• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini, LEGO Hasilkan Replika Sian FKP 37 Saiz Sebenar, 360 Hari Baru Siap

Lamborghini, LEGO Hasilkan Replika Sian FKP 37 Saiz Sebenar, 360 Hari Baru Siap

June 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LAMBORGHINI dan LEGO menjayakan projek membina replika saiz sebenar hypercar Lamborghini Sian FKP 37 dengan menggunakan lebih 400,000 bongkah Lego Technic.

Projek itu melibatkan 15 individu yang perlu menyusun 154 jenis blok Lego Technic, terdiri daripada 20 kategori blok yang dicipta untuk membentuk model tersebut. Masa yang diambil pula 8,660 jam yang menyamai 360 hari. 😱😱😱

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Lamborghini Terbaik Pernah Dikeluarkan
BACA >>> Lamborghini Sián - Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

Berikut dimensi replika LEGO Lamborghini Sian FKP 37:

  • Panjang - 4.78m
  • Lebar - 2.1m
  • Tinggi - 1.13m
  • Berat - 2,199kg

Bongkah LEGO yang digunakan bukan jenis solid, tetapi berupa cantuman heksagon sebagai panel badan replika itu. Selepas siap dipasang, bahagian luaran disadurkan cat UV yang dibuat di bengkel Lamborghini.

Replika saiz sebenar itu dibuat seiring pelancaran set model Lamborghini Sian Lego Technic Skala 1/8, terdiri daripada 3,696 bongkah dan dijual pada harga AS$379.99 (RM1,560).

BACA >>> Dua Jam Saja Hantar Ginjal Derma Sejauh 480km dengan Lamborghini Huracan!

Lamborghini Sian melakukan debut pada 2019 yang dijana trenkuasa hibrid yang menggabungkan enjin aspirasi natural (NA) 6.5L V12 dan motor elektrik berkuasa 807hp. Pecutan 0-100kmj mengambil masa 2.8 saat, manakala kelajuan maksimum lebih 349kmj.

Sian juga tidak menggunakan pek bateri untuk simpanan kuasa elektrik, tetapi digantikan unit superkapasitor yang ringan dan tiga kali ganda lebih berkuasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa Lamborghini Bikin SUV (dan Ferrari Pun Ikut Sama)
BACA >>> Hypercar Pertama Switzerland Debut 2023 dengan Dua Pilihan Enjin, Harga RM10.2j!

Selepas pengenalan Sian, Lamborghini memperkenalkan pula model FKP 37 sebagai tribut kepada mendiang mantan ketua Volkswagen Group, Ferdinand Karl Piëch yang kini menjadi syarikat induk Lamborghini. Angka '37' mewakili tahun kelahiran Piëch.

Sian ialah supercar hibrid versi pengeluaran paling berkuasa pernah dicipta Lamborghini. Inilah sebab pengeluar Itali itu gemar menggunakan pendekatan promosi unik untuk model tersebut seperti bekerajasama dengan LEGO dan Ducati.

BACA >>> Ducati Diavel 1260 Lamborghini - Superbike Edisi Terhad Ilham Huracan Siàn!
BACA >>> Lamborghini Keluarkan Model Hibrid, Elektrik Penuh 2024

Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 22
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 13
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 17
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 7
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 19
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 3
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 14
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 15
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 16
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 12
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 11
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 4
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 5
Lamborghini Sian FKP 37 Lego - 6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Lamborghini Lego, Lamborghini Siàn FKP 37, LEGO, Lego Sian FKP 37, Replika Lamborghini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev