• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW HP4 Race dengan Spesifikasi Lumba, Dikeluarkan 750 Unit Sahaja!

BMW HP4 Race dengan Spesifikasi Lumba, Dikeluarkan 750 Unit Sahaja!

May 5, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda mahukan superbike rare dengan spesifikasi perlumbaan, BMW HP4 RACE ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai pendek. Ini kerana motosikal ini dikeluarkan 750 unit sahaja yang mana spesifikasi standard membabitkan komponen enjin, elektronik dan suspensi dihasilkan seperti motosikal lumba dari kilang.

Malah, BMW Motorrad mendakwa aspek suspensi dapat dipertingkat berikutan penggunaan frem gentian karbon. Berat HP4 RACE hanya 171kg bersama isian minyak setangki penuh dan jentera dua roda ini boleh ditunggang bila-bila masa sahaja atas jalan raya.

LEBIH RINGAN

BMW HP4 RACE 2017.15
BMW HP4 RACE 2017.20

Menurut BMW Motorrad lagi, superbike ini lebih ringan daripada versi lumba dari kilang yang digunakan dalam Worls Superbike Championship (WSBK), tetapi sedikit berbanding jentera MotoGP.

Satu lagi fakta, BMW Motorrad ialah pengeluar pertama dunia yang menggunakan frem utama daripada gentian karbon sepenuhnya. Hasilnya, cuma seberat 7.8kg sahaja!

Roda depan dan belakang menggunakan material teknologi tinggi yang membolehkan berat diturunkan 30 peratus berbanding roda aloi tempa tanpa mengetepikan aspek kekukuhan komponen. Hamburan kuasa setinggi 215hp pada 13,900rpm, manakala tork maksimum 120Nm (10,000rpm). Putaran enjin turut ditingkatkan kepada 14,500rpm berbanding 14,200rpm pada S1000RR.

CIRI UTAMA BMW HP4 RACE

  • Frem utama gentian karbon dengan struktur monokok seberat 7.8kg.
  • Frem belakang sokongan sendiri dengan tiga tahap ketinggian boleh laras.
  • Rim aloi gentian karbon, 30 peratus lebih ringan berbanding rim aloi tempa.
  • Fork terbalik (USD) Öhlins FGR300.
  • Absorber Öhlins TTX 36 GP.
  • Kaliper brek Brembo GP4 PR monoblok dengan cakera brek besi lumba 320 T-type (tebal 6.75 mm), depan
  • Enjin spesifikasi perlumbaan (World Cup level) dengan kuasa 215hp (13,900rpm) dan tork 120Nm (10,000rpm).
  • Transmisi 6-kelajuan - kotak gear lumba nisbah rapat (close-ratio) dengan nisbah transmisi tersuai (adapted transmission ratios).
  • Sistem elektrikal ringan dengan bateri litium-ion 5Ah
  • Rakaman data 2D
  • Kawalan Traksi Dinamik (DTC) - boleh diprogramkan pada gear pilihan mengikut 15 tahap.
  • Brek Enjin (EBR) - boleh diprogramkan pada gear pilihan mengikut 15 tahap.
  • Kawalan Wheelie - boleh diprogramkan pada gear pilihan.
  • Kawalan Luncur.
  • Pengehad Laluan Pit.
  • Komponen ringan gentian karbon.
  • Warna khas BMW HP Motorsport
  • Pengeluaran terhad - cuma 750 unit dan setiap satu dibina khusus.

GALERI

BMW HP4 RACE 2017.14
BMW HP4 RACE 2017.02
BMW HP4 RACE 2017.15
BMW HP4 RACE 2017.05
BMW HP4 RACE 2017.17
BMW HP4 RACE 2017.08
BMW HP4 RACE 2017.01
BMW HP4 RACE 2017.19
BMW HP4 RACE 2017.07
BMW HP4 RACE 2017.16
BMW HP4 RACE 2017.21
BMW HP4 RACE 2017.18
BMW HP4 RACE 2017.06
BMW HP4 RACE 2017.03
BMW HP4 RACE 2017.20
BMW HP4 RACE 2017.04
BMW HP4 RACE 2017.09
BMW HP4 RACE 2017.10
BMW HP4 RACE 2017.11
BMW HP4 RACE 2017.12
BMW HP4 RACE 2017.13

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW HP4 RACE, BMW Motorrrad, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev