerika Utara seperti Chevrolet El Camino, Ford Ranchero, Dodge Rampage, Honda Ridgeline dan Subaru Baja tidak diklasifikasikan sebagai pikap/trak pikap walaupun memiliki ruang kargo terbuka di belakang kerana rekabentuk dan pembinaannya tidak memenuhi kriteria ‘trak’.

2016-Chevy-El-Camino-pandulajudotcomdotmy
Chevrolet El Camino
Ford Ranchero
Honda Ridgeline

Body-On-Frame

Sebabnya, walaupun El Camino dan Ranchero dibina dengan arkitektur bingkai badan (body-on-frame), ia sebenarnya berasaskan platform station wagon sedia ada, manakala Ridgeline menggunakan casis keluli monokok kimpalan yang sama seperti kereta penumpang moden.

casis-tiub-pandulajudotcomdotmy
Casis Tiub
rel-alur-pandulajudotcomdotmy
Casis Rel Alur

Trak biasanya memiliki casis tubular atau rel alur (channel rail) dengan kabin apungan penuh dan bahagian kargo terpisah untuk memberikan fleksibiliti casis selain menghalang kepingan logam meleding.

Kombinasi dua gaya, kabin monokok dan ruang enjin dikimpal pada belakang casis bahagian C biasa digunakan untuk trak seperti kabin casis Mercedes-Benz Sprinter, tetapi bukan sesuatu yang biasa didapati di Amerika Utara.

Di Australia, pikap dikategorikan kenderaan satu tan berdasarkan kemampuan membawa atau menunda beban lebih 250kg berbanding kenderaan monokok lain. Van panel yang popular di Australia sekitar 1970-an dibina berasaskan casis pikap atau dikenali sebagai ‘kotak’ (box) di Mesir. Ini bermakna pikap di Australia tidak semestinya kenderaan dengan ruang kargo terbuka. Ia boleh jadi van panel atau kereta tunda!

Di Romania, pikap dikenali sebagai slipper, Mesir (semi-trak) dan Israel (tender).

Van panel dan kenderaan utiliti coupe biasanya memiliki ruang kargo bersepadu di belakang kabin dengan badan monokok seperti kereta biasa.

Kini, rekabentuk sesebuah pikap moden mengalami banyak perubahan ketara dan dipasarkan dalam pelbagai gaya dan saiz berdasarkan pasaran sesebuah negara. Malah, istilah dan terma juga berbeza. Jadi tidak perlu bergaduh siapa betul, siapa salah.

Dan kita di Malaysia, pikap ialah Hilux dan trak ialah Optimus Prime! Mudahkan.

4x4 coupe utility pickup pikap proton arena segalanya pikap Toyota Hilux Trak pikap ute
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.