Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes Benz GLC 300e 4Matic (CKD) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM374k!
Roda4

Mercedes Benz GLC 300e 4Matic (CKD) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM374k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-Benz Malaysia hari ini mempertontonkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu versi pemasangan tempatan, GLC 300e 4Matic sempena perasmian cawangan terbaharu Hap Seng Star di Setia Alam, Selangor.

Model berkenaan adalah versi hibrid yang menjadi opsyen terbaharu khususnya mereka yang mahu sebuah SUV berjiwa mesra alam tanpa mengorbankan aspek pemanduan berprestasi. Berikut ialah perinciannya:

HARGA

  • GLC 300e 4Matic: RM374,073.67 – termasuk pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST)
  • Harga selepas 1 Julai 2022 ialah RM398,888 (tiada pengecualian SST)

*Harga di atas ialah harga atas jalan tanpa insurans. Pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan tamat pada 30 Jun 2022.

BACA >>> Tiada Lagi Lanjutan Pengecualian SST, Harga Kereta Baharu Naik 1 Julai Ini

TRENKUASA

  • Enjin petrol hibrid 4-silinder sebaris 2.0 liter (1,991cc) turbo, menawarkan kuasa 211hp @ 5,500rpm dengan tork 350Nm dari 1,600 hingga 4,000rpm.
  • Dipadan bersama unit motor elektrik menghasilkan output kuasa 120hp (90kW) dan tork 440Nm.
  • Sistem trenkuasa hibrid itu menawarkan jumlah kuasa 320hp dan tork 700Nm.
  • Pecutan dari titik pegun ke 100kmj mengambil masa 5.7 saat.
  • Kelajuan maksimum pula 230kmj. Kelajuan maksimum motor elektrik 140kmj dan boleh dipandu lebih dari 40km.

BACA >>> Ini Sebab Mengapa 9 Daripada 10 Pengguna Beli Kenderaan EV Di Norway

PERINCIAN

  • Gaya coupe empat pintu dengan bahagian depan dengan gril hiasan corak berlian dan diintegrasi bintang Mercedes bersaiz besar.
  • Lampu utama jenis multi-beam LED dengan ciri Bantuan Suluhan Lampu Tinggi Adaptif.
  • Hadir dengan pakej Malam dan spesifikasi AMG Line, termasuk rim aloi sebesar 20 inci AMG 5 jejari berkembar beserta cakera brek bersaiz besar untuk roda depan.
  • Kabin menyaksikan papan pemuka berfokuskan pemandu dengan bumbung kabin berwarna hitam. Kemasan kabin membabitkan material kayu gelap dengan padanan trim aluminium.

BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Kayu untuk Kemasan Kabin Kereta yang Perlu Anda Tahu

  • Material kulit digunakan untuk balutan tempat duduk dan stereng menerima material kulit nappa premium.
  • Paparan jenis digital dengan MBUX untuk sistem infotainmen.

BACA >>> Mercedes-Maybach S-Class 580 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM1.9j!

  • Dilengkapi pakej Parkir beserta kamera 360º untuk membantu pemandu melihat keadaan di sekeliling SUV tersebut.
  • Tambahan lain ialah Bantuan Parkir Aktif dengan Parktronic dan pelindungan kenderaan Urban Guard selain sistem penggera anti-kecurian.

BACA >>> Jenayah Curi Nombor Plat, Ekzos Meningkat Sepanjang 2021, Pelanggan UK Rugi RM383j!
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penukar Bermangkin (Catalytic Converter) Pada Sistem Ekzos?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kegunaan Gear Rendah dalam Kereta Transmisi Automatik?

Hap Seng Star Setia Alam Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mercedes-Benz GLC 300e 4Matic Mercedes-Benz Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.