• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?

#TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?

June 24, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIK kereta moden yang dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) kadangkala terpaksa berdepan masalah popular, iaitu lampu amaran tiba-tiba menyala.

Apabila lampu itu menyala, itu bermakna kereta anda ada masalah serius berhubung sistem ABS dan brek yang harus diperiksa secepat mungkin sama ada dibawa ke Pusat Servis bertauliah atau mana-mana bengkel bertauliah. Kegagalan bertindak pantas berisiko menyebabkan insiden kegagalan brek dan membahayakan nyawa.

Di bawah ini, kami senaraikan lima sebab kenapa lampu ABS boleh menyala:

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Betul Membrek Kereta dengan ABS?

1. MINYAK BREK KURANG

  • Ramai pemilik kereta tidak tahu bendalir brek, atau disebut minyak brek, sebenarnya antara sebab utama lampu amaran ABS boleh menyala. Cecair brek menentukan tekanan dalam ABS. Ada bekas takungan (reservoir) yang menyimpan minyak brek untuk ABS.
  • Jika ada kebocoran pada bekas takungan itu, paras minyak brek akan berkurangan, sekali gus menyebabkan lampu amaran ABS menyala.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Minyak Brek yang Perlu Anda Tahu, Apakah Itu DOT?

2. MASALAH SENSOR HALAJU

  • Setiap roda kereta dengan ABS dipasangkan sensor halaju untuk mengukur kadar pergerakan. Maklumat kelajuan roda kemudian akan dihantar ke sistem komputer dan ABS.
  • Jika salah satu roda dikesan berpusing lebih perlahan, maka sistem ABS akan meningkatkan tekanan brek supaya roda dapat berpusing pada halaju normal.
  • TETAPI, jika sensor halaju bermasalah, ia juga akan dikesan sistem ABS yang menyebabkan lampu amaran menyala.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Sensor Oksigen?

3. MODUL ABS ROSAK

  • Modul ABS boleh rosak atau kakisan mengikut jangka hayat kereta dan juga menyumbang kepada berlaku masalah sistem ABS.
  • Jika sistem modul rosak, komponen itu akan gagal mendapatkan maklumat daripada sensor halaju. Kakisan pada kadar sedikit pun boleh menjejaskan sistem ABS hingga menyebabkan lampu amaran menyala.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

4. PERIKSA FIUS

  • Ada juga sistem kenderaan yang akan memeriksa sendiri semua lampu amaran, termasuk mentol. Tujuannya, memaklumkan semua lampu amaran berfungsi baik. Kebiasaan, lampu atau indikator amaran akan nyala sekejap sebelum terpadam.
  • Namun, jika lampu ABS terus menyala selepas enjin dihidupkan, dan kereta pula sedang bergerak, silalah memandu ke bengkel berhampiran untuk diperiksa. Mungkin ada fius ABS terbakar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?

5. PAM HIDRAULIK UZUR

  • Apabila sistem kereta mengesan salah satu roda bergerak perlahan berbanding semua roda, sensor halaju akan menghantar input kepada sistem ABS.
  • Sistem ABS kemudian akan mengaktifkan pam hidraulik untuk menambah tekanan cecair brek bagi membolehkan roda memiliki traksi apabila menyentuh permukaan jalan.
  • Jika pam hidraulik rosak atau uzur selepas beberapa tahun, ini boleh menyebabkan lampu amaran ABS menyala. Anda mungkin perlu tukar unit pam baharu.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Brek Parkir Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Guna Cermin Pandang Belakang dengan Betul?
BACA >>> #TahukahAnda: Manakah Posisi Tepat dan Selamat Pasangkan Peranti GPS dalam Kereta?

SUMBER: Apec | Bosch

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: autotainment, Indikator ABS Menyala, Kenapa Lampu ABS Menyala, Lampu ABS Nyala, Masalah Lampu ABS, Punca Lampu ABS Nyala, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev