• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Itu Sensor Oksigen?

#TahukahAnda: Apakah Itu Sensor Oksigen?

January 19, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SENSOR oksigen (O2) adalah antara komponen penting dalam sistem ekzos kenderaan yang memberi input kepada sistem elektronik pengurusan enjin. Sensor ini sebenarnya sudah wujud dalam kenderaan sejak 1976, tetapi masih ramai pemilik kenderaan tidak tahu fungsinya.

Apakah fungsi sebenar sensor 02?

BACA >>> Ujian Memandu Akan Guna Sensor dan Kamera, Tiada Lagi Abang JPJ di Sebelah

1. KENAPA SENSOR O2 DIPERLUKAN?

Sensor O2 dihasilkan untuk memantau jumlah kandungan oksigen yang berada dalam ekzos kenderaan. Ia membantu mengukur tahap kecekapan pembakaran bahan api dan memastikan penukar bermangkin (catalytic converter) beroperasi dengan baik.

Sensor O2 akan 'menghidu' sama ada enjin kenderaan itu beroperasi dengan campuran bahan api dan udara berlebihan, atau tidak seimbang dalam asap yang dikeluarkan dari paip ekzos. Bacaan sensor itu kemudian ditukar kepada signal voltan yang mana input akan dihantar semula kepada komputer kawalan enjin.

Jika campuran bahan api/udara tidak seimbang atau cekap, komputer akan menala semula jumlah bahan api dan pemasaan untuk mendapatkan campuran paling optimum. Sensor akan terus menghidu asap ekzos dan proses berkenaan sentiasa berubah mengikut beban enjin semasa seperti mendaki bukti, memecut, suhu enjin dan tempoh memanaskan enjin atau faktor lain.

2. DI MANAKAH SENSOR O2 DIPASANG?

Model-model kereta baharu kini didatangkan dengan lebih satu unit sensor O2 iaitu seunit di setiap pangkal dan hujung sistem ekzos. Sensor pada pangkal biasanya terletak berhampiran enjin manakala sensor dihujung  berada berhampiran mufler dan penukar bermangkin.

Ini membolehkan komponen itu membaca input diterima dengan lebih terperinci menerusi dua jenis bacaan. Kereta berenjin V6 dan V8, dan trak dengan dua dwi-ekzos biasanya mempunyai empat unit sensor O2 untuk setiap ekzos.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Sensor dan Kamera Parkir Kereta?

3. JANGKA HAYAR SENSOR O2

Ini soalan kategori penyelenggaraan yang agak subjektif. Amnya, kereta era 1980-an hingga awal 1990-an mempunyai sensor O2 yang mampu bertahan hingga kira-kira 60,000 batu (atau 100,000km). Bagaimanapun, kereta selepas 1996 mempunyai sensor O2 lebih tahan lama, iaitu hingga 100,000 batu (160,000km) atau lebih sebelum komponen itu perlu diganti baharu.

4. BAGAIMANAKAH MENGENAL PASTI SENSOR 02 BERMASALAH?


Cara paling tepat menjawab persoalan ini adalah menggunakan pembaca kod diagnostik. Selain itu, ada beberapa simptom lain yang boleh dikesan seperti:

  • Periksa lampu amaran enjin pada panel meter yang mungkin berpunca akibat masalah sensor.
  • Prestasi kenderaan merosot dan penggunaan bahan api berkurangan mendadak.
  • Bunyi enjin kasar walaupun sudah ditukar palam pencucuh dan wayar palam pencucuh.
  • Palam pencucuh rosak dan enjin menghasilkan banyak asap hitam atau ada tanda-tanda lebihan karbon pada muncung ekzos.

5. APAKAH PUNCA SENSOR O2 GAGAL BERFUNGSI?

Kenapakah sensor O2 boleh rosak? Ini mungkin disebabkan:

  • Bahan api tercemar.
  • Enjin mula bakar minyak hitam dan meninggalkan sisa karbon pada permukaan sensor.
  • Pencemaran luaran termasuk garam atas jalan, gasket, cat asas (undercoat) atau bahan kimia lain.
  • Sensor oksigen sudah melepasi jangka hayatnya.

BACA >>> KTM Bangunkan Teknologi Keselamatan Berasaskan Sensor

SUMBER: AdvanceAuto

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Komponen Kereta, Oxygen Sensor, Sensor O2, Sensor Oksigen, Sistem Ekzos Kenderaan, Sistem Emisi Kenderaan, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my