Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Angkara Covid-19, Yamaha Hadapi Aksi GP Perancis Tanpa Enam Jurutera
Auto Terkini

Angkara Covid-19, Yamaha Hadapi Aksi GP Perancis Tanpa Enam Jurutera

Azizi HBy Azizi H10/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Projek YZR-M1, Takahiro Sumi adalah antara enam staf jurutera Yamaha yang terlepas aksi GP Perancis di Le Mans selepas salah seorang daripada kumpulan itu didapati positif Covid-19.

Ini bermakna keenam-enam orang kuat teknikal Yamaha itu tidak dapat menyertai pusingan kesembilan berkenaan kerana perlu menjalani kuarantin kendiri di Andorra.

Bagaimanapun, semua pelumba Yamaha menunjukkan aksi memberangsangkan yang mana Fabio Quartararo, Franco Morbidelli, Maverick Vinales dan Valentino Rossi menduduki kedudukan empat terbaik dalam sesi latihan bebas, semalam.

Malah Quartararo akan bermula pada grid pole esok selepas mencatatkan keputusan terpantas ujian kelayakan.

Yamaha kini di kedudukan pertama dan ketiga dalan ranking Kejuaraan Dunia MotoGP yang mana Quartararo dan Vinales terpaksa menggunakan staf alternatif ke Le Mans. Pada masa sama Sumi dan lima jurutera lain akan berkomunikasi secara jarak jauh dengan kru pasukan dan pelumba sepanjang perlumbaan berlangsung nanti.

BACA >>> Prototaip R25 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Fasiliti Yamaha Indonesia?

Disebabkan sekatan perjalanan, beberapa kakitangan MotoGP Yamaha menginap di Andorra pada cuti rehat sebelum pusingan baru bermula.

“Pada pusingan ini selepas menjalani ujian PCR (ujian swab) seperti biasa pada Isnin lalu sebelum berangkat dari Andorra,  seorang staf jurutera Yamaha mendapat keputusan ujian positif untuk Covid-19 pada Selasa. Lima staf jurutera lain mendapat keputusan ujian negatif.

“24 jam kemudian, ujian susulan dilakukan untuk pemeriksaan kali kedua. Keputusannya kekal sama yang mengesahkan keputusan positif awal untuk seorang staf itu, dan negatif untuk lima lain.

“Kesannya, semua enam jurutera Yamaha dalam kumpulan itu kini  melakukan kuarantin kendiri di Andorra dan tidak akan menghadiri perlumbaan hujung minggu ini di Le Mans, Perancis.

“Jurutera dijangkiti itu buat masa ini tidak menunjukkan tanda sakit, tetapi akan terus dipantau rakan-rakan sekerja dan kakitangan perubatan di Andorra.”

Berikut keputusan akhir pusingan Kelayakan GP Le Mans yang baru selesai sebentar tadi:

  1. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)
  2. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)
  3. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)
  4. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)
  5. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)
  6. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)
  7. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20)
  8. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)
  9. Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)
  10. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1)
  11. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)
  12. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)
  13. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)
  14. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
  15. Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
  16. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
  17. Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)
  18. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)
  19. Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
  20. Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)
  21. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)
  22. Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)

SUMBER : Crash.net

Auto Terkini GP Perancis 2020 Monster Energy Yamaha MotoGP Petronas Yamaha SRT Takahiro Sumi Yamaha Monster Energy Yamaha YZR-M1
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.