Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ahli Perniagaan Kena Culik Vellfire Putih, Polis Kata Mungkin Ada Masalah Hutang
Auto Terkini

Ahli Perniagaan Kena Culik Vellfire Putih, Polis Kata Mungkin Ada Masalah Hutang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TULAR beberapa rakaman video menunjukkan aksi sekumpulan lelaki menculik seorang individu untuk dimasukkan ke dalam sebuah Toyota Vellfire berwarna putih.

Rupa-rupanya, lelaki yang diculik ialah seorang ahli perniagaan berumur 38 tahun dan punca kejadian itu dipercayai akibat masalah hutang dengan pihak majikan.

BACA >>> Vellfire Pun Nak Lumba Haram!

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/09/culik.mp4

Kini, polis sedang memburu kumpulan individu terlibat dalam kes culik tersebut. Insiden culik itu berlaku di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 1/23D di Ampang, Selangor semalam.

Polis menerima panggilan MERS999 berhubung satu kejadian culik kira-kira jam 5.03 petang tentang kejadian melarikan orang dan dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata:

“Mangsa seorang lelaki tempatan telah pergi seorang diri untuk makan di restoran berkenaan dan datang satu kumpulan suspek dipercayai lelaki tempatan telah menarik serta memaksa mangsa masuk ke dalam Toyota Vellfire berwarna putih.

“Mangsa menjerit meminta tolong dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Mangsa telah dilarikan menaiki kenderaan berkenaan.”

Rakaman video pertama menunjukkan kejadian culik manakala klip kedua memaparkan sekumpulan mat motor membantu mengejar Vellfire berkenaan.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/09/culik-vellfire-1.mp4

Mangsa yang diculik tiba ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 10.45 malam setelah dibebaskan suspek di Klang.

Mohamad Farouk menyatakan:

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat kejadian itu serta telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.

“Punca kejadian dipercayai akibat masalah hutang dengan pihak majikan.”

Polis sudah mengenal pasti suspek dan sedang menjejak mereka. Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Mercedes-Benz GLC Langgar Traktor Sampai Putus Dua!

autoterkini Culik MERS999 Mohamad Farouk Eshak Polis Ampang Seksyen 365 Kanun Keseksaan Toyota Vellfire Kes Culik
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.