Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»Analisis [Siri 2]: Yamaha NVX 155 Kuning, HLYM Hantar Stok Seminggu Sekali, Tapi…
Sembang Deras

Analisis [Siri 2]: Yamaha NVX 155 Kuning, HLYM Hantar Stok Seminggu Sekali, Tapi…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERDASARKAN artikel lalu, harapnya kita semua sudah mula faham tentang persoalan kenapa kedai motor menaikkan harga motosikal sesedap rasa mereka. Survei kami itu melibatkan model skuter sport, Yamaha NVX 155 berwarna kuning.

Ada dua jawapan boleh disimpulkan:

  • Komisen rendah pengeluar – cuma ~RM499 untuk seunit NVX 155 yang dijual
  • Permintaan tinggi pembeli – punca varian kuning lebih mahal daripada merah dan biru

BACA >>> Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?

HLYM SENGAJA SIMPAN STOK?

Kami turut meninjau masalah stok, NVX 155 boleh dikatakan antara model Yamaha paling sukar untuk dicari kerana stok cepat habis. Benarkah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sengaja simpan stok? Namun jika difikirkan, bukankah tindakan sengaja menyimpan stok sesebuah produk ketika sedang mendapat permintaan tinggi boleh dianggap teknik jualan bodoh?

Berdasarkan temu bual kami dengan jurujual sebuah kedai motor (semestinya enggan dikenali), HLYM sebenarnya antara pengeluar yang paling kerap menghantar stok motosikal kepada wakil jualan, iaitu seminggu sekali.

Katanya, setiap kedai motor akan dapat satu atau dua unit NVX 155 bersama model Yamaha lain. Masalahnya, setiap kedai motor tidak dapat tahu warna model berkenaan kerana dihantar secara rawak. Kedai motor tidak boleh ‘main order’ saja hendak warna sekian-sekian…

Malah di kedai motor jurujual itu saja sudah ada lima senarai pembeli yang menunggu NVX 155 kuning! Lagi seksa, kedai motor itu sendiri tidak dapat mengesahkan bilakah tarikh pembeli pertama akan dapat tempahannya itu. Dan jangan pula sesiapa berani tanya nasib yang menimpa pembeli kedua dan seterusnya.

BACA >>> Yamaha NVX Versi Doxou Tampil Corak Grafik Baharu, Harga Masih Lagi Rahsia !!

BUKAN HABIS STOK!

Tetapi itu bukanlah bermakna NVX 155 sudah habis stok kerana ketika sesi temu bual ini berlangsung, kelihatan sebuah NVX 155 merah tersergam anggun di depan kedai motor.

Penyelesaiannya, jika tidak mahu pening kepala, memang kena beli apa saja warna yang ada dan jangan cerewet sangat. Sanggupkah kita menunggu lama hanya kerana mahukan warna idaman hati? Itu belum dikira lagi dengan harga ‘Tel Aviv’!

Ingat harga NVX 155 di kedai motor yang ditemu bual ini sudah cecah RM11,900. Inipun di kedai motor di Pantai Timur, dan kena pula beli cash! Bayangkan berapa pula perlu dibayar untuk dapatkan NVX 155 kuning di kedai lain. Itu belum lagi dikira pembeli yang buat pinjaman kedai atau AEON.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Yamaha NVX 155 Lebih Mahal Berbanding NMAX?

MOTOSIKAL TIADA SISTEM TEMPAHAN AWAL

Saya turut cuba dapatkan respon mantan Pengurus Jualan yang pernah berkhidmat dengan satu jenama motosikal popular (pun tak mahu dikenali). Menurutnya, sebelum sesebuah model baharu dikeluarkan, Pengurus Jualan seperti dia perlu meramalkan jenis warna atau dekal mana satukah yang akan dapat sambutan sebelum acara pelancaran berlangsung.

Jadi satu carta warna akan dibuat dan dipecahkan mengikut nisbah unit pengeluaran ditetapkan. Misalnya daripada 1,000 unit, akan ada pecahan 350 unit merah, 400 unit biru dan 250 unit kuning.

Jika silap ramal, jadilah isu sesuatu warna tidak dapat sambutan. Susahnya, pengeluar perlu habiskan juga stok sedia ada kerana semua motosikal sudah siap dipasang. Tak ada maknanya bila demand warna kuning lebih banyak, pengeluar akan cat motor merah kepada kuning.

Kita perlu faham, stok motosikal tidak seperti kereta yang menawarkan sistem pra-tempahan supaya sesuatu model dikeluarkan mengikut permintaan pelnaggan (on-demand).

Bagaimanakah situasi HLYM? Adakah kapasiti pengeluaran terhad menyebabkan permintaan pasaran tidak dapat dipenuhi. Atau ini sebenarnya trik pemasaran, iaitu jika stok dikeluarkan rendah berbanding permintaan, pelanggan akan jadi sentiasa ‘lapar’ dengan jenama Yamaha.

BACA >>> Inilah Yamaha Y15ZR Edisi Siti Sarah yang Buatkan Shuib Tak Jadi Nak Senyum

Kami cuba dapatkan jawapan daripada HLYM, tetapi setakat artikel ini ditulis, tiada respon. Hmmm….

– AI

Analisis Auto Terkini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sembang deras survei Yamaha Yamaha NVX 155
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.