Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Apa Akan Jadi Jika PROTON Sudah Tiada?
Autotainment

Apa Akan Jadi Jika PROTON Sudah Tiada?

Han OthmanBy Han Othman18/04/20185 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH reaksi anda jika suatu hari nanti PROTON mengumumkan menutup sepenuhnya operasi syarikat automobil itu akibat kesukaran menyaingi tuntutan dan kehendak dunia automotif global yang memecut terlalu pantas. Dalam erti kata lain, PROTON sudah tiada!

Anda sedih atau gembira? Atau anda cenderung mengaitkan apa saja keburukan atau kemeruduman industri automotif tempatan dengan situasi politik semata-mata? Atau anda melihat daripada sudut yang lebih realistik, yakni pasaran automotif itu sendiri?

Ini bukan artikel analisis yang rumit atau teknikal, PanduLaju cuma mahu anda berfikir secara jujur mengenai persoalan apa akan jadi jika PROTON sudah tiada nanti?

1. PROTON JADI MILIKAN ASING

milikan-asing
Seperti mana Lotus menjadi milik PROTON, atau Land Rover dimiliki Tata Motors, tidak mustahil PROTON akan dimiliki mana-mana syarikat automobil asing yang mahukan saham syarikat kereta nasional itu. Mungkin CEO PROTON nanti ialah seorang jurutera dari Jerman atau Jepun, bukan lagi anak Malaysia.

2. BERUBAH IMEJ 100 PERATUS

masa-untuk-berubah
Walaupun MINI ialah jenama kereta British, tetapi ramai tidak tahu sejak 1994 ia sudah jadi milik penuh BMW , iaitu syarikat gergasi automobil di Jerman. Namun apa yang bagusnya, BMW mengambil alih MINI dengan menjaga segala nilai tradisi dan sejarah milik kereta British itu. Imej MINI kekal sebagai MINI sehingga sekarang.

Persoalannya, apakah syarikat luar akan menjaga tradisi PROTON? Dan apakah pula tradisi PROTON? Imej PROTON tidak sekuat MINI. Jadi, tidak mustahil PROTON akan berubah wajah seratus peratus.

3. HILANGNYA NAMA PROTON

hilangnya-proton
Disebabkan imej PROTON yang tidak kuat di pasaran global, mungkin pemilik baharu PROTON merasakan tiada alasan kuat untuk mereka mengekalkan jenama itu lagi. Kekuatan PROTON cuma pada kapasiti fasiliti yang diketahui pemain industri automotif sebagai antara terbaik di Asia.

Kilang PROTON pastinya menjadi hab pembuatan kereta yang dikeluarkan pemilik baharu nanti sama ada untuk pasaran Asean atau Asia, atau mungkin juga dunia. Nama PROTON boleh jadi berkubur selama-lamanya.

BACA: Kalau Saya CEO PROTON, Mungkin Perkara Ini Yang Saya Buat…

4. PASARAN LEBIH TERBUKA

pasaran-terbuka
Tiada lagi dasar perlindungan kereta nasional. Jadi pasaran automobil Malaysia jadi lebih terbuka seperti di Thailand dan Indonesia. Persaingan sengit sesama pengeluar kereta membuatkan harga kereta jadi lebih murah. Masing-masing mula berlumba membuka kilang pemasangan tempatan (CKD) atau membuka sendiri kilang pembuatan model lengkap di negara ini.

5. PERODUA DALAM ZON MERAH

perodua-zon-merah
Perodua meraih banyak manfaat hasil daripada dasar kereta nasional walaupun banyak kelebihan diberikan kepada PROTON. Krisis kepercayaan dan kualiti servis selepas jualan banyak mengalihkan sokongan rakyat Malaysia kepada Perodua. Ini turut dibantu harga kereta Perodua yang kompetitif dan kualiti produk serta servis selepas jualan yang baik.

Namun, andaikata PROTON ditamatkan riwayat dan Kerajaan merancang membuka pasaran automotif, Perodua dijangka berdepan masalah besar. Syarikat automobil tempatan kedua itu akan bersaing sengit dengan watak-watak baru yang mula masuk dalam senarai pembeli Malaysia.

Bayangkan harga Myvi mula berada sebaris dengan harga Honda Jazz, Volkswagen Golf, Kia Rio, Hyundai i20 dan Peugeot 208, agaknya apakah Myvi mampu mengekalkan rekod jualan terbaik seperti tahun-tahun sebelumnya?

Ya, Perodua dijangka berada dalam situasi zon merah!

