Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Formula Satu»Antonelli Raih Kemenangan Sulung F1 di China, Tewaskan Russell
Formula Satu

Antonelli Raih Kemenangan Sulung F1 di China, Tewaskan Russell

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam18/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA muda sensasi, Kimi Antonelli dari pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team mencipta sejarah apabila meraih kemenangan sulung Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) China, sekali gus menewaskan rakan sepasukan, George Russell dalam perlumbaan penuh dramatik di Shanghai.

Selepas muncul pelumba termuda meraih petak utama, Sabtu lalu, Antonelli hanya kehilangan kedudukan seketika di awal perlumbaan selepas dipintas Lewis Hamilton (Scuderia Ferrari HP) yang bermula dari P3.

Kawal Perlumbaan Sejak Awal

Bagaimanapun, Antonelli kembali merampas kedudukan pendahulu sebelum tamat pusingan kedua dan tidak lagi dicabar sehingga garisan penamat.

Pelumba berusia 19 tahun itu turut berjaya mengekalkan kedudukan selepas selesai satu-satunya pit stop ketika tempoh Safety Car, sebelum menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 5.5 saat di depan Russell.

Walaupun melakukan sedikit kesilapan di selekoh hairpin Turn 14 di penghujung perlumbaan, Antonelli tetap mencatat kemenangan dan muncul antara pemenang termuda dalam sejarah F1.

Podium Pertama Hamilton Bersama Ferrari

Hamilton turut mencuri tumpuan apabila meraih podium pertama bersama Ferrari dalam perlumbaan GP.

Juara dunia tujuh kali itu terpaksa berdepan cabaran sengit daripada rakan sepasukan, Charles Leclerc.

Kedua-dua pelumba Ferrari beberapa kali bersaing secara kompetitif sebelum Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, manakala Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Keputusan Lain, Insiden Perlumbaan

Russell yang sebelum itu memenangi perlumbaan Sprint berjaya bangkit ke tempat kedua walaupun berdepan isu cengkaman tayar ketika restart di belakang Safety Car.

Ollie Bearman (TGR Haas F1) muncul terbaik di luar kelompok utama apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Pierre Gasly (BWT Alpine F1) pula meneruskan momentum cemerlang di kedudukan keenam, disusuli Liam Lawson dan Isack Hadjar (Visa Cash App Racing Bulls).

Senarai 10 teratas dilengkapkan Carlos Sainz (Atlassian Williams F1 Team) dan Franco Colapinto   (BWT Alpine F1 Team).

Perlumbaan turut menyaksikan beberapa insiden seperti pengunduran Max Verstappen daripada pasukan Oracle Red Bull Racing yang mengalami masalah teknikal, selain kedua-dua jentera Aston Martin Aramco yang gagal menamatkan perlumbaan.

Pasukan McLaren Mastercard pula berdepan hari malang apabila kedua-dua pelumba, Lando Norris dan Oscar Piastri gagal memulakan perlumbaan akibat masalah elektrik.

Kata Antonelli

Aku tqk mampu cakap apa-apa, macam mimpi. Terima kasih kepada pasukan yang bantu aku capai impian ini.

“Aku sangat gembira. Aku nak kembalikan Itali ke puncak dan kami berjaya buat hari ini walaupun aku hampir buat silat kat hujung race.”

F1 akan berehat seketika sebelum kembali dengan GP Jepun yang dijadual berlangsung 27 – 29 Mac.

SUMBER: FormulaOne

2026 China GP 2026 Formula One Charles Leclerc Formula One george russell Kimi Antonelli Lewis Hamilton Mercedes-AMG F1 Shanghai GP
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Malaysia Sertai Thailand Super Series 2026

    17/03/2026
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

    18/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Naquib Azlan dan Porsche 911 GT3 Cup (992.2)
    Sukan Permotoran

    Porsche Malaysia Hantar Naquib Azlan ke Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2026

    11/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.