COROLLA Cross menjadi model Toyota yang berjaya memintas rekod jualan model paling popular dan laris jenama itu di Brazil, iaitu Corolla sedan.
Model kenderaan utiliti sukan itu (SUV) itu, yang dilancarkan pertengahan Mac lalu, mencatatkan jualan 4,710 unit sepanjang JUn lalu, cukup untuk memadamkan rekod dominasi Corolla sedan buat kali pertama dalam sejarah syarikat itu di Brazil.
Berikut pecahan jualan Jun 2021:
- Corolla Cross - 4,710 unit
- Corolla sedan - 3,544 unit
- Beza - 1,166 unit kenderaan
BACA >>> 5 Perkara Menarik Toyota Corolla Cross yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Jualan 6 Bulan Pertama (Januari-Jun 2021)
- Corolla Cross - 10,313 unit (bermula 26 Mac-Jun)
- Corolla sedan - 19,899 unit
BACA >>> 5 Perkara Toyota Corolla Cross (2021) Perlu Anda Tahu, Kini di Malaysia, Harga Mula RM124k
Permintaan ke atas SUV Corolla Cross bermula dengan jumlah jualan 1,889 unit pada April dan meningkat kepada 3,678 unit pada Mei dan Jun yang menyaksikan pendaftaran 4,710 unit.
Di Brazil, Corolla Cross berada di tangga ke-10, manakala sedan Corolla ke-11 berdasarkan ranking Jabatan Pengedaran Kenderaan Automotif Kebangsaan Brazil (Fenabrave).
Permintaan tinggi model SUV pelbagai saiz adalah fenomena semasa di banyak negara termasuk Brazil. Maka bukan satu kejutan Corolla Cross akan meneruskan momentum model paling laris Toyota untuk beberapa bulan akan datang.
Ranking SUV Sederhana Brazil
Berikut tiga model SUV saiz sederhana yang dibeli pelanggan Brazil sepanjang enam bulan pertama tahun ini:
- Jeep Compass - 32,554 unit
- Corolla Cross - 10,313 unit
- Caoa Chery Tiggo 8 - 3,763 unit
BACA >>> Mitsubishi Tawar Kamera Pemuka Sebagai Aksesori Pilihan untuk Xpander Cross
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Exora Black Edition (2021)? Harga RM67.8k
SUMBER: Motor1
Leave a Reply