INDONESIA menerima model terbaharu Honda ADV 160 (2022) yang nampaknya menggunakan trenkuasa skuter sama seperti PCX.
Strategi ‘ulang pakai’ atau berkongsi trenkuasa Honda itu bukan isu baharu tetapi didakwa turut dilakukan untuk model skuter lain seperti Vario 160, Click 160 dan Airblade 160.
Bagaimanapun, Honda tetap melengkapkan ADV 160 dengan beberapa pembaharuan seperti memperhalusi aspek rekabentuk dan menambah beberapa ciri baharu.
Berikut perincian ADV 160 (2022):
VARIAN & HARGA
Ada dua varian dengan tawaran warna berbeza. Perbezaan ketara ialah varian teringgi didatangkan dengan rim tembaga gelap (varian ABS), manakala varian CBS dengan rim hitam.
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) - 39,250,000 rupiah (RM11,539)
- Warna: Tough Matte White (putih), Tough Matte Black (hitam), Tough Matte Red (merah)
- Sistem Brek Kombi (CBS) - 36,000,000 rupiah (RM10,585)
- Warna: Dynamic Red (merah), Dynamic Black (hitam) dan Dynamic White (putih).
PERINCIAN
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 156.9cc 4-injap eSP+ penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI, menghasilkan kuasa 15.8hp @ 8,500rpm dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm.
- Sekadar perbandingan, varian petrol ADV 150 mampu menghasilkan kuasa 14.34hp dan tork 13.8Nm.
- Lampu utama LED dan lampu siang (DRL). Lampu bekalang kekal LED dengan lampu signal belok LED.
- Visor angin boleh laras dua tahap untuk keselesaan tunggangan.
- Panel meter digital penuh baharu dengan skrin lebih besar dan nampak lebih kukuh. Butang tetapan meter diasingkan, terletak antara bar hendal dan panel meter.
- Paparan meter ada tambahan takometer digital dan indikator kawalan traksi HSTC.
- Ada juga paparan voltan bateri, indikator suhu, purata penggunaan bahan api, baki bahan api, indikator penukaran minyak pelincir, tarikh, jam dan dua trip perjalanan.
BACA >>> YBHoonda PCX 150 - Skuter Klon Honda PCX 150 Di China?
- Fork teleskopik konvensional dan sistem absober kembar. Sistem brek cakera 240mm (depan) dan 220mm (belakang).
- Ada ciri Signal Henti Kecemasan (ESS) untuk varian ABS. Kedua-dua lampu signal belok akan berkelip serentak apabila membrek mengejut.
- Dilengkapi teknologi Honda ISS (Sistem Henti Lahu) untuk membantu menjimatkan penggunaan bahan api ketika berhenti seketika.
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal
- Tinggi pelana 780mm, diturunkan 15mm berbanding model generasi ADV 150, manakala jarak lega bumi 165mm.
- Tiada perubahan roda. Rim depan 14 inci (depan) dengan tayar 110/80, dan rim 13 inci di belakang dengan tayar 130/70.
- Kapasiti tangki minyak lebih besar, 8.1 liter. Penggunaan minyak, seliter petrol mampu menawarkan jarak tunggangan hingga 45km, manakala anggaran setangki penuh 364km.
- Ruang simpanan barang bawah pelana kini 30 liter (tambahan 2 liter).
- Tambahan lain: sistem kunci pintar Honda (Smart Key), sistem penggera dan port pengecas USB.
BACA >>> Honda PCX Akan Ada Beg Udara Sama Seperti Gold Wing?
BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc
BACA >>> Pakar: Standard Sistem Keselamatan Kenderaan Negara Ketinggalan Zaman
Leave a Reply