SPORTAGE ialah model penting Kia peringkat global. Kepentingan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu semakin terserlah apabila menjadi model terlaris Kia di peringkat dunia, termasuk Eropah.
Di pasaran tempatan, Sportage generasi pertama berjaya mencetuskan fenomena tersendiri untuk jenama buatan Korea.
Pengedar tempatan pula tidak lupa memperkenalkan setiap generasi Sportage untuk dihidangkan kepada pengguna Malaysia.
Kini memasuki generasi kelima, Sportage (2021) baharu diperkenalkan pada Jun 2021 dan disusuli model Eropah pada September dan Amerika Syarikat (AS) pada Oktober lalu. Menarik mengenai Sportage versi Eropah, dimensi SUV tersebut lebih pendek berbanding model global.
Mari kita perincikan spesifikasi Sportage (2021) versi Eropah:
- Secara am, ada dua jenis Sportage, iaitu jarak roda panjang (LWB) untuk pasaran global dan AS, dan versi jarak roda pendek (SWB) untuk Eropah.
- Dimensi Sportage LWB berukuran panjang 4,660mm, lebar 1,864mm, tinggi 1,661mm inci dan jarak roda 2,755mm, manakala Sportage SWB (atau versi Eropah) pendek sedikit dengan panjang 4,516mm inci dan jarak roda 2,679mm. Model sama dengan ukuran berbeza adalah perkara biasa seperti mana dilakukan Volkswagen menerusi Tiguan dan Tiguan Allspace.
- Dari segi rekabentuk, ada perbezaan kecil pada bahagian depan dan perubahan ketara adalah tiada tingkap suku pada pilar-C.
BACA >>> #PanduUji: Memang Senyum Lebar Dapat Pandu VW Tiguan Allspace R-Line
- Sama ada versi global atau Eropah, Sportage generasi kelima menampilkan rekabentuk depan berani dengan gril lebar dan lampu unik.
- Kia menggunakan rekabentuk revolusi berbanding evolusi. Ini keputusan sangat berani memandangkan betapa pentingnya Sportage buat pengeluar dari Korea itu.
- Dibangunkan di Eropah untuk pengguna Eropah. Dalam sejarah 28 tahun Sportage, ini kali pertama model berasingan dibangunkan khusus untuk pelanggan benua itu.
- Saiz kompak dikekalkan supaya ideal untuk jalan raya Eropah. Kompak bukan bermakna lebih kecil, tetapi mempunyai ekstra ruang but, kepala dan kaki berbanding Sportage terdahulu. Sportage baharu juga mempunyai ruang kaki penumpang belakang terbaik dalam kelas.
- Di Britain, pelanggan ditawarkan pelbagai jenis trenkuasa, daripada hibrid ringan (MHEV), hibrid, petrol dan diesel hingga hibrid plug-in (PHEV).
- Pilihan Sportage bermula varian 2, 3, 4 dan varian sporty GT-Line serta GT-Line S.
- Sportage dilengkapi enjin petrol 1.6L T-GDi (148hp) dengan sistem pacuan dua roda (2WD) pada harga bermula £26,745 (RM150,300).
- Jika mahukan varian lebih sporty, Kia menawarkan Sportage GT Line dalam lima pilihan trenkuasa iaitu:
- 1.6L T-GDi petrol dengan transmisi manual 6-kelajuan
- 1.6L CRDi diesel dengan transmisi manual 6-kelajuan
- 1.6L T-GDi 48-volt MHEV petrol dengan transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan
- 1.6L CRDi MHEV diesel (134hp) dengan transmisi DCT 7-kelajuan
- 1.6L T-GDi PHEV (226hp) dan transmisi DCT 6-kelajuan (AWD)
- Kia UK turut menawarkan varian perdana, Sportage GT-Line S dengan enjin 1.6L T-GDi petrol 48-volt MHEV (148hp) dan transmisi DCT 7-kelajuan dan AWD.
- Pelanggan juga ada pilihan enjin 1.6L T-GDi hibrid (226hp) dan dua jenis pacuan.
- Sportage PHEV GT-Line S dengan transmisi DCT 6-kelajuan dan AWD ialah varian tertinggi Sportage pada harga bermula £43,795 (RM246,110).
SPORTAGE MALAYSIA?
Dengan pelbagai varian dan juga dua saiz berbeza, bagaimanakah pula Sportage untuk pasaran tempatan? Berdasarkan rekod, belum pernah generasi Sportage tidak ditawarkan di Malaysia dan mempunyai kelompok peminat tersendiri. Apapun, pengesahan penawaran perlu diberikan pengedar baharu Kia.
BACA >>> Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design
BACA >>> Kia Tayang K8 Serba Baharu dengan Rekabentuk Ilham Kapal Layar Mewah Termaju
Leave a Reply