Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Akhirnya, Foto Proton Iriz Facelift Didedahkan – Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’!
Auto Terkini

Akhirnya, Foto Proton Iriz Facelift Didedahkan – Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’!

Abang GYLBy Abang GYL01/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS tersiar beberapa foto intipan Proton Iriz facelift, termasuk hasil rekaan pereka amatur seperti TheAjerul, pengeluar nasional itu akhirnya mendedahkan gambar penuh model hatchback segmen-B itu.

Bagaimanapun, ini ialah foto acah dan masa bilakah akan dilancarkan masih jadi tanda tanya. Begitu juga tanda harga yang masih dirahsiakan Proton.

BACA >>> Proton Iriz Facelift Tanpa Kamoflaj Didedahkan, Bakal Tampil Ciri Arahan Suara ‘Hi Proton’

Berdasarkan beberapa foto didedahkan itu, jelas kelihatan beberapa perubahan ketara dari segi rupa luaran dan dalaman Iriz facelift. Antaranya, bentuk kemasan gril depan diilhamkan daripada ‘Ethereal Bow’ yang diperkenalkan kali pertama pada model X70, manakala gril radiator menggunakan paten ‘Infinity Weave’ yang bakal menjadi signatur baharu Proton.

Begitu juga bampar depan dan belakang yang lebih sporty berbanding versi sedia ada. Lampu depan pula diambil daripada model Persona dan turut dipadankan dengan lampu siang (DRL) LED. Selain itu, Proton Iriz facelift juga bakal menampilkan warna baharu, biru muda.

Rekabentuk belakang juga tidak lagi kelihatan lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan ‘P R O T O N’, seperti tertera pada X70. Jika ditelitikan, ada huruf ‘R’ merah pada perkataan Iriz. Juga diberikan antena sirip yu dan rekaan rim aloi baharu.

BACA >>> Hi Proton! Bagaimanakah Cara Guna Fungsi Arahan Suara X70?

ARAHAN SUARA ‘HI PROTON’

Lebih menarik, unit infotaiment Iriz facelift diberikan nafas baharu dengan skrin berwarna, dibangunkan Proton dan ECARX, yang menawarkan ciri konektiviti, termasuk fungsi arahan suara (voice command) ‘Hi Proton’, sama seperti X70. Ini ialah hatchback segmen-B pertama Proton yang dilengkapi ciri sedemikian.

Maklumat lengkap mengenai unit infotainment itu akan didedahkan Proton menjelang tarikh pelancaran kelak.

BACA >>> Shukri: Proton Iriz Tak Kurang Apa-Apa, Sama Hebat dengan Model Lain

2019 proton iriz 2019 proton iriz facelift foto proton iriz facelift gambar proton iriz facelift harga Proton Iriz Facelift hatchback segmen-B Proton Proton Iriz 2019 proton iriz facelift Segmen B
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.