• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Terus Mengganas, Jualan Terus Meningkat - Saga, Persona Kekal Model Terlaris!

Proton Terus Mengganas, Jualan Terus Meningkat - Saga, Persona Kekal Model Terlaris!

December 5, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pandu uji proton persona 2016
PROTON terus mengorak langkah agresif apabila mencatatkan peningkatan jualan. Sehingga November 2017, Proton merekodkan jualan sebanyak 66,190 unit kenderaan, naik dua peratus (65,069) berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Model Saga dan Persona terus menjadi hero apabila menjadi model Proton paling laris dengan masing-masing mencatatkan jualan tertinggi, 28,368 unit (Saga) dan 18,113 (Persona).

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, kenaikan angka jualan adalah perjalanan mencabar dalam tempoh lima tahun dan menganggap ia sebagai pencapaian positif buat Proton.

"Kami akan terus bekerja lebih keras pada masa akan datang, dan pelanggan dialu-alukan merebut pelbagai promosi menarik yang sedang dijalankan sekarang," katanya.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Saya Pilih Proton Persona Premium - Najmie Adib Kongsi Pengalamannya...

pandu uji proton saga 2016

PROMOSI SEPANJANG DISEMBER 2017

Sepanjang Disember 2017, Proton menawarkan Promosi Bonanza Akhir Tahun dengan menawarkan rebat tunai hingga RM8,000 atau servis percuma selama lima tahun bagi setiap pembelian model Proton terpilih. Menerusi promosi itu, pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Proton ditawarkan dua pilihan, sama ada mahukan rebat tunai atau servis percuma selama lima tahun.

BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya...

BETUL KE SERVIS TAK PAYAH BAYAR APA-APA?

Ya, Proton akan berikan anda servis percuma selama lima tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu) untuk semua model jenama di atas. Ini bermakna, anda tidak perlu bayar sesen pun ketika menghantar kenderaan untuk disenggara, termasuk kos alat ganti, minyak pelincir dan upah. Semua percuma!

Malah, semua model Proton berkenaan diberikan waranti lima tahun atau 150,000km (mana tiba dahulu).

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800-888-398 atau e-mel di [email protected]. Anda juga boleh layari Proton.com atau Facebook rasmi Proton. Anda juga boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store secara percuma.

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abdul Rashid Musa, angka jualan proton, jualan proton naik, persona terlaris, promosi disember 2017 proton, promosi disember proton, Promosi Proton, Proton Persona, Proton Saga, saga terlaris, servis percuma proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev