Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akur Sudah Tidak Kompetitif, Dovizioso Sah Bersara Kali Kedua Penghujung Musim 2022
Auto Terkini

Akur Sudah Tidak Kompetitif, Dovizioso Sah Bersara Kali Kedua Penghujung Musim 2022

AryonBy Aryon14/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDREA Dovizioso mengesah akan bersara daripada Kejuaraan Dunia MotoGP selepas berakhir musim ini

Pelumba Itali itu kini berada di kedudukan ke-15 keseluruhan setakat musim ini sebagai pelumba RNF Racing Yamaha, yang sebelum ini dikenali sebagai Petronas SRT.

BACA >>> Rossi Geram 5-6 Lap Saja Tayar Sudah Terbakar, Sambut Baik Kedatangan Dovizioso
BACA >>> Quartararo: “Bukan Masalah Aku Pelumba Yamaha Lain Bergelut”

Bagaimanapun, Dovizioso bergelut dengan prestasi apabila hanya mencapai rekod terbaik di tempat ke-11 dengan mengumpul 4 mata daripada 11 perlumbaan MotoGP musim ini.

Dovizioso sebelum ini pernah memenangi 14 kali podium, termasuk tiga kali Naib Juara MotorGP di bawah Marc Marquez pada 2017, 2018 dan 2019. Beliau sebelum ini pernah mengetepikan tawaran Aprilia MotoGP yang mungkin membuatkannya kecewa kerana prestasi Aprilia musim ini agak memberangsangkan.

Kini Dovizioso mengesahkan tiada rancangan melanjutkan karier lumba dalam kelas premier selepas tamat musim ini walaupun RNF Racing Team sudah memeterai perjanjian sebagai pasukan satelit Aprilia musim depan. Ini kali kedua beliau menarik diri daripada MotoGP selepas meninggalkan Ducati pada penghujung musim 2020 berikutan masalah gaji.

BACA >>> Marquez: Ini Bukan Masa Sesuai Naik Podium

Selepas menyuarakan hasrat kembali, beliau mengetepikan tawaran Aprilia untuk menyertai Yamaha.

Semestinya aku tak akan berlumba. Aku selalu cakap kalau aku tak kompetitif lagi, aku tak mau berada kat sini. Jadi memang tak ada alasan, terutama selepas 20 tahun. Aku sekarang tak pernah cuba dapat tempat untuk musim depan.

“Aku relaks sepenuhnya pasal semua tu. Aku dah tak berlumba setengah tahun musim lepas. Aku dah teruji (dengan persaraan), jadi aku OK pasal semua tu,” katanya.

Nampaknya Dovizioso sudah tawar hati dengan MotoGP. Bagaimanapun, beliau masih berpeluang menyertai Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) bersama Ducati atau mengikut jejak mantan rakan sepasukan Danilo Petrucci dalam siri MotoAmerica.

Beliau juga sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu menceburi Motocross, yang sekali lagi mencontohi Petrucci yang pernah menyertai Rali Dakar.

BACA >>> WithU Yamaha RNF Kecewa dengan Dovizioso, Akan Diganti Dixon?

SUMBER: VisorDown

Andrea Dovizioso Auto Terkini Dovizioso Bersara Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP 2022 RNF Racing Team roda2 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.