Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kereta-Kereta Ini Ada di Malaysia, Tetapi Tidak Dijual di Amerika
Autotainment

Kereta-Kereta Ini Ada di Malaysia, Tetapi Tidak Dijual di Amerika

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA selalu mengeluh mengenai beberapa model hebat dan menarik yang tidak dibawa masuk ke pasaran massa Malaysia. Tetapi, tahukah anda kereta di bawah ini ada di Malaysia, tetapi tidak dijual di Amerika Syarikat (AS)?

Ya, sama seperti Malaysia, ada model jenama tertentu yang tidak lepas masuk dalam pasaran sesebuah negara. Sesetengah model memang dibikin khas untuk pasaran negara tertentu sahaja. Ada yang tidak dapat masuk atau dilarang masuk kerana berdepan beberapa kekangan seperti undang-undang, syarat lalu lintas, alam sekitar dan keselamatan, kekurangan penawaran di kalangan pengguna tempatan dan kesesuaian budaya setempat.

Jadi, bukan kita saja yang asyik gigit jari, mat-mat saleh di sana pun turut makan hati berulamkan jantung. Mari kita lihat apakah model-model kereta tersebut?

1. PEUGEOT RCZ

peugeot-rcz-r-back

Nama Peugeot itu sendiri sudah tidak lagi mengundang minat peminat automobil di AS. Namun, Peugeot menerusi RCZ menampilkan sebuah jentera yang halus rekaannya dengan enjin berkuasa tinggi, 270hp. Rekaan garis bumbung melengkung dan futuristik membuatkan RCZ cukup seksi sebagai sebuah coupe.

Selain seronok dipandu, ruang kabin RCZ memang luas berbanding pesaing lain dalam kelas sama. Tapi sayangnya, orang AS tidak berkesempatan memandunya.

2. VOLKSWAGEN SCIROCCO

volkswagen-scirocco-r
volkswagen-scirocco-r-back

Volkswagen sebenarnya ada beberapa model yang diminati pemandu AS, tetapi terpaksa dilupakan kerana tidak dibawa masuk ke pasaran negara itu. Salah satunya ialah Scrirocco! Dinamakan sempena angin padang pasir di Mediterranean, Scirocco tampil menawan dan sporty dalam bentuk coupe hatchback.

Meraikan pengeluaran ke-40 tahun, Scirocco versi facelift 2014 muncul dengan enjin berkuasa dan efisien, tanpa mengetepikan faktor praktikaliti yang sememangnya sinonim dengan jenama Volkswagen. Volkswagen AS mendakwa tidak akan membawa masuk Scirocco kerana bimbang menjejaskan jualan Golf GTI.

3. MERCEDES-BENZ CLS63 AMG SHOOTING BRAKE

mercedes-benz-cls63-shooting-brake
mercedes-benz-cls63-shooting-brake

Anda perlu ambil perhatian apabila majalah permotoran antarabangsa, Top Gear pernah menyifatkan kereta ini sebagai ‘satu-satunya kereta yang anda perlukan’. Mercedes-Benz CLS63 AMG Shooting Brake ialah antara barisan model Mercedes paling cool dengan rupa station wagon bersama gabungan gaya penuh kesempurnaan dan prestasi enjin cukup berkuasa.

CLS63 AMG Shooting Brake ialah sebuah kereta mewah lengkap, tetapi pihak Mercedes AS memutuskan tidak akan membawa masuk model ini kerana pasaran negara itu sudah sedia memiliki versi sedan. Seperti biasa, ia dikhuatiri mengganggu jualan sedan sedia ada. Malang bagi pembeli AS kerana tidak dapat melihat station wagon ini di atas jalan raya.

4. ALFA MITO

alfa-romeo-mito
alfa-romeo-mito-back

Alfa Romeo mengeluarkan MiTo (gabungan perkataan Milan dan Torino yang bermaksud mitos) untuk bersaing dengan MINI dan Audi A1. Kereta sporty 3-pintu ini dijana enjin 2-silinder pengecajturbo yang mampu memecut 0-100kmj pada kelajuan 12 saat. Walaupun tanpa prestasi memberangsangkan, MiTo muncul penuh bergaya dengan gabungan cita rasa Itali yang sukar didapati pada mana-mana lawan dalam kelas sama.

Namun, kekurangan sambutan rakyat AS terhadap jenama Alfa Romeo membuatkan pihak Fiat (syarikat pemilik) menghasilkan MiTo untuk tidak dijual di pasaran Amerika Utara. Jadi pembeli AS boleh terus bermimpi dan cuma dapat menatap model cilik ini di laman web sahajalah. 

5. LAND ROVER DEFENDER

land-rover-defender
land-rover-defender-back

Pada penghujung 1997, angka jualan yang merosot dan perubahan peraturan alam sekitar menjadi punca Land Rover Defender ditarik keluar dari pasaran AS. Defender terkenal sebagai sebuah kenderaan pacuan 4 roda (4WD) yang versatil dan sempurna. Cukup terkenal sebagai kenderaan rasmi dalam filem-filem aksi tempatan dan luar negara. Malangnya, Defender tidak melepasi syarat emisi yang ditetapkan pihak berkuasa AS.

Rata-rata peminat automobil di AS mengharapkan Defender dapat berada semula atas jalan raya negara itu, tetapi tiada tanda-tanda Land Rover akan membawa masuk model ini.

6. AUDI RS4 AVANT

audi-rs4-avant

Jika sebuah wagon berkuasa ialah kereta impian anda, Audi RS4 ialah kereta yang anda sangat perlukan untuk mengembara ke Eropah. Apabila Jerman menghasilkan kereta dengan tanda nama ‘racing sport’, anda sepatutnya sedar bahawa ia ialah kenderaan istimewa. Enjin V8 4.2L menghasilkan tork setinggi 430Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.7 saat. Turut dilengkapi sistem telematik dan navigasi serta pelbagai teknologi automobil terkini.

RS4 ialah kereta sport yang sukar dilupakan, tetapi terpaksa dilupakan pembeli AS kerana pihak Audi mendakwa mereka tidak mendapat jumlah minimum diperlukan untuk membolehkan model ini berada dalam pasaran negara itu.

7. PROTON (SEMUA JENAMA)

proton-iriz
proton-iriz-back

Ya, semua model PROTON tiada di AS. Tetapi, jangan terkejut kerana PROTON pernah cuba memasuki pasaran AS pada 1988, tetapi gagal disebabkan undang-undang automotif yang ketat di negara itu. Namun, ada maklumat menyatakan model Satria GTI pernah ke AS menerusi saluran import, tetapi bukan di bawah PROTON.

Rata-rata model generasi baharu PROTON memiliki kualiti pengendalian setanding kereta-kereta Eropah hasil daripada kerjasama PROTON-Lotus. Malah, jenama Lotus juga tidak asing bagi peminat automobil di AS. Ketika rakyat Malaysia dapat memandu Ford, rakyat AS pula tiada kesempatan mencuba kehebatan PROTON. 😉

Alfa Romeo MiTo Audi RS4 Avant autotainment cuma di Malaysia kereta Amerika Syarikat Land Rover Defender Mercedes-Benz CLS63 AMG Shooting Brake Peugeot RCZ Roda4 tidak dijual di Amerika Syarikat Volkswagen Scirocco
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

04/05/2026
Demonstrasi ujian perlanggaran Chery Tiggo 9 dan Chery Tiggo 7 Pro di Wuhu, China.
Roda4

#AutoChina2026: Chery Tayang Ujian Perlanggaran Tiggo 9, Tiggo 7

04/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

04/05/2026
HEV

GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

02/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie02/05/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.