Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Acura Tayang Prototaip Integra (2022), Guna Enjin Honda Civic?
Roda4

Acura Tayang Prototaip Integra (2022), Guna Enjin Honda Civic?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ACURA akhirnya mendedahkan Integra kepada umum walaupun secara teknikal model itu masih berstatus prototaip. Debut tersebut memberi bayangan awal mengenai rupa model itu apabila ditawarkan ke pasaran pada 2022 nanti.

Integra nampaknya ada banyak perkongsian dengan Civic Si (foto bawah), tetapi bentuk badan model tersebut kekal unik, iaitu empat pintu.

BACA >>> Honda Civic Si (2022) Guna Transmisi Manual Teknologi Type R, Kurang Berkuasa?

Sebelum ini, Acura ada menyiarkan foto acah lampu depan dan bentuk bumbung Integra, jadi apa dipamerkan hari ini bukan mengejutkan. Berikut serba sedikit perincian mengenai Integra:

  • Dipasangkan rim 19 inci dan lampu LED penuh rekaan tirus pada semua lampu depan dan belakang.
  • Menampilkan gril signatur Acura berbentuk pentagon.
  • Antara penampilan paling menarik ialah ukiran Integra pada bawah lampu depan dan belakang.

BACA >>> #BikinKereta: Jentera Lumba Civic Si Ini Sentuhan Divisyen Permotoran Honda Amerika

  • Bahagian sisi, khususnya pilar tengah dan belakang, serta cermin tingkap nampak kemas, mirip Civic Si.

  • Sisi belakang seakan mengambil ilham model generasi kedua dan ketiga Integra dengan dua muncung ekzos, spoiler but dan rekaan lampu belakang tirus.
  • Warna badan Indy Yellow Pearl (kuning) dan grafik hitam tertulis ‘INTEGRA’ tertera pada sisi bawah pintu.
  • Selain teori perkongsian arkitektur binaan Civic Si, trenkuasa digunakan dijangka 1.5L turbo yang anggaran output kuasa sekitar 200hp. Data kuasa sebenar belum diumum Acura.

  • Acura sebelum ini mengesahkan tawaran kotak gear manual 6-kelajuan, mirip Civic Si. Kini, ada opsyen kedua, iaitu transmisi automatik dengan tambahan lain, diferensial gelincir terhad (LSD).
  • Model prototaip menggunakan sistem brek Brembo. Ciri ini pastinya diharapkan peminat pada produk sebenar yang ditawar Acura nanti.
  • Ada desas-desus mendakwa Acura sedang membangunkan varian lebih sporty dan berkuasa iaitu Integra Type S yang dikatakan jelmaan semula (rebadged) Civic Type R versi generasi terbaharu.
  • Harga anggaran sekitar AS$30,000 (RM125,005).
  • Integra ialah produk di bawah Acura yang dihasilkan untuk pasaran Amerika Utara sahaja. Jadi hampir pasti model itu tidak akan menjengah pasaran Asia Pasifik. Apappun, jangan risau, peminat Integra tempatan masih boleh dapatkannya di bilik pameran kereta rekon nanti, tapi harga pasti mahal berlipat kali ganda.

BACA >>> #BikinKereta: Jentera Lumba Civic Si Ini Sentuhan Divisyen Permotoran Honda Amerika
BACA >>> Kajian: Jualan Kenderaan Baharu Merudum, Pemilik Lebih Suka Guna Kereta Sedia Ada
BACA >>> Kajian: Toyota Paling Kerap Recall di UK
BACA >>> Honda Civic Type R Kena Langgar Volvo Sampai Putus Dua

SUMBER: CNET | CarandDriver

Acura Acura Integra 2022 Acura Integra Prototaip 2021 Honda Integra Honda Integra 2022 Integra Generasi Ke-6 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.