Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Adrian Salleh Pemilik Pertama Honda Civic Type-R Serba Baharu Di Malaysia
Auto Terkini

Adrian Salleh Pemilik Pertama Honda Civic Type-R Serba Baharu Di Malaysia

Abang GYLBy Abang GYL29/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Adrian SallehADRIAN Salleh Hashim menjadi pemilik pertama Honda Civic Type-R Serba Baharu di Malaysia selepas jentera itu dilancarkan secara rasmi pada 9 November lalu.

Majlis penyerahan kunci kepada Adrian disempurnakan oleh Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial kepada Adrian di Botanic Auto Mall Sdn Bhd.

Lebih membanggakan, Honda Malaysia kini sudah menerima lebih daripada 70 unit tempahan Honda Civic Type-R Serba Baharu sejak ia dibuka tempahan pada 1 Oktober 2017.

Selain menjadi pemilik pertama Honda Civic Type-R Serba Baharu di Malaysia, Andrian turut membawa pulang hadiah berupakan GoPro HERO 5, barangan cenderahati kustom khas bersama Cat Saduran Kaca Ultra dengan Saduran Cermin Ultra Honda.

Model Civic Type-R Serba Baharu ialah model Honda paling berkuasa pernah dihasilkan. Model yang diimport sepenuhnya itu dijual pada harga RM320,000.

BACA >>> Honda Civic Type-R Serba Baharu Kini Di Malaysia – Harga RM320K Sahaja!

pemilik honda civic type-rENJIN TURBO

Dari aspek mekanikal, Honda Civic Type-R Serba Baharu masih menggunakan enjin sama seperti generasi sebelum ini. Bagaimanapun, beberapa talaan dilakukan bagi menjadikan ia lebih berkuasa dan seronok dipandu.

Bagi pasaran tempatan, Honda Civic Type-R Serba Baharu dijana enjin 2.0-liter VTEC pengecas turbo. Hasil padanan kotak gear transmisi manual 6-kelajuan, ia berkuasa 305hp (310ps) pada 6,500rpm dan tork 400Nm (2,500 – 4,500rpm).

Penggunaan bahan api pula merekodkan 8.8L per 100km dan kelajuan maksimum sekitar 272kmj. Lebih menarik, anda boleh mengisi bahan api RON95 pada Honda Civic Type-R Serba Baharu kerana enjin jentera ini ditalaah khas untuk pasaran tempatan.

Sekiranya anda inginkan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, model hatchback ini menawarkan opsyen 3 mod – COMFORT, SPORT dan +R.

Pemilihan mod pemanduan akan mengubah tetapan komponen menerusi kawalan Sistem Peredam Adaptif (ADS), terotel Drive-by-Wire (DBW), Stereng Kuasa Elektronik (EPS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), sistem traksi dan brek.

GALERI

pemilik honda civic type-r pemilik honda civic type-r Adrian Salleh Adrian Salleh

adrian Salleh Hashim enjin Honda Civic Type-R Serba Baharu harga Honda Civic Type-R Serba Baharu Honda Civic Type R serba baharu owner Honda Civic Type-R Serba Baharu pemilik honda civic type-r di malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026

    1 Comment

    1. Aiman on 29/11/2017 15:23

      Wah..boleh pinjam untuk test drive?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.