Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Porsche Malaysia Hantar Naquib Azlan ke Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2026
Sukan Permotoran

Porsche Malaysia Hantar Naquib Azlan ke Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam11/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Naquib Azlan dan Porsche 911 GT3 Cup (992.2)

PORSCHE Malaysia meneruskan komitmen dalam arena sukan permotoran dengan mengesahkan penyertaan Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2026 menerusi debut pelumba tempatan, Naquib\ Azlan bersama Team Porsche Malaysia.

Naquib akan bertanding sepanjang musim penuh dalam kategori PRO menggunakan jentera Porsche 911 GT3 Cup (992.2) dengan nombor perlumbaan #17. Penyertaan itu turut dijayakan menerusi kerjasama bersama Earl Bamber Motorsport (EBM) dan Axle Motorsports.

dari Sim Racing ke Litar Sebenar

Naquib Azlan | PCCA 2026
Naquib Azlan | PCCA 2026

Naquib, 26, memulakan perjalanan dalam dunia sukan permotoran melalui Sim Racing pada 2020. Daripada perlumbaan maya itu, beliau membina kemahiran pemanduan dan kefahaman teknikal sebelum melangkah ke perlumbaan sebenar.

Perjalanan itu membuka peluang lebih besar apabila Naquib muncul juara kategori Driven Dreamers dalam cabaran Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2025.

Kemenangan tersebut melayakkan Naquib menyertai program Porsche Carrera Cup Asia Talent Pool yang menyediakan latihan profesional, kem pembangunan dan pemantauan prestasi untuk pelumba muda.

Peluang Emas Bawa Nama Malaysia di Pentas Asia

Naquib Azlan dan Porsche 911 GT3 Cup (992.2)
Porsche 911 GT3 Cup (992.2)

Apa yang bermula sebagai perlumbaan maya kini berkembang menjadi kempen penuh dalam salah satu kejuaraan one-make paling kompetitif di Asia, iaitu Piala Porsche Carrera Asia (PCCA).

Dalam kejuaraan itu, semua pelumba menggunakan jentera yang sama, sekali gus menjadikan kemahiran pemandu sebagai faktor utama yang membezakan prestasi di litar.

Bagi Naquib, peluang berlumba bersama Porsche Malaysia adalah pencapaian besar dalam kerjaya. Beliau menyifatkan sokongan pasukan dan bimbingan Axle Motorsports memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan impian untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Catat Masa Terpantas Ujian Rasmi

Porsche 911 GT3 Cup (992.2)

Sebagai persediaan menghadapi musim 2026, Naquib sudah menyertai sesi Hari Ujian Rasmi di Litar Antarabangsa Zhuhai pada 28 Februari – 1 Mac 2026. Dalam sesi tersebut, beliau mencatat masa terpantas keseluruhan dengan catatan 1 minit 35.391 saat.

Keputusan itu memberi petanda positif menjelang pembukaan musim kejuaraan, sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan Team Porsche Malaysia untuk bersaing dalam kalangan pelumba terbaik di rantau Asia.

Liveri Biru Khas Team Porsche Malaysia

Porsche 911 GT3 Cup (992.2)

Bagi musim 2026, jentera Team Porsche Malaysia menampilkan liveri biru dengan aksen jingga, yang mencerminkan warna korporat Sime Motors.

Rekaan tersebut turut menampilkan grafik khas  atas bumbung yang memaparkan susun atur Pusat Pengalaman Porsche Singapura (PECS).

PECS dijangka dibuka pada 2027 dan bakal menjadi fasiliti pertama seumpamanya di Asean, dan ke-11 dunia. Pusat itu bakal menawarkan pengalaman pemanduan dan aktiviti litar kepada pelanggan serta peminat jenama Porsche.

Musim 2026 Bermula di Shanghai

Team Porsche Malaysia PCCA 2026
Team Porsche Malaysia PCCA 2026

PCCA 2026 akan membuka tirai di Litar Antarabangsa Shanghai (14 – 15 Mac), sebelum kejuaraan itu bergerak ke beberapa litar utama di Asia.

Kejuaraan tersebut juga dijadual kembali ke Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi pusingan 9, 10 dan 11 yang akan menampilkan dua perlumbaan Sprint dan satu format perlumbaan enduran.

Penyertaan Naquib bukan saja menjadi pencapaian peribadi, tetapi melambangkan usaha berterusan Porsche Malaysia dalam membangunkan bakat sukan permotoran tempatan.

 

Team Porsche Malaysia PCCA 2026
Team Porsche Malaysia PCCA 2026
Team Porsche Malaysia PCCA 2026
Team Porsche Malaysia PCCA 2026
Team Porsche Malaysia PCCA 2026
Team Porsche Malaysia PCCA 2026
Naquib Azlan dan Porsche 911 GT3 Cup (992.2)
Naquib Azlan dan Porsche 911 GT3 Cup (992.2)
Porsche 911 GT3 Cup (992.2)
Porsche 911 GT3 Cup (992.2)
Porsche 911 GT3 Cup (992.2)
Naquib Azlan | PCCA 2026
Naquib Azlan | PCCA 2026
Axle Motorsports Naquib Azlan PCCA 2026 Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) Porsche 911 GT3 Cup (992.2) Porsche Carrera Cup Asia Porsche Carrera Cup Asia 2026 Porsche Experience Centre Singapore Porsche Malaysia sukan permotoran
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Vios Challenge 2026: Aksi Sengit Di Sepang, Perebutan Kejuaraan Makin Terbuka

    23/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: Marquez Menang Bergaya di GP Brno, Gelaran Juara Dunia 2026 Kembali Terbuka

    23/06/2026
    Moto3

    #Moto3: Hakim Danish Juara Di BRNO, Tamatkan Penantian Malaysia Selama Sedekad

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.