Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aleix Espargaro: Zarco Tak Layak Masuk Honda!
Auto Terkini

Aleix Espargaro: Zarco Tak Layak Masuk Honda!

AryonBy Aryon19/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA Aprilia Racing Team Gresini, Aleix Espargaro berpendapat bekas pelumba Red Bull KTM Factory, Johann Zarco tidak layak mengisi kekosongan pelana ditinggalkan Jorge Lorenzo dalam Repsol Honda musim depan.

Menurutnya, pelumba paling layak untuk Repsol Honda ialah Alex Marquez yang baru dinobatkan sebagai juara Moto2 2019 dan juga adik kepada juara MotoGP lapan kali, Marc Marquez.

Dengan musim 2019 berakhir minggu lalu, setiap pasukan kini sedang bersiap sedia dengan ujian pramusim 2020 di Valencia. Bagi HRC, fokus sudah tentu kepada usaha mencari pengganti pelumba pasukan itu, Lorenzo yang baru saja mengumumkan persaraannya dalam karier MotoGP berikutan masalah prestasi dan kecederaan dihadapi.

Pelbagai spekulasi tercetus mengenai pelumba berpotensi, dan tumpuan adalah pada Alex dan Zarco yang masing-masing buat masa ini bebas tanpa sebarang kontrak pasukan. Jika Alex ialah juara Moto2 tahun ini, Zarco pula memiliki reputasi sebagai pelumba berpengalaman tiga tahun dalam kelas premier, dan juga bekas juara Moto2 edisi 2015 dan 2016.

BACA >>> KTM Buka Mulut, Inilah Sebab Kenapa Zarco Kena Pecat

ZARCO TIDAK PROFESIONAL

Bagaimanapun Aleix, 30, berpendapat Alex lebih layak untuk Repsol Honda berbanding Zarco yang tidak profesional dalam berlumba walaupun memegang status enam kali pemenang podium MotoGP.

“Mungkin orang cakap Zarco layak untuk motor itu (RC213V), tapi bagi aku itu tak betul. Jika Zarco layak, *Pol dan aku adalah 10 kali ganda lebih layak.

“Aku fikir, jika juara Moto2 (Alex) ke sana, itu lebih dialu-alukan dan dia memang layak untuk itu,” katanya.

Tambah Aleix lagi, keputusan Zarco menarik diri daripada KTM Factory selepas baru hanya semusim berlumba, termasuk melontarkan kritikan terbuka atas kesukaran dihadapinya jelas menunjukkan yang dia tiada profesionalisme.

Sikap yang dia tunjuk tahun ini bukan sikap seorang profesional.

“Orang sekeliling aku kat Aprilia tahu berapa banyak kali aku menangis tahun lepas, dan berapa banyak kali aku menangis tahun ni. Tapi inilah kerja kami, hidup kami. Ramai orang kat belakang kami, ramai keluarga, dan semua orang kerja kuat. Ramai orang campak banyak duit untuk projek ni.

“Jadi untuk kau berhenti dan cakap, “motor ini taik, aku nak balik rumah”, bagi aku, mamat tu (Zarco) memang tak layak la untuk dapat motor terbaik dan pasukan terbaik kat dunia ni. Ini cuma pendapat aku je la.”

– ALEIX ESPARGARO, Pelumba Aprilia Racing Team Gresini


* Pol Espargaro, 28, ialah rakan sepasukan Zarco dalam Red Bull KTM Factory dan juga adik kepada Aleix. Pol sudah berlumba bersama KTM untuk kelas premier MotoGP sejak 2017, dan dia juga bekas juara Moto2 2013. Sebelum berhijrah ke KTM Factory, Pol turut pernah beraksi bersama Yamaha Tech3 selama tiga musim.

Namun, Aleix walaupun tidak secemerlang adiknya Pol, apatah lagi Zarco, tetapi dia nyata lebih berpengalaman kerana sudah bergelumang dalam trek MotoGP sejak 2012, iaitu sudah lapan tahun dengan empat pasukan berbeza.

Mungkin ada betulnya cakap Aleix. Kalau ikutkan resume, Pol dan Zarco masing-masing bekas juara Moto2. Zarco menyerlah ketika bersama Yamaha Tech3 (6x podium), tetapi Pol pula menonjol bersama KTM.  Walaupun cuma sekali podium (2018), tetapi Pol menunjukkan peningkatan saban tahun yang mana musim ini ialah keputusan terbaik (ke-11) pernah diperolehnya sejak bersama KTM tiga tahun lalu. Paling penting, Pol move on, tak kondem sana sini.

BACA >>> Zarco Mengaku Penat Bawa KTM, Semuanya Rasa Payah

So, Johan atau Garo?

SUMBER: VisorDown

Aleix Espargaro Alex Marquez Aprilia Racing Team Gresini Honda HRC Johann Zarco KTM Moto2 MotoGP MotoGP 2019 Pol Espargaro Red Bull KTM Factory Repsol Honda roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    30/06/2026
    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.