Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Aduan MYJalan: 3 Kementerian Duduk Semeja, Bincang Jalan Penyelesaian
Auto Terkini

Aduan MYJalan: 3 Kementerian Duduk Semeja, Bincang Jalan Penyelesaian

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menjemput dua lagi kementerian untuk berbincang dan mencari solusi bagaimana mereka dapat menyelesaikan aduan yang diterima melalui aplikasi MyJalan.

Ini merupakan ‘panggilan terbaharu’ KKR selepas pertemuan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyelesaikan pelbagai isu berkait jalan raya dan perabot jalan menerusi kerjasama pelaksanaan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar.

DUA KEMENTERIAN LAIN

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan dua kementerian itu ialah:

  • Kementerian Pengangkutan (MOT) diwakili Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dihadiri Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu

Satu klip video reels di Facebook Alexander turut memperlihatkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menyertai perbincangan sama.

Selain tiga ‘orang kuat’ kementerian, wakil pengurusan tertinggi agensi di bawah KKR turut menghadiri pertemuan tersebut iaitu:

  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

APA KAITAN KPKT, MOT dan KKR?

  • Panggilan untuk duduk semeja itu dibuat memandangkan ketiga-tiga kementerian itu saling berkait dan mereka perlu mencari sinergi untuk mengatasi isu keselamatan jalan raya yang mengancam nyawa pengguna.
  • Turut dibincangkan ialah pengukuhan kerjasama antara kementerian untuk menyelesaikan aduan kerosakan jalan raya yang diterima melalui aplikasi MYJalan.

ADUAN MYJALAN

Alexander menyatakan program MYJalan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos 2023 dan sehingga 29 Mac lalu, aplikasi itu menerima 13,391 aduan berkaitan pelbagai isu jalan raya.

  • Statistik menunjukkan 26.51 peratus adalah aduan jalan milik KKR
  • Selebihnya iaitu 73.49 peratus milik pelbagai pihak lain (termasuk pihak berkuasa tempatan).

Beliau berkata:

Setelah lebih 7 bulan dilancarkan dengan lebih 13,000 aduan diterima, usaha memperkemaskan lagi program MyJalan diteruskan dengan usaha proaktif semua pihak yang terlibat.

“Kalau sebelum ini bersama MOSTI, kali ini saya mewakili KKR bersama-sama pasukan dari MOT diketuai menterinya, Anthony Loke dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dipimpin Timbalan Menteri, Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu duduk semeja bagi membincangkan bagaimana isu kerosakan infrastruktur awam terutamanya jalan raya dapat kami selesaikan secara kolektif.

“Inilah prinsip ‘whole of government approach’ yang ditekankan oleh Perdana Menteri and we are here, to walk the talk.

“Dari isu masalah kenderaan lebih muatan yang menyebabkan kerosakan jalan kepada isu jalan rosak di kawasan perbandaran, semua dikupas selain setiap menteri membentangkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kementerian masing-masing.

“Bila ada ruang untuk saling memahami begini, barulah kita tidak saling menuding jari dan fokus mencari solusi.”

APA CADANGAN BERBANGKIT?

Alexander menambah:

Selain cadangan untuk membuat kerja pembaikan dan penguatkuasaan di kawasan ‘blackspot’ jalan raya rosak secara bersama di antara KKR, MOT dan KPKT, cadangan penubuhan jawatankuasa bertindak yang terdiri daripada semua wakil pemilik jalan raya juga telah diutarakan pada sesi ini.

“Melalui jawatankuasa ini, setiap kementerian terlibat perlu membuat pelaporan status tindakan penyelesaian bagi aduan yang diterima secara berkala.

“Melalui usaha ini, kita mahu mengelakkan isu aduan tidak dilayan seperti yang sering dilontarkan oleh rakyat.

“Saya tekankan, setiap usaha yang dibuat ini bukanlah hendak menjadi popular, tetapi kerana isu jalan rosak melibatkan keselamatan dan nyawa manusia.

“Dan nyawa manusia, tiada duanya.”

Anthony Loke Siew Fook Datuk Aiman Athirah Sabu Datuk Seri Ahmad Maslan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Kementerian Kerja Raya (KKR) Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.