Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Advencer Off-Road Tulen, Ducati DesertX (2022) Bakal Lancar Disember Ini
Auto Terkini

Advencer Off-Road Tulen, Ducati DesertX (2022) Bakal Lancar Disember Ini

WahidBy Wahid28/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUCATI bakal melancarkan DesertX pada Disember ini yang mana prototaip model advencer itu sudah ditayangkan buat kali pertama pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 dan kemudian menyusul di acara World Ducati Premiere 2020.

Cagiva Elefant 900ie

Prototaip tersebut menggunakan rekabentuk yang mengambil ilham model Cagiva Elefant 900ie yang dihasilkan pada awal 90-an. Model itu juga pernah memenangi perlumbaan Paris-Dakar Rally. Sebab itu, prototaip itu mendapat sambutan sangat baik seluruh dunia dan ramai peminat motosikal meminta Ducati menghasilkannya.

BACA >>> Cagiva Mito 125 – Legenda Sportbike 2-Lejang yang Pernah Jadi Mainan Rossi

Setakat ini Ducati masih tiada model advencer tulen yang mampu meredah hutan sepenuhnya. Model seperti Scrambler Desert Sled ialah scrambler retro, manakala Multistrada Enduro agak besar, berat dan mahal. Juster, Ducati mengharapkan DesertX dapat memenuhi permintaan penunggang off-road serius.

BACA >>> Ducati Multistrada 1260 Enduro dengan Prestasi Sporty untuk Kembara Lebih Seronok

Namun, DesertX versi pengeluaran berbeza berbanding prototaip (foto atas), iaitu:

  • Menggunakan enjin dan casis Scrambler 1100. Enjin jenis 2-injap L-Twin 1079cc penyejukan udara berkuasa 86hp dan tork 88.1 Nm. Walaupun angka kuasa dilihat mencukupi bagi kelas advencer middleweight, Ducati pastinya mahu mahukan enjin lebih berkuasa.
  • Jadi, Ducati akan menggunakan enjin 4-injap Testastretta L-Twin 937cc penyejukan cecair berkuasa 113hp dan tork 96.3Nm.
  • Enjin tersebut turut digunakan model Ducati lain seperti Multistrada 950 (foto atas), Supersport, Monster dan Hypermotard 950.
  • Disebabkan menggunakan enjin lain, casis DesertX juga akan bertukar.
  • Saiz roda depan dibesarkan daripada 19 inci kepada 21 inci, manakala roda belakang daripada 17 kepada 18 inci.
  • Trenkuasa berprestasi tinggi dan casis baharu membuatkan DesertX berupaya menjadi pencabar serius dalam kelas advencer middleweight yang dibarisi pesaing seperti  BMW F 850 GS/GS Adventure, KTM 790/890 Adventure, Moto Guzzi V85TT, Triumph Tiger 900 Rally Pro, dan Yamaha Tenere 700.
  • Kuasa enjin tinggi juga membolehkan model Ducati ini bersaing dengan Honda CRF1100L Africa Twin.

Sama-sama kita tunggu pelancaran DesertX sempena acara Ducati World Premiere pada 9Disember nanti.

BACA >>> Ducati Multistrada 950 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM85,900
BACA >>> Ducati Scrambler 1100 PRO, 1100 Sport PRO Kini di Malaysia, Harga Mula RM75k!

adventure Auto Terkini Cagiva Elefant 900ie Ducati Ducati DesertX (2022) EICMA Pameran Motosikal Milan (EICMA) roda2 World Ducati Premiere
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.