Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Acara ‘A Volvo Made For You’ Bakal Gegar Sentul Depot 9-11 Ogos Ini
Auto Terkini

Acara ‘A Volvo Made For You’ Bakal Gegar Sentul Depot 9-11 Ogos Ini

Han OthmanBy Han Othman06/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA adalah refleksi kepada personaliti seseorang yang mampu menyerlahkan imej, gaya hidup dan kreativiti diri.

Tahukah anda, semua itu dapat diserlahkan menerusi model Volvo yang sedia unik, dan kini dapat dikustom bagi meningkatkan bakat dan gaya hidup anda?

Volvo Car Malaysia (VCM) akan menganjurkan acara ‘A Volvo Made For You’ pada 9 hingga 11 Ogos ini, bertempat di Sentul Depot, Jalan Strachan, Sentul West, Kuala Lumpur dengan mempamerkan model elektrik penuh Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric dalam balutan kustom dan aksesori yang diilhamkan daripada pelbagai persona pemilik.

Namun, bukan itu saja yang anda akan dapat di acara tersebut. Ada dua tawaran menarik menanti, jika anda membeli Volvo C40 atau XC40 Pures Recharge Electric baharu, iaitu:

  • Tawaran tambahan selain tawaran sedia ada Ogos ini sebanyak RM25,000; ATAU
  • Pakej aksesori ‘A Volvo Made For You’ bernilai RM43,000

Kepada yang membeli Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric ketika acara ‘A Volvo Made For You’, mereka bakal menerima

  • Bantuan Volvo Service Included (VSI) selama 5 tahun
  • Bantuan khidmat digital selama 5 tahun
  • Bantuan tepi jalan 24 jam percuma selama 5 tahun
  • Waranti kenderaan selama 5 tahun
  • Waranti bateri HV selama 8 tahun atau 160,000km (mana satu tiba dahulu)

1. REBAT TUNAI

Dapatkan tawaran tambahan bermula RM25,000, jika membeli salah satu daripada dua model di atas dengan syarat tawaran:

  • Terhad kepada pelanggan yang datang ke acara hujung minggu di Sentul Depot atau pengedar Volvo luar Lembah Klang,  seluruh negara
  • Tarikh: 9 Ogos- 11 Ogos 2024
  • Masa: 10 pagi hingga 6 petang
  • Lokasi: Sentul Depot, Jalan Strachan, Sentul West, 51100 Kuala Lumpur dan semua bilik pameran Volvo di luar Lembah Klang.

2. PAKEJ AKSESORI ‘A VOLVO MADE FOR YOU’

Pakej aksesori ‘Volvo Made for You’ disediakan untuk menyerlahkan penampilan dan praktikaliti C40 and XC40 Recharge Pure Electric untuk pemanduan urban dan kembara desa.

Anda layak memilih pakej aksesori bernilai RM43,000 jika membeli model elektrik penuh Volvo. Apa yang anda terima ialah:

  • Plat pemijak kaki sisi 
  • Rim dan tayar 20 inci
  • Kit penutup rim slik
  • Plat calar pintu but bercahaya
  • Cermin pandang belakang digital

* Semua aksesori di atas adalah termasuk caj pemasangan.

KERETA PAMERAN

Antara model dipamerkan, empat unit menampilkan balutan vinil kustom untuk mengimaginasi semula personaliti baharu Volvo C40 dan XC40 Recharge Pure Electric mengikut kepelbagaian cita rasa dan gaya hidup pemiliknya seperti berikut:

All-Black

  • Rekaan ini mengambil ilham pemilik profesional yang penuh yakin, elegan dan moden.
  • Tampil dalam balutan Matte Black (hitam kusam) seluruh badan.
  • Rim dan trim pintu serba hitam.
  • Aksen krom juga dihitamkan pada lencana signatur Volvo, ‘Iron Mark’ di depan dan logo jenama di belakang.
  • Menyerlahkan gaya rekaan senyap dan agresif menerusi lampu utama ‘Tukul Thor’ dan lampu belakang signatur yang tampak lebih menonjol ketika malam.

Trendsetter

  • Rekaan ini mengambil ilham personaliti pemilik yang sukakan fesyen dan berani tampil ke depan.
  • Gaya Volvo C40 Recharge Pure Electric diserlahkan dalam warna Yacht Blue (biru) sebagai ciri feminin dan riang daripada pilihan warna standard yang ada.
  • Gaya Volvo XC40 Recharge Pure Electric pula menyerlahkan makna Skandinavian, bermaksud ‘kehidupan terbuka’, mewakili minat warga Sweden yang gemar mengembara. Ini dapati dirasai pada versatiliti ditawarkan model ini sebagai pengangkutan buat pemilik yang sukakan pemanduan urban dan cabaran luar bandar.
  • Seni ‘doodle’ memuatkan lukisan moose kecil sebagai haiwan liar Sweden yang memiliki populasi terpadat di dunia.

LIHAT SEMUA MODEL VOLVO BAHARU

Tambahan kepada kenderaan elektrik (EV) penuh Volvo, pengunjung yang hadir ke acara di Sentul Depot juga berpeluang menikmati tawaran untuk pelbagai model hibrid plug-in (PHEV) Volvo di Malaysia seperti Volvo XC90, XC60, S60, S90, dan V60 Recharge.

Malah pelbagai pilihan model terpakai berkualiti turut dipamerkan, yang ditawarkan Volvo SELEKT dengan tawarkan pakej waranti dan pemeriksaan penuh daripada VCM sendiri.

Jangan lupa daftar diri anda ⏩️⏩️ DI SINI ⏪️⏪️

Auto Terkini Roda4 Volvo Volvo Cars Malaysia (VCM) Volvo SELEKT
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.