Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Amukan Toyota – Serentak Perkenalkan Innova 2.0X, Tambah Varian Fortuner dan Naik Taraf Hilux!
Roda4

Amukan Toyota – Serentak Perkenalkan Innova 2.0X, Tambah Varian Fortuner dan Naik Taraf Hilux!

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN inilah yang dinamakan amukan hujung tahun apabila Toyota Malaysia melancarkan tiga model berbeza serentak membabitkan varian baharu Toyota Innova 2.0X, tambahan varian baharu Toyota Fortuner dan menaik taraf Toyota Hilux.

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan semua model tersebut kini boleh dilihat dan ditempah di seluruh bilik pameran Toyota seluruh negara bermula semalam.

Berikut ialah senarai harga dan ringkasan mengenai tiga model berbeza tersebut:

  • Toyota Innova 2.0X – RM132,800
  • Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4×4 – RM195,800 | Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4×2 – RM185,800
  • Toyota Hilux – daripada RM87,200 – RM130,900

TOYOTA INNNOVA 2.0X

Innova 2.0X baharu ialah varian tambahan dalam famili Innova sedia ada yang tampil dengan gaya sebuah crossover dan pada masa sama menawarkan ruang kabin luas dan fleksibel. Menerusi Innova 2.0X, Toyota memberikan lebih imej premium pada kenderaan pelbagai guna (MPV) itu seperti lampu utama LED, pakej upholsteri kulit, kerusi pemandu elektrik 8-tetapan, kerusi ‘Kapten’ untuk baris tempat duduk kedua, dan rim aloi besar.


TOYOTA FORTUNER 2.4 VRZ 4×4 & 2.4 VRZ 4×2

Fortuner pula menampilkan dua varian turbodiesel baharu, 2.4 VRZ 4×4 dan 2.4 VRZ 4×2. Sama seperti varian sedia ada – 2.7 SRZ 4×4 – dua varian baharu itu masih mengekalkan ciri sama seperti lampu utama projektor Bi-LED, kerusi kulit, dan pintu belakang elektrik termasuk ditambah ciri baharu, iaitu lampu kabus depan LED, dan kawalan jelajah.

Bagi ciri 4×4 baharu, kedua-dua varian lama dan baharu – 2.7 SRZ 4×4 dan 2.4 VRZ 4×4 – kali ini dibekalkan Kawalan Bantuan Turun Bukit (DAC). Malah, semua varian turut dinaik taraf dengan ciri brek cakera pada roda belakang.


TOYOTA HILUX

Sebagai trak pikap paling laris di Malaysia sejak 12 tahun, penambahbaikan dan naik taraf Hilux banyak bertumpu kepada aspek prestasi off-road, keselesaan dan keselamatan. Masih mengekalkan barisan famili sebelum ini dengan 6 varian ditawarkan.

Menurut Toyota, segala penambahbaikan major dalam aspek kemudahan dan keselesaan adalah berasaskan kehendak dan maklum balas pelanggan. Hasilnya ialah kehadiran ciri kawalan jelajah, penyaman udara automatik, palam mengecas USB dan ventilator tambahan di barisan tempat duduk belakang.

Toyota kali ini turut melengkapkan Hilux 2.4G transmisi manual dengan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) berserta Kawalan Bantuan Daki (HAC) dan Kawalan Traksi Aktif (A-TRC), manakala Hilux 2.8G diberikan ciri DAC yang mampu menambahkan lagi keyakinan pemanduan di laluan off-road.

Aspek keselamatan turut dipertingkat untuk varian 2.4G AT yang dibekalkan 7-beg udara.


WARANTI 5 TAHUN

Semua model terbaharu Toyota itu dijual bersama waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had dan tertakluk terma dan syarat (kecuali Hilux, waranti 5 tahun dan perbatuan 150,000km).

Pembeli berminat boleh mencari lokasi semua bilik pameran Toyota menerusi laman web Toyota.com.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (869682).

Roda4 Toyota Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4x2 Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4x4 Toyota Hilux (2017) Toyota Innova 2.0X Toyota Malaysia UMW Toyota Motor UMWT
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Denza Z9GT
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.