• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz GLC Langgar Traktor Sampai Putus Dua!

Mercedes-Benz GLC Langgar Traktor Sampai Putus Dua!

September 29, 2022 By Shawkath Leave a Comment

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN jenama Jerman memang terkenal dalam industri kerana menawarkan binaan berkualiti tinggi. Malah ada beberapa kemalangan sudah menguatkan kenyataan itu.

Terbaharu, seunit Mercedes-Benz GLC merempuh sebuah traktor hingga menyebabkan jentera pertanian itu terputus dua di Tirupati, negeri Andhra Pradesh di India.

BACA >>> Mercedes Benz GLC 300e 4Matic (CKD) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM374k!

Kemalangan berlaku di Chandragiri Bypass Road dekat Tirupati. Laporan menyatakan traktor tersebut dipandu melawan arah dan memasuki jalan dilalui kenderaan utiliti sukan (SUV) Jerman itu. Impak perlanggaran menyebabkan GLC tersebut remuk sebelah kiri, manakala traktor terputus dua.

Satu klip video menunjukkan keadaan traktor terputus dua, tetapi pemandu jentera itu dilaporkan selamat dan hanya mengalami luka ringan, manakala semua penumpang dalam GLC juga selamat.

SENARIO JALAN RAYA INDIA

  • Di jalan raya India, fenomena pemandu memandu lawan arus sudah jadi gangguan biasa.
  • Situasi itu berlaku di banyak kawasan India dan diabaikan pihak berkuasa di sana.
  • Kehadiran haiwan terbiar seperti lembu dan penduduk melintas juga menjadi suasana biasa di lebuh raya India.
  • Ada juga situasi kenderaan melawan arus di lebuh raya, berada di lorong salah dan tidak menyalakan lampu signal ketika membelok.
  • Pengguna lebuh raya dinasihatkan tidak memandu laju dan memperlahankan kenderaan jika melalui lebuh raya berdekatan kawasan penduduk. Khabarnya, orang kampung suka melintas dan haiwan banyak berkeliaran di lokasi seperti itu.

BACA >>> Potong Myvi, Pemandu Maut Honda Civic Terputus Dua Di MRR2
BACA >>> Honda Civic Type R Kena Langgar Volvo Sampai Putus Dua
BACA >>> Bukan Sebab Berlumba, Pemandu Kongsi Cerita Honda Civic Type R Putus Dua

SUMBER: Cartoq

Artikel Berkaitan

466
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Mercedes Benz langgar traktor, Mercedes-Benz GLC, Traktor putus dua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my