• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Bagaimanakah Guna Cermin Pandang Belakang dengan Betul?

#ApaNakBuat: Bagaimanakah Guna Cermin Pandang Belakang dengan Betul?

December 8, 2016 By Azhan O 3 Comments

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda tuil cermin pandang belakang ialah ciri kereta yang paling jarang digunakan ramai pemandu? Sesetengahnya tidak tahu langsung fungsi tuil berkenaan dan ada pula menganggap ciri itu sebagai tidak penting.

Sebenarnya, tuil cermin pandang belakang berfungsi mengurangkan silau cahaya dari lampu kenderaan belakang, tanpa mengira suluhan jenis rendah (low-beam) atau tinggi (high-beam), ataupun lampu kabus dan limpah. Bagaimanakah menggunakan tuil cermin pandang belakang?

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cermin Kereta Boleh Berkabus Ketika Hujan?

1. PANDU SIANG @ POSISI NORMAL - TOLAK TUIL

Dalam keadaan normal, atau pemanduan siang, tuil cermin pandang belakang mesti berada dalam posisi ditolak ke belakang (lihat gambar atas) sebelum dilaraskan sudut pandangan supaya selari dengan cermin belakang dan nampak pemandangan luar di belakang.

2. PANDU MALAM - TARIK TUIL

Jika memandu malam pula, anda perlu menarik suis cermin pandang belakang tersebut supaya permukaan cermin dapat dihalakan ke siling bumbung kereta (lihat gambar atas). Cara begini dapat mengurangkan silau cahaya yang dinyalakan pemandu lain di belakang. Di bawah ialah contoh lain bagaimana melaraskan posisi cermin pandang belakang.

DEMO VIDEO

Mari kita lihat rakaman video di bawah tentang cara menggunakan tuil cermin pandang belakang. Ya, selepas ini tidak perlu lagi mengamuk tidak tentu pasal kalau ada pemandu tiada sivik di belakang yang menyalakan lampu tinggi atau silau. Elakkan konfrontasi dan pandu dengan steady!

Sesetengah kereta moden sudah tiada lagi cermin pandang belakang dengan tuil, tetapi diberikan ciri malap automatik (auto-dimmed). Cermin pandang belakang teknologi baharu itu akan dimalapkan sendiri ketika memandu malam, atau apabila mengesan suluhan cahaya terang.

BACA >>> Fakta atau Auta: Benarkah Guna Besi Penyandar Kepala Boleh Pecahkan Cermin Kereta?

1. LAMPU SULUH TINGGI (HI-BEAM)

2. LAMPU SULUH RENDAH/NORMAL (LOW-BEAM)

Artikel Berkaitan

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, cara guna cermin pandang belakang, cermin pandang belakang, suis cermin pandang belakang

Comments

  1. st3wp1d says

    December 8, 2016 at 8:55 AM

    Tak settle problem jugak bro...pasal side mirror takleh buat camgitu... Aku drive gen 2..korang yang ada seting position macam gen 2 sure faham maksud aku.

    Reply
    • Naz says

      March 29, 2017 at 10:38 AM

      Aku bawak gen2 jgk..baru try semlm..sgt membantu..haha

      Reply
  2. Firdaus says

    March 19, 2017 at 9:54 PM

    Vios aku lipat terus cermin sisi hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my