6. KERETA PROTON JADI BURUAN

proton-saga-flx-se
Betullah kata orang, apabila di depan mata, pandang pun tidak mahu. Tetapi, apabila sudah tiada, barulah dirindu-rindu.

Kereta PROTON akan jadi barangan pengumpul (collector item) di kalangan peminat automobil tempatan. Beberapa dekad selepas PROTON berkubur, pemandu PROTON sudah boleh tersenyum kerana kereta mereka kini sudah jadi produk ‘rare’. Apa tidaknya, mereka memiliki bahagian sejarah yang sudah tinggal sejarah.

Jenama PROTON di pasaran kereta terpakai melonjak naik. Ramai peminat mula melakukan ubah suai dan modifikasi. Harga alat ganti dan aksesori jadi melampau mahal dan kelab-kelab PROTON tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

BACA: Apa Perlu Proton Buat Untuk Pulih Daripada Servis Lepas Jualan ‘Sucks’

7. PHOENIX BANGKIT

phoenix-bangkit
Mungkinkah PROTON perlu mati untuk menaikkan semula patriotisme baharu rakyat Malaysia? Beberapa dekad selepas terkuburnya PROTON, generasi baharu rakyat Malaysia cuma dapat menyaksikan kejayaan PROTON dalam buku sejarah, muzium dan filem atau rancangan tv dokumentari.

Lalu, kesedaran mula timbul mengenai keperluan membina sebuah jenama nasional. Betapa perlunya meneruskan legasi dan batu asas yang diletakkan pemimpin terdahulu. Tidak mustahil PROTON baharu akan muncul semula. Ketika itu, PROTON baharu bukan lagi di bawah naungan Kerajaan, mungkinkah ia datang dari sosok seorang jurutera automotif tempatan yang bercita-cita tinggi?

8. TIADA LAGI LEGASI DIBANGGAKAN

the-end
Setinggi mana pun cemuhan kita terhadap PROTON, itulah satu-satunya pencapaian kejuruteraan automotif yang boleh kita banggakan. Tiada negara Asean mampu menghasilkan kereta sendiri. Negara Arab yang kaya raya itupun tidak sesukses PROTON apabila cuba membikin kereta sendiri.

Tetapi kita sejak era 1980-an sudah berani meletakkan cita-cita dan aspirasi tinggi dalam bidang automotif. PROTON ialah legasi daripada sejarah lampau kita sebagai penguasa laut yang pakar membina kapal-kapal laju dan tahan lasak. Matinya PROTON, bermakna musnahnya legasi yang dibanggakan. Itupun kalau kita masih tahu apa itu maknanya kebanggaan ataupun kita sememangnya sudah tiada perasaan apa-apa.

autotainment esok tanpa Proton jika proton tiada Proton PROTON Holding Berhad Proton sudah tiada
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

14/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Proton X90 2026 facelift
Roda4

Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

15/03/2026

5 Comments

  1. risha on 06/04/2016 17:32

    Jika proton tiada, ppcsb masih ada lagi… Alhamdulillah… Kamilah perwaris ppc…

    Reply
  2. Proton Legasi on 05/03/2017 09:16

    Proton yg tinggal akan datang akan mnjadi sejarah n hrga yg smakin top serta mjadikannya sperti GTR34 atau evo

    Reply
  3. Rafiq on 09/04/2017 08:34

    Beli lah kereta luar negara. Lagi canggih.

    Reply
  4. Lyana on 05/02/2018 10:08

    Saya termenung juga membaca artikel di atas. Sayang kalau terkubur. Tetapi…kalau ada kereta segagah Wira yang turut diterima malah di luar negara seperti Australia, London.. sebagai Persona…nak juga saya membeli.

    Wira 1.5(M) saya (2000) masih ada hingga sekarang. Enjin masih ok dan gearbox juga mantap. Apa yang membanggakan saya ia masih boleh mendaki bukit dan meluncur laju dan paling seronok jika selekoh tajam turun naik dengan gear. Semua standard. Tak pernah tukar apa2. Cuma minyak enjin & gearbox kena jaga tambahan pula saya suka turun naik gear.

    Jalan mambukit, Wira saya boleh kalahkan Mercedes, BMW, Honda, Camry, Volkswagen, dan bebarapa jenama mewah yang lain miskipun cc kereta mewah itu besar.

    Malah Nissan Sentra Nismo Sport 1.6(M) saya pun tak setanding Wira itu.

    Reply
  5. wqewqewqe on 02/08/2018 16:15

    POINT NO 7 DAN 8 buat ambe rasa sayu sehingga mengalirkan air mata jantan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.